Sebut Me’nate, apa yang korang bayangkan? Steak kan? Mommy pun. Menjelang Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi, Me’nate Steakhub tampil dengan kelainan dengan menyajikan pakej bufet berbuka puasa bertemakan “Western & Local Delicacies Buffet”.
Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, no more steak dalam pakej buffet ramadhan mereka tahun ini. Kalau nak steak pun boleh, restoran akan teruskan operasi ala-carte seperti biasa selepas jam 830 malam sehingga 11 malam.
CIPTA KELAINAN BERBUKA PUASA TAHUN INI
Rezeki Mommy tahun ini, apabila baru-baru ini Mommy berpeluang merasa Juadah Berbuka Puasa sepanjang Ramadhan di Me’nate nanti. Menu yang paling rare berbanding semua tempat yang Mommy pernah pergi sebelum ini, adalah Rusa Golek! Ya Allah.. makan lagi.. makannnn..
Bertempat di Me’nate Steakhub Shah Alam, Mommy dan beberapa ahli #KBBA9 tiba agak awal hari ini. Biasalah Shah Alam, kalau risau kesesakan trafik, pastikan korang datang awal. Macam Mommy. Hahaha.. Jam 3 petang dah sampai tau. Nasib belum bulan puasa tau. Boleh la lepak restoran di sebelahnya. Sedar tak sedar, dah 2 jam lebih melepak dengan @mamakembartiga. Tapi, tak risau kalau datang lambat pun. Parking ada banyak. Luar dan berbumbung. Free.
MENU ISTIMEWA DI ME’NATE – RAMADHAN BUFFET 2018
Konsep gerai diketengahkan kali ini dan mengikut kategori hidangan. Hampir 40 jenis hidangan disediakan setiap hari iaitu daripada seksyen pembuka selera, salad dan sup, gerai daging dan ayam panggang, seksyen mee, pencuci mulut sehinggalah seksyen minuman sejuk dan panas.
PEMBUKA SELERA
ROJAK BUAH
Wajib makan, ok?
SUP
Antara sup yang tersedia nanti adalah seperti Creamy Broccoli Soup, Creamy Chicken Soup atau Creamy Pumpkin Soup yang akan dihidangkan bersama roti.
MENU NASI
Selain menu barat, set nasi seperti Nasi Tomato, Nasi Minyak & Nasi Briyani pun ada..
Pilihan lauk pauk yang ada..
SEKSYEN MEE
Mommy suka mee goreng di sini.. Puas hati!
PENCUCI MULUT
Kuih muih pun ada..
TARIKAN UTAMA – RUSA GOLEK DI SEKSYEN PANGGANG!
Biasanya kita tengok Kambing Golek yang pastinya akan jadi tarikan utama setiap Buffet Ramadhan. Berlainan dengan Me’nate Steakhub kali ini, mereka menyediakan Rusa Golek sebagai menu utama berbuka puasa nanti. Haaaa. Yang belum pernah merasa, haaa kena la datang nanti..
WESTERN
Pilihan makanan western pun ada tau.. Betul-betul berbaloi dengan semua pilihan makanan yang ada..
PAKEJ BERBUKA PUASA DI ME’NATE
Pakej berbuka puasa di Me’nate sangat berpatutan dan berbaloi. Harga yang ditawarkan adalah RM39.90 untuk kanak-kanak dan RM79.90 untuk dewasa. Dan pilihan pakej berbuka puasa adalah seperti di bawah:
JOM SERBU
Jom serbu cawangan ME’NATE berdekatan :
- Setapak (Starparc Point)
- Ampang (Jalan Kolam Air Lama)
- Bangi (Seksyen 9)
- Shah Alam (Vista Alam, Sek. 14)
PENDAPAT MOMMY
Dengan harga seperti yang Mommy nyatakan di atas, Mommy yakin memang berbaloi untuk korang nikmati hidangan di Me’nate ini. Kelainan hidangan seperti Rusa Golek menambahkan lagi rasa teruja untuk korang datang pada bulan puasa nanti. Buffet Ramadhan di Me’nate ini bermula jam 6.30 petang sehingga 8.30 malam. Jangan lupa ikuti facebook Me’nate Steakhub dan instagram Me’nate untuk maklumat lanjut.
First time rasa daging rusa, sedap!
sama.. tak berani, tapi cuba jgk.. mmg bes
Rusa golek tu menarik sekali…best! Terus rasa nak berbuka kat sini. Harga berbaloi sebab kelainan yg juju nak tu ada.
wOAAA ADA RUSA GOLEK TUUU… teringin nk pergi buffet ramadhan
Sedap dan pelbagai pilihan pada yang mahu menikmati rusa golek. Dari kebiasaan kambing golek kelainan dibawa oleh Me’Nate
Tak pernah rasa rusa golek. Nampak sedap. Kalau lah dekat konfem terjah bulan puasa nnt…
sedap. kna cuba
Murahlah pakej dia, boleh pi Ramadan nanti.
nak rasa sangat daging dia..teringin sangat makan sini..hope adalah rezeki dapt makn sini bawak keluarga ke sini..hehee