13/06/2024 9:34 PM
AYAM MASAK BAWANG YANG GUARANTEE KORANG SUKA.5AYAM MASAK BAWANG YANG GUARANTEE KORANG SUKA

Ayam Masak Bawang ini adalah resepi yang diberikan oleh guru fotografi Mommy iaitu Ticer Lini. Agak lama Mommy simpan resepi ini dalam telegram channel, tapi memandangkan Mommy dah cuba resepi ini, Mommy nak kongsi juga dengan korang semua (dengan izin Ticer Lini). Mommy guarantee, korang mesti suka.

AYAM MASAK BAWANG YANG GUARANTEE KORANG SUKA.5AYAM MASAK BAWANG YANG GUARANTEE KORANG SUKA

Ini hasil masakan Chef Daddy of course. Hehe

Baca juga : Resepi Donut Gebu Viral

AYAM MASAK BAWANG RESEPI TICER LINI

Tak perlu tulis panjang-panjang, kita terus ke resepi Ayam Masak Bawang yang Awesome ini ya.

Bahan-bahan

Bahan kisar

  • 1 biji Bawang besar
  • 5 biji Bawang putih
  • Halia 3 inci
  • Blend semua dan tapis air

Bahan tumis

  • 4 sekawan
  • Daun pandan
  • Daun kari
  • 1/2 ekor ayam – goreng setengah masak
  • 1 sudu kecik serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecik serbuk jintan putih
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 2 sudu besar serbuk cili atau cili boh
  • 2 sudu besar oyster sauce
  • 2 sudu besar cili sos
  • 2 sudu besar tomato sos
  • Dua biji bawang besar goreng setengah garing

Cara-cara Masak

  • Tumis 4 sekawan + daun pandan + daun kari
  • Masuk bahan kisar
  • Masal smpi wangi
  • Masuk jintan+kari+cili
  • Masukkan semua sos
  • Goreng kejap 
  • Masukkan air tapisan bahan kisar
  • Goreng smpi pecah minyak
  • Masuk ayam
  • Masuk bawang
  • Garam gula
  • Masak sekejap 

Siap.

Resipi lain kalau nak try – Resipi Masak Ayam Masak Lemak Hijau

HASIL AYAM MASAK BAWANG STUDENT PHOP (PHOPERS)

Really sorry sebab Mommy tak dapat nak masukkan semua gambar yang Mommy kumpul atas faktor storage. Mommy kongsikan di sini hasil masakan beberapa chef Phopers dalam bentuk Phop (phone photography).

Dah la gambar lawa, resepi pula confirm sedap.

Adeh meleleh pula air liur tengok gambar dan testimoni masing-masing.

“macam lauk kenduri”

“sedap sangat”

“siap ambil roti kaup dekat kuali”

“tak sabar nak bagi mak abah rasa masakan ala chef ini”

Lahh siap tukar kambing. Masih sedap!

“lepas rasa anak tanya, nasi minyak mana?”

Baca juga : Resipi rendang hitam

Cantik kan hasil Phop masing-masing?

So, korang yang tak cuba lagi tu, tak terpengaruh ke? Jangan lupa cuba tau.

Suka pedas-pedas? Boleh juga cuba buat sambal belacan padu ini.

BACA JUGA : Nasi Kandar yang wajib cuba

7 thoughts on “AYAM MASAK BAWANG YANG GUARANTEE KORANG SUKA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!