Thu. Dec 12th, 2024

AKHIRNYA.. BELI JUGA PRINTER

btrmdn

Dah lama plan nak beli. Dari Hannah darjah 1 lagi. Tapi tak beli-beli juga.. Memang kadang-kadang rasa susahnya nak scan, nak print semua tu. Kena minta tolong Daddy juga.

Then, Hannah dah pun masuk darjah 2. Masih lagi tak beli. Alasan utama, belum ada meja studi yang proper. Haha.

Ye lah.. sekarang, meja studi Mommy pun kat Meja makan. Hmmm.. Ini kena plan betul-betul lah nampaknya. Nak kena beli meja studi jugak.

Finally.. semalam.. 4 Oktober 2018, Mommy beli juga printer. Dan pertama kali tau Mommy beli secara online.

Biasanya, barang mahal macam ni, Mommy mesti kat Low Yat ke. Tak tahu kenapa macam malas pula rasa nak pergi cari. Huuu..

Selepas Mommy update di FB, ada seorang kenalan info yang dia baru je beli Canon Pixma E410.. Kalau Mommy search latest Canon Pixma, harga macam garu kepala sikit.. heee..

So bila Mommy survey kat Shopee, harga RM179, Mommy terus add to cart je. Tak tahu lah kenapa malas nak fikir banyak. Tapi sebelum tu Mommy tengok la juga apa free gift dan kelebihannya..

Oh.. ini ada hadiahnya.. Ingatkan kertas untuk print gambar masuk album.. Wakaka.. Tapi glossy lah. Memang boleh print gambar la kot. Nanti cuba..

Printer ni All-In-One. Catridge Pixma biasanya tak mahal sangat. Boleh la tahan..

Ingat dulu, 3 ketul printer Mommy pernah beli masa buat bisnes printing kat asrama, masa studi kat UIA. Cari duit sendiri gaisss.. Nak hidup masa tu. Taknak menyusahkan parent. Huhu.. Masa tu lah wujudnya Shehanzstudio. Ngeeeee..

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

6 thoughts on “AKHIRNYA.. BELI JUGA PRINTER”
  1. senang ada printer…lebih jimat print kat kedai.. akak pun nampaknya kena cari juga satu..anak dah nak masuk sekolah menengah lagi banyak kertas kerja yang perlu dibuat.

  2. Sekarang ni printer memang satu keperluan kan. Anak buah selalu juga last minute baru nk itu ini. So kalau ada memang senang sikit kerja dan boleh berjimat

  3. senang ada printer sendiri..sama la kite..nak beli jugak printer ni nak print pape tayah mintak tlg incek hubby… hihi..tgh survey2 lg ni..hehehe

    jemput singgah blog kite yer sis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!