Sun. Jan 19th, 2025

2 TEKNIK GROUNDING JIKA TERKENA SERANGAN PANIK

TEKNIK-GROUNDING-PANIC-ATTACK

Teknik Grounding | Mungkin ada yang kurang jelas apa sebenarnya serangan panik. Serangan panik adalah satu situasi ketakutan yang kuat, menyebabkan tindak balas fizikal teruk walaupun tidak terdapat sebarang bahaya atau sebab yang jelas.

Ada dalam kalangan penghidap mengalami serangan panik yang menyebabkan jantung berdegup laju, sesak nafas dan badan berpeluh secara tiba-tiba.

Baru-baru ini Mommy ada terlihat satu video yang tular di TikTok di mana pelakon Maya Karin terkena serangan panik di atas pentas ketika ingin membacakan pemenang bagi kategori Pelakon Lelaki Harapan Terbaik di FFM32 baru-baru ini.

Kelihatan Maya menggigil sambil ditenangkan pelakon Faizal Hussein ketika itu. Fuh.. nasib baik ada ROY!!

Dan korang perasan tak apa yang Maya buat ketika keadaannya yang mengigil tu? Dia melakukan teknik GROUNDING dengan terus tanggalkan kasut yang dipakai sambil mengambil nafas untuk meredakan situasinya ketika itu.

Dan Maya masih mampu melakukan tugasnya ketika itu. GOOD JOB, MAYA!

APA ITU GROUNDING?

Grounding adalah cara yang berkesan untuk menenangkan kebimbangan semasa serangan panik. Dalam proses ini, penghidap mengenal pasti objek di sekeliling untuk membantu otak mengenali di mana mereka berada.

Ini akan membuatkan mereka rasa selesa dan selamat kerana mereka tahu mereka berada di mana dan boleh mengawal keadaan.

2 TEKNIK GROUNDING JIKA TERKENA SERANGAN PANIK

1) Tanam kaki

Proses ini memerlukan anda untuk berdiri atau duduk dengan pemukaan kedua-dua tapak kaki menyentuh lantai, tanah atau rumput. Rasai permukaan tersebut.

Adakah ia kasar, licin, sejuk atau panas? Cuba rasakan dengan teliti. Anda akan dapat rasakan seperti ada tenaga elektrik yang turun dari atas kepala ke tapak kaki, mengalir ke bumi.

2) Bernafas

Perlahan-lahan, tarik nafas dalam kiraan lima saat. Hembus semula perlahan-lahan dalam kiraan enam saat. Lakukan dalam kiraan enam saat. Anda akan mula rasakan darah beredar dengan lancar.

Walaupun serangan panik bukanlah satu keadaan yang mengancam nyawa, namun ia boleh menjadi sangat menakutkan dan menjejaskan kualiti kehidupan bagi mereka yang mengalaminya.

Jangan ambil ringan dengan perkara ini. Jika terlalu banyak berfikir, kita mungkin mudah diserang panik. Pesanan Mommy, jaga mental, elak terlalu banyak fikir dan stress, jaga usus, jaga makan juga.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!