Thu. Feb 6th, 2025

FOOD IDEA UNTUK ANAK SUSAH MAKAN : PICKY EATER

Salam. Mommy ada story sikit hari ni. Nak kongsi IDEA UNTUK ANAK SUSAH MAKAN atau dikenali sebagai PICKY EATER | Picky eater bukan maksudnya kaki kutip ye. Hii. Tapi boleh juga la guna sebagai kutip sebab dia memilih satu persatu. Kutip mana yang dia nak makan je. Mommy faham sangat-sangat kalau ada ibu-ibu yang luah anak mereka susah nak makan. Untuk pengetahuan semua, Mommy masih struggle bab makan si Hannah Damia a.k.a HD tu. Susah yang amat nak fikir bab makan dia. Jadi Mommy tercari-cari idea makanan yang mudah dan mungkin menarik perhatian si picky eater ini.

IDEA UNTUK ANAK SUSAH MAKAN : PELBAGAI BUAH-BUAHAN DAN AYAM RACIK

FOOD-IDEA-UNTUK-ANAK-SUSAH-MAKAN-PICKY-EATER
Source : JoyfulAbode.com

Cuba penuhkan pinggan dengan makanan seperti ni. Ada ayam yang diracik, kismis, carrot, epal, cheese, kiwi, epal. Lengkap ada protein, buah-buahan, dairy. Dan ayam tu boleh je diambil dari leftover dinner ke. So jadikan hidangan ini sebagai sarapan contohnya. Nice bukan?

FOOD IDEA : ROTI BERINTI PEANUT BUTTER, TIMUN, CARROT, STRAWBERRY, LIMAU

FOOD-IDEA-UNTUK-ANAK-SUSAH-MAKAN-PICKY-EATER
Source: LifeinRandombits.com

Gunakan roti yang dibuang tepi, cuba leperkan roti tersebut. Letakkan peanut butter dan gulung. Kemudian potong. Sedap wooh!! Sediakan juga buah-buahan seperti limau, strawberry dan sayuran seperti timun dan carrot.

FOOD IDEA : NUGGET AYAM, CRACKERS, MIXED VEGE DAN STRAWBERRY

Toddler Lunch Ideas Everyone Will Eat
Source: AndeeLayne.blogspot.com

Isu nugget ni better buat sendiri (homemade) lagi sihat. Letak sekali sebarang crackers (tapi Mommy kurang gemar). Jangan lupa steam mixed vege. Juga selit strawberry. Tarik perhatian dengan plate yang comel. Sudah lengkap lunch anak!

FOOD IDEA : ROTI, SCRAMBLED EGG, KELEDEK MANIS, EPAL DAN STRAWBERRY

Pilihan menarik dan mudah pastinya sedikit sebanyak menarik perhatian anak. Jom la cuba seperti yang disaran. Senang dan cepat

FOOD-IDEA-UNTUK-ANAK-SUSAH-MAKAN-PICKY-EATER
Source: SuperHealthyKids.com

FOOD IDEA : PASTA, EDAMAME, BLUEBERRY DAN STRAWBERRY

Pasta memang salah satu kegemaran Ariq. Hannah je memang susah sikit. Tapi dalam kuantiti sikit macam ni, digayakan dalam cup comel ala-ala cupcake macam tu, pasti menarik perhatian anak. Cuppasta!! Pernah makan edamame? Macam kacang peas tu. Mommy selalu makan di Sushi King. Sedap ok!

FOOD-IDEA-UNTUK-ANAK-SUSAH-MAKAN-PICKY-EATER
Source: TheFoodinisita.wordpress.com

FOOD IDEA : TURKEY MEATBALL, BROKOLI, KACANG PEAS, BUAH PIC

FOOD-IDEA-UNTUK-ANAK-SUSAH-MAKAN-PICKY-EATER
Source: MyLifeofTravelandAdventures.com

Ini kan contoh. Takde Turkey, ganti la yang lain. Oh ya, Mommy sarankan kalau nak kasi meatball pun, sila buat homemade meatball. Lagi selamat kan? Boleh tengok cara buat di page Mommy di Homemade Food for HDAE. Gabungkan dengan pilihan sayuran seperti brokoli dan peas yang dikukus serta buah pic sebagai pelengkap makanan.

Moga idea-idea di atas berjaya tarik anak-susah-makan kita tu makan. Good luck!

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

14 thoughts on “FOOD IDEA UNTUK ANAK SUSAH MAKAN : PICKY EATER”
  1. kena pandai dan bijak selit sayur masa nak bagi anak makan.

    kalau tak..tunggu besaq nanti la baru diorang teruja nak makan sayur.

  2. macam mane pulak yg jenis makan kunyah2 n luah balik..ank jenis memilih mkn..dh nak mkn,lepas kunyah2 mmg luah n tak telah..huhu

    1. Dah banyak kali dr kecik atau baru belajar makan? Anak umur berapa? Cuba banyak kali xpe. Tp pelbagaikan lagi menu..

  3. Mujur senang nak sediakan. Tapi kena penuhkan peti ais dengan buah – buahan pulak

  4. Hu hu. anak skarang ni semua buah x mo makan. yang masuk dalam mulut cuma pisang je semata²

  5. Terimakasih sudah berbagi idea jenis makan dan tips lainnya. Salam dari negeri seberang 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!