Nak bercuti tempat yang tak perlu keluar jalan2 merata2.
Nak lepak dalam bilik je tapi pastikan memang best tempat tu.
Hahaha. Itu ciri2 yang ditetapkan kali ni sebab nak elak berjalan2. Nak lepak bilik je. Jadi, Mommy kena pastikan, kalau lepak bilik sekalipun, pastikan ada sesuatu yang fun dan tak bosankan anak2. Ermm.. Nak pergi mana ya?
Deluxe Suite – Garden Living, Grand Lexis Port Dickson jadi pilihan.
Dah lama sebenarnya impi nak ke Grand Lexis ni. Alhamdulillah dah tercapai minggu lepas. 10 September 2016, Mommy dan family kakak dari SP tiba di sini. Anak2, dah pasti excited sebab dapat jumpa sepupu2 rapat.
Sebelum Mommy cite apa yang Mommy buat kat sana, meh Mommy nak terangkan dulu apa yang Mommy baru tahu. Haha. Sebenarnya Mommy tak pernah tahu ada banyakkk jenis bilik. Ada 3 kategori iaitu Above The Sea, Garden Living dan Sky Living. Seperti impian keluarga Kakak Mommy yang nak Mommy tempah ni, impiannya nak bercuti atas laut. Serius tak tahu sehinggalah kami di sana. Rupanya pilihan kami Garden Living. Ralat di situ. Tapi, bilik tu tetap ada kolam peribadi sendiri dan selesa.
Ini jenis2 bilik yang ada.. Harga memang berbeza di website.
Above The Sea
- Deluxe Pool Villa
- Executive Pool Villa
- Premium Pool Villa
- Grand Pool Villa
Garden Living
- Garden Pool Villa
- Grand Garden Pool Villa
- Deluxe Suite
- Premier Suite
Sky Living
- Sky Pool Villa
- Sky Pool Grand Villa
Tak mengapa. Harap ada lagi rezeki lepas ni. Mungkin aim untuk Lexis Hibiscus PD pula. Betul2 atas laut dan Mommy akan betul2 buat research nanti. Haha..
Pengajaran no 1 : Buat research betul2.
Kolam peribadi sendiri
Bila Mommy info kakak Mommy yang pilihan hotel ni terbaik sebab ada kolam peribadi, terus kakak setuju. Dah tentu tak bosan walau lepak dalam bilik, kan?
Pandangan dari mula2 masuk ke bilik pilihan.
Ada dapur mini. Siap microwave lagi..
Cantik bilik ni. Puas hati dengan harganya.. Apa yang penting, anak2 happy.
Port paling penting! Dah tak sabar2 nak terjun masing2.
Kezen2 semua dah ready dan dipertanggungjawabkan untuk menjaga sepupu paling kecik iaitu HD & AE. Gambar kezen tak banyak sebab tak proper. Hee. Untuk simpanan sendiri sahaja.
Selepas berjam2 mandi, Daddy ajak ke pool utama. Mommy follow je, tapi tak mandi pun.
Aktiviti waktu petang, Mommy tak join sebab Ariq tidur. Jadi, kakak & familinya, termasuk Hannah pergi menyewa basikal dan pusing sekitar hotel.
Sewa basikal, ada RM10, ada yang RM20.
Dan bila dah ada private pool dalam bilik, semestinya waktu malam pun boleh mandi kan? Ariq taknak follow. Sejuk katanya. Maka, Hannah & kezen2 je yang mandi. Mommy, Daddy, Ariq, kakak & abang ipar Mommy keluar cari makan sekitar PD. Tak risau sangat sebab anak2 buah Mommy dah besar belaka. Kolam pula cuma 4 kaki.
Jadi, aktiviti siang dan malam dipenuhi dengan aktiviti mandi manda sahaja. Haha. Itupun dah riuh rendah sekampung ok! Belum lagi jalan2 sekitar kawasan tu. Kalau bilik yang ada pool, korang akan dengar dari luar suara orang terjerit2 seronok. Hee..
Sambung lagi mandi esoknya. Kebetulan pagi Ahad tu, ada World #quranhour. Mommy tak dapat join. Hmm. Wanita kan.
Since Mommy tak dapat join, maka teman lah budak2 ni pergi mandi lagi. Kat main pool lagi sebab luas sikit.
Tetiba hujan rintik pula. Mommy ajak anak2 balik. Biarkan Daddy teman anak2 buah yang lain.
Otw balik.. Hujan stop. Haha. Malas nak patah balik.
Jadi, sambung mandi dalam bilik. Kolam ni mereka yang punya laa..
Seronok betul hotel begini. Untuk honeymoon, percutian keluarga, percutian dengan kawan2, semuanya sesuai. Lagi2 kalau yang jenis malu2 nak mandi kat tempat terbuka, sesuai sangat. Betul2 ada privasi. Nak ke town, tak la terlalu jauh. Bab makan memang tak risau. Banyak kat town tu..
Tq kakak for everything. Gitu. Hehe.
Pengajaran no 2 : Jadi adik yang baik dan bijak, minta kakak sponsor. Hoi! Hahaha.. Jangan lupa belanja mereka gilir2 bab makan juga.
Anak2 buah kesayangan acik..
Tempahan dibatalkan tanpa disedari
Sebelum pergi ni, ada satu kisah yang agak menggerunkan juga. Dan sangat2 beri pengajaran buat pengguna booking.com. Selalunya, Mommy tempah, tak pernah ada masalah. Bayaran dibuat di hotel tanpa banyak bicara. Jadi, penggunaan website itu tepatlah seperti namanya. Booking sahaja, kemudian bayar di hotel. Namun, kali ini agak berlainan.
Mommy tempah 2 minggu awal, masukkan no kad debit sebagai security. Dan sehari sebelum pergi, Mommy tergerak hati nak check email. Dan masa tu Mommy terkejut tahap gaban bila terbaca satu email “Tempahan anda berjaya dibatalkan”. Uish. Apa kes??
Tindakan Mommy masa tu.. Call hotel, dorang sahkan dibatalkan. Call booking.com, tak dapat reinstate. Call hotel semula, bagitau ada kesilapan teknikal dan minta jasa baik untuk dorang reinstate tempahan Mommy. Mujurlah dapat. Alasan auto terminate ialah:
- no kad yang diberikan.. dana tidak mencukupi
- Khidmat Pelanggan Booking.com sentiasa di sini untuk membantu anda, tetapi Grand Lexis Port Dickson yang memproses bayaran anda. Urghh, ikut hotel rupanya!!
- Grand Lexis Port Dickson menetapkan polisi pembatalan mereka sendiri
Rupanya email pemberitahuan dana dalam akaun tidak mencukupi, langsung Mommy tak sedar. Inilah padahnya jika :
- Tak percaya sistem (takut auto deduct tanpa dipersetujui), jadi beri akaun yang kurang dana. Haha
- Tak check email dari semasa ke semasa sebab masa ni lah mereka inform untuk buat bayaran sebelum tempahan dibatalkan. Haih.
Mujurlah sehari sebelum pergi tu, Mommy dah double triple confirm dengan staff hotel, Ms Komidi (maaf tak tahu ejaan sebenar namanya), untuk buat bayaran sejurus tiba di sana. At least, ada sesuatu yang Mommy perlu alert lepas ni. Mujur juga staff Grand Lexis uruskan perkara tersebut pagi tu dengan cara pro. Mula2 gelabah juga Mommy sebab mereka tak jumpa rekod. Cakap sendiri dengan Ms Komidi tu.. Terus dapat bilik.
Pengajaran no 3 : Alert perkara di atas tu. Wajib!
Fuh.. pengalaman adalah guru kita yang paling best! Haha..
Apa pun.. Happy sangat untuk percutian ini.
P/S : Ada yang tanya rate. Memandangkan ini musim cuti sekolah, harga agak tinggi. Plus, bilik pilihan Mommy ni ada 2 king size beds. Harga di booking.com ialah RM801. TOTAL kena bayar ialah RM935. Rate time bukan cuti sekolah, mungkin lebih rendah.. Marilah berhuhuhu..
wahhh bestnya..
dah lama gak teringin pi sini, kumpul duit dulu!
Mmg best kak. Bbaloi spend. Heee
menarik. harganya juga menarik. Dan sesuai untuk wanita yang perlukan private swimming pool nak mandi manda. Aurat terjaga
Yup. Exactly. Klu yg jenis malu2 nk mandi tu.. mmg ok sgt bcuti tmpt gini
Private pool tu yg best tu. Mmg enjoy laa anak anak boleh mandi kolam sepuas hati kan
Tu la. Puas hati. Berbaloi..
Alaaaaa.. bestnye… tapi harga tu.. harga.. hahah. Marilah menabung
Ya. Tapi rate hari biasa tak tinggi kot. Ni sebab cuti sek..
Menarik tapi Kena gigih simpan Dana ni….
Hehee
untung la dapat gi jenjalan.
cuti ni, dok rumah aje jaga anak.
hehe.. rezeki.. Alhamdulillah..
memang bestkan..puas giler dapat mandi kolam dalm bilik sdiri. hihih
hehe. tu la. puas hati. hehehehe
Memang puas hati dapat mandi pool.. dalam bilik pun ada pool.. hahaha.. best memang best..
sgt2 best. hahah. rezeki
BAB KOLAM MANDI PERIBADI TU BEST… TERINGIN NAK PI
boleh. one fine day. inshaa Allah
Bagus kongsi pengalaman yang sangat mengejutkan…sebenarnya julia pernah alami mcm YB alami..tapi tak semua hotel nak buat kes mcm ni…mmg ada hotel yg kenakan peraturan akan deduct duit automatik dari akaun untuk sesetengah hotel (tapi jarang ia berlaku, sebab kdg2 kita sendiri pun rasa malas nak baca tnc yg byk2 tu kan)
Bijak juga booking.com trace nombor debit kita tu ye…at least mmg kena ada duit yg cukup masa guna kad tu…means kalau last minit tak jadi datang diorang boleh deduct terus dari akaun…kecuali kita sendiri yg batalkan penginapan…
Tak apa…at least pengajaran bagi pembaca…bestnya LEXIS…tak pernah sampai lagi…nanti nak pi jugak…kumpul duit dan duduk situ dendiam hahaha…tahniah YB…at last sampai juga kan. Pool private tu mmg win!
Betul. So pengajaran lepas ni, baca habis2. Ingatkan dah baca abeh sbnrnya. Hahaha. Tapi, email pun kena alert juga. Haha. Banyak pengajaran walaupun perkara macam ni berlaku. Hee.
Lexis masa mula2 confirm tempah tu, ada notis kat ctu tulis, kalau cancel, dorg akan deduct juga. Tapi tak sangka dorang nak advance payment. Hahaha. Apa pun, lepas ni alert email je la..
teringin nak cuti kat sini..ada tgok promo kat agoda + groupon…tak sampai 500 1 malam..tapi tak baca details bila boleh stay and so on…
seronok ada pengalaman duduk di lexis…mandi pulak dalam private pool..terbaik!!
ya. ada yang murah. tengok pilihan bilik kita. hehehe
Wah seronoknya kalau ada kolam d rumah… Puas mandi manda…
Tqvm info di atas… Dptlah tau serba sedikit.. Sy Pn dh tempah unt anniversary bln October ni.. Yg private pool tu la yg jd tarikan.., xde la malu kan nk mandi manda..
Ya? Hehe. Sama2. Happy Annivrsary
Impressive!! Thanks for sharing this insightful write up.