ANAK-ANAK TAK NAK BALIK! Hahaha. Itu yang terjadi sebenarnya sebelum Mommy check out Isnin lepas (1 Oktober). Memang tak puas rasanya stay 2 hari 1 malam di situ..
Kisahnya..
Betul-betul rezeki HD tahun ini. Tahun lepas, tak sambut birthday dia sebab Mommy di New Zealand masa tu. Wish dari jauh jer. Tahun ini, haaaa.. dapat peluang sambut birthday. Dan yang paling teruja, dapat stay di hotel!
Seminggu sebelum birthday pun dah tanya. Memang countdown betul lah dia.. Hari-hari tanya..
“Mommy, bila nak kemas beg?”
“Mommy.. kita pergi hari Ahad kan?”
“Mommy.. seronok kan birthday Hannah kali ini? dapat duduk hotel!! Yeay”
“Tq tau Mommy Daddy sebab bawa Hannah tidur kat hotel”
“Mommy.. ada bath tub tak hotel tu?”
Haaa.. Korang imagine lah soalan tu sentiasa berulang. Hahaha. Layankan je lah walaupun telinga dah berasap! Tak kisah sangat hotel takde pool sebab memang plan untuk jalan-jalan sekitar Shah Alam & i-City je masa tu.
Jadi, akhirnya 30 September 2018, sempena birthday Hannah, Mommy Daddy ‘hadiahkan’ penginapan di Hotel De Art @ i-City Shah Alam. Mommy rasa, korang pun mesti nampak Mommy share di Instagram & Facebook Mommy.
Ok la dekat pun kan? Yang penting, anak-anak enjoy!
HOTEL DE ART i-CITY SHAH ALAM – CANTIK, BERSIH & INSTAGRAMMABLE
Terletak di Jalan Keluli 7/110, Seksyen 7, Hotel De Art i-City memulakan operasinya pada September 2016. Sebenarnya i-City merupakan cawangan ketiga Hotel De Art selepas Seksyen 7 dan Seksyen 19 Shah Alam.
Serius cakap, bila Mommy sampai, dari luar pun dah teruja. Belum masuk dalam pun. Haha. Mungkin Mommy ni sejenis yang tak boleh tengok benda ‘unik’. Bagi Mommy, kalau dari luar pun dah cantik dan kemas, dalam mesti lagi superb!
Antara tempat yang boleh pengunjung posing di luar..
Boleh lepak santai di buaian ini sambil berposing juga..
Instagrammable sangat eh?
Ok.. Nak tahu betul atau tidak yang dalamnya pun cun, kena lah masuk dulu kan?
FIRST IMPRESSION
Dikenali dengan konsep hotel butik yang penuh dengan elemen seni, Hotel De Art buat Mommy terkesima sekejap dengan interior sejurus masuk bahagian dalam hotel.. Benarlah wujud manusia yang kreatif. Haha. Kagum k!
Hotel De Art I-City memilih tema ‘Fantasy Wonderland’ atau ‘Keajaiban Dunia Fantasi’. Lukisan bertemakan ‘wonderland’ sememangnya boleh dilihat di ruang lobi lagi.
Lukisan tangan pelukis mural professional pula dipilih melatari keseluruhan dinding ruang lobi. Bermula di bahagian kaunternya.. Staff pun mesra alam.. Haa.. Terasa dah tak sabar nak check in. Cantik je kan?
Kalau rasa macam “kejap lagi lah nak masuk bilik”, bolehlah lepak-lepak minum atau makan dulu kat bahagian lobi ni.
Sofa pun ada kalau nak berehat sambil baca majalah.
Port lepak makan muffin ice cream ke, atau apa-apa makanan kat cafe tu.. cantik kan?
Semua tempat pun boleh lepak selfie. Hahaha..
Bar mini yang disuntik konsep industrial juga antara yang menarik perhatian malah ruang ini juga sesuai untuk bersantai mahupun sekadar berbual bersama insan tersayang.
Makanan frozen pun ada.. Kalau tak nak makan sini, jangan risau. Shah Alam ni kaya dengan kedai makan. Heee..
PELBAGAI TEMA BILIK MENGIKUT KEHENDAK PELANGGAN
Layanan dan penjelasan terbaik diberikan setiap kali Mommy tanya soalan mengenai hotel dan bilik-bilik yang tersedia. Di kaunter, Mommy perlu berikan IC untuk di-scan confirmation.
Dan paling best, sebuah i-pad disediakan untuk memaparkan galeri setiap bilik yang ada di Hotel De Art i-City ini. Manalah tahu, tetiba ubah fikiran kan? Mula-mula tempah Hello Kitty, tetiba nak pilih bilik bertema The Hobbit ke..
Paparan ini juga sebenarnya membantu pelanggan yang datang secara walk-in untuk menempah bilik. Jadi mereka dapatlah melihat sendiri gambaran sebenar bilik di sini.
Ada pelbagai tema yang disediakan. Antaranya UP, The Hobbit, Super Mario, Hello Kitty dan banyak lagi. Korang boleh tengok di laman web mereka sendiri. Yang pasti, setiap bilik mempunyai tema tersendiri dan unik.
Contohnya macam bilik Super Mario ini. Unik kan?
BILIK TEMA HELLO KITTY DI HOTEL DE ART i-CITY SHAH ALAM
Pilihan Mommy, semestinya Hello Kitty! Hahaha.. “ini birthday siapa?” tanya Daddy.. Hannah terus menyampuk, birthday Hannah la. Hannah pun suka Hello Kitty. Haaaa.. backup baikkk punya anak Mommy nih.
Walaupun, Mommy yang teruja lebih sebab Hello Kitty fav Mommy. Hahaha..
Jom masuk cepat-cepat!!
Bilik Tema Hello Kitty yang Mommy pilih ni adalah kategori ART SUITE yang sesuai untuk keluarga yang ramai. Harga untuk bilik tema Hello Kitty ini adalah RM288 (weekdays) dan RM308 (weekend).
Kelengkapan dalam bilik pula adalah :
- 2 Katil Queen Size. Memang selesa lah kami masing-masing.
- FREE High-Speed WiFi, betul gaissss. Hotel ini ada FREE WIFI!! Sesuai sangat dengan blogger kaki upload gambar eh? Hahaha
- 40″ LCD TV with selected satellite channels
- Writing Desk yang Mommy jadikan meja mekap juga
- Direct Dial Telephone
- Sofa lepak santai
Kelassss gilerr kan sofa dia? Tetiba rasa nak tukar tema kat rumah. Nak pilih sofa macam ni boleh tak, Daddy? Heeee..
- Kemudahan membuat kopi dan teh. Air mineral pun sampai 4 botol! Hebat!
- Bilik air yang lengkap dengan tub mandi (bath-tub) serta air panas,dan toiletries percuma. Hair-dryer pun ada, jangan risau!
Anak-anak teruja sangat-sangat lepas tengok bath-tub nih. Siap minta pasang kat rumah. Amboi.. tak cukup ke pool kat rumah tu?
- Sejadah turut disediakan di dalam bilik tau. Korang boleh buka meja merah comel tepi katil tu..
- Sistem Penghawa Dingin pun berfungsi dengan baik sepanjang Mommy di sana. Memang seronok lah anak-anak tidur.
KELEBIHAN HOTEL DE ART i-CITY
BILIK PELBAGAI KATEGORI & TEMA
Dengan harga serendah RM108 hingga RM308 semalam, Hotel De Art I-City menawarkan beberapa kategori bilik sebagai pilihan buat pengunjung antaranya Art Queen, Art Twin, Art Queen Deluxe, Art Twin Deluxe, Art King Deluxe dan Art Family.
Setiap bilik di sini dilukis pelajar-pelajar Uitm dan Unisel. Setiap tingkat diberi nama mengikut jurusan pelajar tersebut. Antaranya tingkat 1 dipelopori oleh barisan pelajar jurusan Fine Art Uitm Shah Alam, manakala tingkat dua pula dihiasi dengan deretan lukisan hasil karya pelajar jurusan Grafik di Unisel Shah Alam.
Mommy di Fine Art Floor (Tingkat 1)
Luar bilik pun cantik. Rasa macam nak masuk je semua bilik haha..
Bilik Mommy di Graphic Art Floor (Tingkat 2)
WIFI PERCUMA
Hotel ini turut menawarkan WIFI percuma untuk semua pelanggannya. Laju pulak tu. Jadi kalau datang untuk bercuti, atau buat sebarang event/function di sini, dah tak risau bab internet!
SURAU DI TINGKAT BAWAH
Ini pun penting untuk diambil tahu ya. Surau dan tandas ada di tingkat bawah. Besar pulak tu suraunya. Jadi, sekiranya ada majlis kecil, dah tak perlu risau dah nak solat kat mana. Senang jer..
BILIK MEETING / FUNCTION ROOM
Mommy ada melawat Bilik Meeting / Function Room yang terletak di tingkat dua. Mainan warna di segenap ruang dewan ternyata memberi kesegaran bahkan menawarkan satu kelainan buat korang yang merancang untuk adakan sebarang acara di sini.
Susunan meja kerusi juga boleh diubah mengikut kehendak kita.
Bilik ini mampu menampung sehingga 150 orang dalam satu-satu masa, dengan keperluan yang lengkap dan selesa untuk sebarang acara mengikut permintaan.
LOKASI STRATEGIK
Terletak bersebelahan dengan taman tema i-City Shah Alam, Hotel De Art I-City merupakan lokasi inapan terbaik buat korang yang inginkan kelainan.
Sempat jugalah Mommy lepak di Taman Tema i-City malam tu. Anak-anak apa lagi. Memang suka sangat lah!
Juga terletak tidak jauh dari beberapa lokasi pelancongan popular, Hotel De Art i-City dianggap berada di kedudukan yang cukup strategik. Antaranya :
- Kompleks Sukan Shah Alam | Extreme Park | Sunway Lagoon Theme Park | Bukit Cahaya Taman Pertanian | Wet World Shah Alam
Hospital Shah Alam juga terletak cuma beberapa minit dari kawasan hotel.
Tidak ketinggalan lambakan kompleks membeli-belah yang tidak jauh dari kawasan hotel seperti :
- Jakel | SACC Mall | Plaza Alam Sentral | Plaza Shah Alam | PKNS | AEON Bukit Raja | AEON Shah Alam | Setia City Mall
Kalau tiada apa-apa aktiviti waktu petang selepas check in tu, boleh la jalan-jalan sekitar kawasan menarik di atas tu. Waktu malam, boleh ke Taman Tema i-City. Cool kan?
CAWANGAN Hotel De ART, Msia’s Coolest Hotel
Ada banyak lagi cawangan Hotel De Art ini selain di i-City. Antaranya di Section 7 Shah Alam, Section 19 Shah Alam, Section 9 Shah Alam dan Subang Jaya (USJ 21) (baru).
Mungkin lepas ni, Mommy nak cuba stay di cawangan lain pulak ke? Tapi, kenapa mata Mommy tetap nampak Hello Kitty eh?
Cuma ini di cawangan Seksyen 7 Shah Alam. Hahaha..
MAKLUMAT LANJUT
Hotel De Art, i-City Shah Alam
- Alamat : 19 Jalan Keluli 7/110, Section 7, Shah Alam, 40000 Shah Alam, Selangor
Telefon : - Web : icity.hoteldeart.com.my
- Facebook : www.facebook.com/hoteldeart
- Instagram : www.instagram.com/hoteldeart
HAPPY BIRTHDAY SAYANG
Last but not least, untuk Hannah Damia anak Mommy Daddy, Happy Birthday, my dear. Untung sangat kakak tahun ni. Dapat beg Smiggle. Dapat hotel bertemakan Hello Kitty pulak tu.. Doa Mommy Daddy.. Moga kakak sentiasa jadi anak yang baik. Nanti kita tempah bilik tema lain pulak ok?
Wow… Lawanya theme hello kitty dia..!!
Tak sangka ada hotel lawa gini dekat jer…
Rasa macam nak book gak laaa
Bestnyaaa.. nak juga bilik HK ni
cantiknya okay next confirm i dtg sini. hihi
Kalau nak main2 kat I- City tu juz jalan je ker dari hotel ni atau kena drive jugak?
kena gak drve.. tp dekat la..
bestnya… ni kalo bawa anak anak.. silap tak mo balik dh. Mcm fairytales kat sini..
cantiknya. nanti nak bawa jugak lah anak2 saya tido sini. Kakak FL suka sgt Hello Kitty. hehe
Besarnye hotel.. cntik pulak tu
Lawanya bilik, nak pi gak lah. Tp ambik tema utk boys hehe
ni consider mcm butik hotel lah kan. sempoii!!
Deco hotel de art memang win.
tengok dari luar macam biasa je, sekali tengok gamabr dalam..wow sangat..dahla dekat dengan icity..best gilerr
happy belated birthday hana
Cantiknya hotel De Art ni. Mcm masuk duni fantasi gitu.. haha
Menarik juga ID hotel ni. Rasa macam dalam dunia kartun gitu.