Baca sahaja kes anak-anak hilang ini, pasti buat jiwa kita sebagai ibu bapa bagai direntap-rentap pilu! Tidak dapat dibayangkan perasaan mereka yang melalui pengalaman ngeri begini.
Kebelakangan ini, ada sahaja kes anak hilang dan yang paling memilukan apabila pengakhirannya ialah kematian yang sangat kejam.
Lihat sahaja kes-kes di bawah ini:
- Terbaru, mayat Noor Amila Edrus Norsham, kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun yang dilaporkan hilang di Jinjang Utara sejak lapan hari lalu (11 Ogos) dan dijumpai dalam keadaan menyayat hati di kawasan semak Kampung Kemensah, Hulu Kelang semalam.
- Seorang kanak-kanak lelaki bernama Ting Song Seng, 9, dilaporkan hilang ketika menunggu bas di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina), Taman Rasah, Klang untuk pulang ke rumah pada 15 Januari 1996. Song Seng masih gagal ditemui sehingga sekarang.
- Pada 20 Ogos 2007, Nurin Jazlin Jazimin dilaporkan hilang selepas keluar ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju. Misteri kehilangan akhirnya terjawab apabila mayatnya yang tidak berbaju dipercayai mangsa deraan seks, ditemui oleh pemilik lot kedai di Jalan PJS 1, Taman Petaling Utama, Petaling Jaya pada 17 Sept 2007 dan setelah ujian DNA dijalankan, ia mengesahkan mayat tersebut adalah Nurin Jazlin. Mangsa dibunuh 24 jam sebelum mayatnya ditemui dalam beg yang ditinggalkan di tangga premis perniagaan tiga tingkat di kawasan itu.
- Pada 9 Jan 2008, Sharlinie Mohd. Nashar, 5, dilaporkan hilang ketika bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di No. 29, Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya. Sharlinie masih gagal ditemui sehingga hari ini.
- Pada 9 Mac 2008 murid lelaki 11 tahun, Muhamad Asmawi Jalaludin dilaporkan hilang ketika pulang dari sebuah taman permainan berdekatan rumahnya di Lot 127, Rumah Banglo Kayu, Jalan Permai Tujuh. Muhamad Asmawi ketika itu dikatakan dalam perjalanan pulang bersama rakannya dari taman itu berdekatan Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi. Muhamad Asmawi masih belum ditemui hingga kini.
- Pada 1 Mac 2012, Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang dilaporkan hilang dari rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Johor Baharu ketika membeli mi segera dan telur pada 10.30 pagi. Tiga individu termasuk sepasang suami isteri ditahan bagi membantu siasatan. Pada 8 Mac mayatnya ditemui rentung di dalam satu lubang di kawasan perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai. Seorang buruh, Muidin Maidin, 26, didapati bersalah membunuh mangsa di ladang kelapa sawit Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, antara 1 Mac dan 2 Mac 2012 dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
- Pada 24 Jan 2013 seorang kanak-kanak Wiliam Yau Zhen Zhon, 6, ditemui mati di Jeti Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, 24 Jan lalu selepas seminggu hilang. William dilaporkan hilang pada 16 Jan di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Subang Jaya selepas dipercayai keluar daripada kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik.
- Pada 8 November 2013, Freddie Joseph, berusia setahun lapan bulan yang diculik dari rumah ibunya di Bangsar. Freddie kemudian dijumpai keesokan harinya bersendirian dalam keadaan lapar dan letih di Taman Tasik Titiwangsa oleh seorang pemandu lori dan seorang pemandu teksi yang kebetulan melalui laluan tersebut kira-kira 12.55 tengah hari.
- Pada 21 November 2014, kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun Mohd Shariqal Sidek hilang ketika bermain di kawasan kebun getah di Kampung Selagon, Beaufort, Sabah. Dua hari selepas itu, pada 23 November kanak-kanak tersebut ditemui mati dipercayai dibunuh berhampiran Sekolah Menengah St John di sini kira-kira tujuh kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.
Allah! Seram! Selama ini kita takut dengan orang luar, tetapi kadang-kadang kes kejam begini melibatkan ahli keluarga terdekat.
Sebagai ibu bapa, apa yang kita perlu buat?
- Jangan biarkan anak bersendirian
- Jika di sekolah, pastikan anak-anak berada di kelompok kawan-kawan (ramai)
- Jangan tinggalkan di dalam kereta tanpa pengawasan orang dewasa
- Belikan smart watch yang didatangkan dengan GPS tracker (boleh tengok di Lazada)
- Sentiasa ingatkan anak-anak jangan ikut orang yang tidak dikenali
- Pastikan pintu rumah berkunci
- Walau anak anda pandai berdikari, jangan biarkan mereka ke mana-mana tanpa pengawasan
- Saudara mara terdekat juga perlu diteliti watak mereka. Jangan terlalu percaya.
- Ibu bapa yang dapati anak mereka hilang, segera buat laporan polis
- Nyatakan tempat terakhir anak anda berada, pakaian mereka, ciri2 fizikal mereka
Walau anak dalam kawalan sekalipun, kadang-kadang perkara sebegini terjadi sekelip mata. Jadi, yang penting, kita perlu berada di dalam fasa berhati-hati dan selebihnya tawakkal kepada Allah.
Dah banyak kes anak-anak hilangkan sekarang ni. Rasa risau nak biarkan anak bermain sorang2 dkt luar rumah…
aah. risau. hmmm
gilerr aarghh org zman skrg ni.. mmg tak takut lansung dengan balasan ALLAH.. takde belas ehsan ke dengan budak budak tu kan…. rasa macam tak logik… tapi realitinya byk dah berlaku nih..
sangat banyak. seram btul
betul tu.. semoga kita semua dijauhkan dari kes2 camni..
amin..
serammm.. lisa yang besar mcm ni pun tak bagi jalan jauh seorang2.. walaupun dengan ” kawan ” , kena ada family yang temankan baru boleh pergi . zzz
lisa kena cpt kawen baru fmly x riso. hahahaha
Mmg selalu pesan kat anak anak supaya jgn ikut org yg tak dikenali, even yg diorang kenal pun tak boleh ikut tanpa mintak kebenaran mama & ayah dulu. Moga anak anak kita akan sentiasa dilindungi Yang Maha Esa, Amin…
Amin.. risau kan kak..
fuh sangat risau, org kampung acik pernah hilang ank dia.. lama dia cari. lepas itu dia pergi singapura nmpk ank dia kaki dah kodong.. tpi dia nk pergi org tu amik budak tu
wow.. rezeki dpt jumpa blk. fuh