Tue. Dec 3rd, 2024

IA DATANG LAGI MENGHANTUI KITA.. | NIGHTS OF FRIGHT 5 SUNWAY LAGOON

Korang jenis takut tak? Atau korang cuma nak rasa jerit-jerit untuk hilangkan stress? Haaa. Jom hilangkan takut atau lepaskan stress korang kat sini..

NIGHTS OF FRIGHT 5 SUNWAY LAGOON (13)

NIGHTS OF FRIGHT 5 SUNWAY LAGOON

NIGHTS OF FRIGHT 5 SUNWAY LAGOON

Bermula 7 Oktober hingga 31 Oktober ini, Nights of Fright sekali lagi diadakan di Sunway Lagoon. Korang boleh bayangkan tak, seluruh kawasan tu penuh hantu. Ye, hantu, jembalang semua mak nenek kategori ada. Hantu omputih, hantu melayu, hantu yang korang tak nampak pun ada. Eh.

NIGHTS OF FRIGHT 5
FEEL THE FEAR AT OUR SCARIEST FRIGHT NIGHTS EVER!

Dan sekali lagi untuk tahun ni, Mommy pergi NOF bersama rakan-rakan KBBA9 juga.

NIGHTS OF FRIGHT 5 SUNWAY LAGOON (8)

Oh ni masa lepak kat The Loaf. Sori Afiq. Tiada dalam gambar. Hang pi mana??

NIGHTS OF FRIGHT 5 SUNWAY LAGOON (18)

NIGHTS OF FRIGHT 5 MAP

Map yang Mommy rujuk once masuk dalam NOF 5 ini. Baru clear sikit kat mana nak pergi.

NIGHTS OF FRIGHT 5 SUNWAY LAGOON (23)

Kali ni, ada 8 Haunted Houses, 5 Scare Zones, 11 Thrill Rides and 4 Show Stages untuk semua pengunjung.

8 Haunted Houses

  • Day of the Dead in 3D, The Island of the Dolls, Ouija, Dystopia, Horrorwood Studios, Ghostbusters, Zombie Apocalypse, Pontianak vs Pocong

5 Scare Zones

  • Horrorwood Boulevard, Zombie Pirates, Forest of Fear, Judgment Lane, March of the Undead

11 Thrill Rides

  • Vultures, Wagon Wheel, Colorado Splash, Fun Fair, Apache Pots, Tomahawk, Pirate’s Revenge, Carousel, Lost City of Gold Scream Coaster, Grand Canyon River Rapids, Butch Cassidy Trail

4 Show Stages

  • Horrors Circus Stage, Wicked Souls, The Egyptian Temple, Judgement Stage

Fuh. Tahun lepas pun Mommy dah datang untuk NOF 4. Mommy nak tengok pula macam mana NOF 5 kali ni.

NIGHTS OF FRIGHT 5 SUNWAY LAGOON (5)
Start jam 730 malam, korang pergi solat dlu dalam Sunway Pyramid tu ok?

LAYAN HANTU MENARI..

Mula-mula masuk tu, tetiba dengar ada muzik. Ok lepak kejap. Rupanya hantu nak start menari guysss. Ok layan, sekali dengan Mommy rasa nak joget. Kang terkejut pulak kawan-kawan KBBA9 kat tepi Mommy ni ha. Haha. Tapi enjoy la. Rancak giler guys. Nah layan video ni..

A post shared by YB Shehan (@myapilot) on

Best. Memang rancak betul. Ada staff Sunway Lagoon yang tengok video ni kat IG Mommy request video ni. Dia menari dalam tu kot. Hehe..

BERJAYA TERKEJUT BERKALI-KALI DI ISLAND OF THE DOLLS

Ok. Tempat pertama yang Mommy & the team beratur untuk masuk ialah di Island of The Dolls. Sumpah ramai orang. Haha. Korang kena tabah beratur. Ala, ramai-ramai kan? Tak sempat boring. Sambil beratur tu, korang akan nampak hantu lalu lalang kat tepi korang. Tetiba je muncul. Haha. Boleh la korang nak marah hantu tu sebab muncul senyap-senyap je kan. Haha.. Cian hantu tu..

NIGHTS OF FRIGHT 5 SUNWAY LAGOON (17)

Kami diberikan tali untuk berjalan dalam kegelapan tu. 10 orang sekali masuk. Haaa. Kat sini korang bersedia la. Haha. Yang mengandung, lemah semangat, jangan ok. Haha. Kamera, video semua tak dibenarkan. Just enjoy. Tapi, terkejut-terkejut pun, Mommy enjoy! Serius. Hahahaha..

NIGHTS OF FRIGHT 5 SUNWAY LAGOON (17)

Dan seterusnya kami ke tempat kedua iaitu Pontianak & Pocong Theatre. Sini beratur tak lama, tayangan movie dalam tu kejap je. Masuk ramai-ramai. Elemen terkejut omak kau memang ada dalam tu. Tapi seronok la. Haha.

NIGHTS OF FRIGHT 5 SUNWAY LAGOON (7)

Sepanjang perjalanan ke sini, sempat la berkenalan dengan beberapa pontianak. Hahaha..

NIGHTS OF FRIGHT 5 SUNWAY LAGOON (24)

Korang rasa Mommy takut tak? Huu. tengok yang bawah ni seram la sikit. Dem betul.

NIGHTS OF FRIGHT 5 SUNWAY LAGOON (20)

Dan ada lagi banyak rumah hantu yang korang wajib masuk. Cuma kena la bersabar beratur tu.

NIGHTS OF FRIGHT 5 SUNWAY LAGOON (16)

Nak berkenalan lagi dengan hantu lain? Macam Mommy bagitau mula-mula tadi, sepanjang jalan korang akan jumpa macam-macam rupa. Pesanan Mommy, korang jangan obvious sangat muka cuak tu.. Once dia detect, habis. Hahahahaha.

NIGHTS OF FRIGHT 5 SUNWAY LAGOON (20)

Syaratnya kalau korang ada dalam ni, korang jangan sentuh dorang tau. Dorang pun tak sentuh korang juga. Tapi ada la beberapa hantu sengal dan gatal kalau korang berjaya jumpa. Hahaha.

NIGHTS OF FRIGHT 5 SUNWAY LAGOON (28)
sengal ni. hahahaha

NIGHTS OF FRIGHT 5 SUNWAY LAGOON (14)

NIGHTS OF FRIGHT 5 SUNWAY LAGOON (28)

Makanan dan minuman turut dijual di sana,. Contohnya macam kedai Captain Jack ni.. Tapi, dah nama tempat riang ria macam ni, please expect harga lain dari harga luar ya..

NIGHTS OF FRIGHT 5 SUNWAY LAGOON (27)

Ingat tau, NOF 5 dibuka setiap hari Jumaat sehingga Ahad, bermula jam 730 petang, sehingga 31 Oktober ini sahaja. Jangan lepaskan peluang untuk jerit bersama-sama!

Untuk tiket dan maklumat lanjut korang boleh layari laman web Sunway Lagoon NOF 5 ini. Apa pun, Mommy enjoy dan pasti kembali untuk Nights of Fright 6 pula nanti. Rugi tak pergi!!

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

10 thoughts on “IA DATANG LAGI MENGHANTUI KITA.. | NIGHTS OF FRIGHT 5 SUNWAY LAGOON”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!