Wed. Sep 18th, 2024

EYE PRO VISION – SIAP 1 JAM, KEDAI CERMIN MATA VIRAL SUNGEI WANG , BINGKAI DAN CERMIN CUMA RM65!

EYE PRO VISION - SIAP 1 JAM, KEDAI CERMIN MATA VIRAL SUNGEI WANG, BINGKAI DAN CERMIN CUMA RM65.9

KEDAI CERMIN MATA VIRAL SUNGEI WANG | Korang baca tak berita hari tu yang Billie Eilish pergi Sungei Wang Plaza? Ye la.. kebanyakan artis mesti pergi tempat gempak-gempak macam Pavi, KLCC semua tu kan. Korang tengok rileks jer dia pergi Sungei Wang yang orang ingat macam biasa tu. Orang ingat pergi buat spek atau dandan rambut. Haha. Tapi kan, korang tahu tak sebenarnya dalam tu betul-betul ada kedai spek mata best dan viral?

KEDAI CERMIN MATA SUNGEI WANG VIRAL NO 1

Sungei Wang memang betul banyak kedai cermin mata yang murah tau. Tapi, sejak 2018, Mommy setia dengan 1 kedai ni jer. Sebab apa? Murah tapi berkualiti gaisss!! Pernah je beli kat kedai spek mahal, tapi tak tahan juga. Dah tu kenapa nak buang duit kan? Tahun lepas pun daddy ada tempah spek juga.

Baca : Kedai Cermin Mata Murah dan Viral di Sungei Wang

Dan kedai spek ni memang viral. Kat mana?

EYE PRO VISION DI GROUND FLOOR

Kedai Cermin Mata Eye Pro Vision ini terletak di Ground Floor (Lot G111), jadi korang jangan salah kedai tau. Ini pandangan depan kedai.

KEDAI CERMIN MATA VIRAL SUNGEI WANG
ME WITH MR WILLIAM

Korang cari je taukey kedai terus, nama Mr William dan minta dia entertain korang. Eh jangan risau kalau tak dapat layanan dari dia sebab staff dia pun bagus dan bijak layan customer. Bos maaa.. Mesti busy selalu.

Bagi Mommy, servis dorang memang mantap sebab tu tak pernah tengok kedai dia kosong gaiss. Nak datang, kena tarik nafas dan berharap tak sibuk sangat. Hihi.

KEDAI CERMIN MATA VIRAL SUNGEI WANG

DESIGN CERMIN MATA YANG TERLALU BANYAK

Design-design spek yang super banyak gaiss. Rambang mata! Tapi, disebabkan murah, korang boleh je datang selalu. Hahaha. Tukar-tukar spek.

Nak jenis petak ke, segi ke, bulat ke, hipster ke. Haaa terpulang. Korang boleh je cuba-cuba dan tengok kesesuaian muka korang.

Ada jenis bingkai yang flexible, jadi kalau yang jenis lasak ke, ada anak kecik ke, selalu pakai helmet ke, memang sesuai jenis ni.

Yang jenis branded pun ada. Namun harganya tetap jauh lebih murah dari biasa.

BINGKAI DAN CERMIN MATA CUMA RM65!

Terkejut ke tu? Percayalah. Sebab tu lah kami setia di sini dari tahun 2018 lagi. Berkali-kali juga rakan-rakan Mommy datang lepas Mommy kongsi tentang kedai spek ini. Ternyata mereka pun puas hati. Selagi boleh jimat, why not? Dan kualiti pun tak cikai, siapa yang untung? Kita dan keluarga kita juga.

KEDAI CERMIN MATA VIRAL SUNGEI WANG

Harga mampu milik dengan ekonomi zaman sekarang, memang tak perlu fikir panjang la nak buat kat sini. Untuk kanak-kanak pun ada.

Harga masih tak berubah dari dulu. Prihatin betul kan kedai macam ni. Syukur!!

TAMBAH LENS UNTUK SILAU – ALPHA BLUE 420

Untuk penjagaan mata yang lebih mantap, Mommy sarankan korang tambah lens Alpha Blue 420. Cuma tambah RM60 sahaja gais. Masih murah berbanding spek yang korang biasa buat 300-400 tu. Kan?

KEDAI CERMIN MATA VIRAL SUNGEI WANG

Kenapa kena tambah Alpha Blue 420 Lens ini? Sebab..

  1. Kalis calar & air
  2. Tahan lasak
  3. Tidak mudah pecah
  4. Tiada silau langsung
  5. 100% menghalang sinar biru dan ultra ungu menembusi kaca mata korang
  6. Harga berpatutan dan mampu milik

Ia sesuai untuk siapa?

  1. Yang jenis silau malam
  2. Selalu menggunakan smartphone, laptop, komputer
  3. Perlukan 100% perlindungan daripada sinar biru dan ultra ungu (UV420)

Total harga cuma RM125 (RM65 bingkai + cermin + alpha blue 420). EH UNTUNG GILAAA!!

SIAP 1 JAM

Jika tidak terlalu ramai customer yang datang pada hari kita buat spek tu, jaminan 1 jam diberikan kepada kita untuk siap. Jika ramai sekalipun, masih siap di hari yang sama. Jadi, lega la kan. Tak perlu datang berulang kali.

KEDAI CERMIN MATA VIRAL SUNGEI WANG

PILIHAN DADDY

Inilah pilihan Daddy kali ini.

Mommy pun pinjam kejap spek Daddy yang awesome ni. Rare kan bingkai dia? Korang minat tak? MURAH GILER PULAK TU!

@myapilot_mya Eh cantik design ni. Haaa. Rare je kan? Bingkai tak macam biasa. Memang cantik design macam ni. Suami minat jenis ni❤️ Ye, untuk suami. Tapi isteri tumpang juga 😝❤️ Rambang mata nak pilih kat #eyeprovisionsungeiwang ♬ Ojo Dibandingke Farel Prayoga X Filla Talia (Rmp Channel) – Riza Productions

Hari cuti, terus pergi je ke Sungei Wang. Cari Mr William.

Alamat :

  • EYE PRO VISION
  • LOT G111, SUNGEI WANG PLAZA
  • JALAN BUKIT BINTANG, 55100 KUALA LUMPUR
  • Facebook : Eye Pro Vision
  • Instagram : @eyeprovision_g111

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!