DASHING SPORT – Perfume dan Deodoran Buat Lelaki Aktif | Berpeluh merupakan satu perkara yang biasa. Samada berjalan ke kereta, menghadiri mesyuarat, bersenam di gim, atau melakukan aktiviti harian yang lain, lelaki tidak dapat mengelak daripada berpeluh lebih-lebih lagi dengan cuaca panas di Malaysia.
Bau badan merupakan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan lelaki terutamanya mereka yang aktif dalam sukan. Keadaan ini menyebabkan kaum lelaki semakin mengambil berat terhadap kepentingan menjaga bau badan.
Untuk menangani masalah bau badan dan sentiasa segar, Deodoran Semburan dan Eau De Toilette telah menjadi produk penjagaan harian lelaki yang penting. Deodoran dapat membantu mengawal bau badan serta meningkatkan keyakinan diri manakala Eau De Toilette memberikan wangian yang tahan lama dan kesegaran.
Memilih Deodoran atau Eau De Toilette yang bersesuaian amat penting kerana terdapat produk yang tidak mampu bertahan lama dan meninggalkan kesan kotoran pada pakaian.
DASHING SPORT
DASHING, jenama produk penjagaan diri lelaki kini melancarkan satu lagi rangkaian produk khas untuk lelaki yang aktif iaitu DASHING SPORT.
Lelaki DASHING mempunyai aura yang menampilkan keyakinan dan sifat maskulin. Wangian baharu ini memberikan kesegaran maskulin namun masih mengekalkan ciri esen moden. Eau De Toilette DASHING SPORT mempunyai komposisi sensasi yang mengujakan dengan aroma “sporty” dan gaya ranggi yang sangat sesuai untuk lelaki yang berani menyahut cabaran dan kekal aktif pada masa lapang.
Dipasaran kini ialah variasi MCFC Hattrick dan Ultimate Kick. Memahami keperluan lelaki aktif untuk berbau harum sepanjang masa, DASHING kini memperkenalkan 2 variasi baharu ke dalam rangkaian DASHING Sport iaitu Hitman dan Golden Boot.
DASHING HITMAN
DASHING Hitman dicipta khas untuk lelaki aktif yang sentiasa bersedia ke mana sahaja.
Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber.
Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.
DASHING GOLDEN BOOT
Variasi DASHING Golden Boot pula mempunyai haruman yang lebih Musky dan menggoda.
Aroma dari daun Rhubarb dan Pimento memberikan kehangatan maskulin kepada si pemakai, manakala kombinasi kayu Kashmir dan Leather memberikan aroma kelelakian maskulin yang memukau dan tidak dapat dilupakan.
APA YANG BESTNYA KEDUA-DUA RANGKAIAN INI?
Semburan Deodoran DASHING SPORT bukan sahaja memberi perlindungan 24 jam tetapi juga memberikan manfaat 6-dalam-1 yang berkesan mencegah bau badan. Ia mengandungi anti-bakteria, formula cepat kering, tidak meninggalkan kesan di kulit atau di baju serta memberikan keharuman dan kesegaran maskulin optimum sepanjang hari.
DASHING SPORT Eau De Toilette dengan haruman maskulin berpanjangan boleh didapati dalam reka bentuk bottle yang sporty bersaiz 50 ml.
PENDAPAT MOMMY
Kedua-dua variasi Dashing ini sangat berbaloi untuk dimiliki. Jenama DASHING ini sebenarnya memang jenama favorite Daddy. Baunya tidak terlalu keras dan menusuk, harganya pula sangat berpatutan. Sangat sesuai untuk lelaki seperti Daddy yang selalu aktif dalam sukan badminton dan ke gym. Very recommended.
Untuk lebih lanjut, korang boleh follow instagram @Dashing_My dan laman web mereka www.dashing.com.my.
Saya pun pakai, serius best yg terbaru ni…
husband akak pun suka yg ni..
amboii model dia peluh tu..fuh..hehee..bagus dashing ni..nak kena cari untuk lelaki kita punya
yup.. dia bawa everywhere sbb dok g main bdminton kan..
Dashing memang best..harga berbaloi sangat..bau pun best tak terlalu tajam ..
yup.. same opinion!
Wow.. dashing. Wajib promote dekat org ni ❤
Husband saya guna yg ni jgk. Wangi
Kin pun suka bau dashing ni. Boleh beli untuk husband nanti
dashing yang sport ni bau dia best. suami huda pun suka.
tq review. boleh kita cuba untuk dak bujang berdua kat rumah ni.. maklum, anakanda dah muda remaja kekdahnya.. kalau tak.. habis di bedal si abah punya.. udah kompius mak nya, mana satu abah, mana satu budak berdua tu
Suka bau Dashing.. bau maskulin sangat..
kan kan