23/04/2024 10:41 AM
Mommy pernah lalui saat ini satu ketika. First time HD jatuh. Di nursery!! Mommy cuak! Mommy takut klu2 HD jd pa pe.
HD tercedera di bhgn belakang cuping telinga ketika itu. Mommy terus bawa ke klinik sejurus selepas Mommy balik dr keje.
Doc ada tnya samada HD muntah atau tunjuk keadaan seperti sawan, Mommy cuma bgtau xde coz Nursery report xde muntah2..
Ya.. Tindakan Mommy betul utk bawa ke klinik. Oh ya, Mommy bawa rsnya ke 2 klinik. Punya la cuak!
Jadi, ibu2 yang pernah alami perkara ini, perlu amek berat.
Sila pantau jika sekiranya dalam tempoh 24 jam, anak2 tersebut menunjukkan tanda2 seperti berikut:
1. Anak pengsan selepas terjatuh
2. Terdapat darah / cecair jernih keluar drp hidung atau telinga selepas terjatuh
3. Muntah2 memancut
4. Anak tidak aktif seperti biasa
5. Tarik atau sawan (fit) 
6. Lebam pada bahagian belakang telinga 
7. Perubahan fizikal spt muka herot ketika menangis, lemah bahagian anggota bdn spt tangan atau kaki 
8. Tidak stabil semasa berjalan
Semua tanda2 yg dinyatakan perlulah diperhatikan terutamanya dlm tempoh 24 jam selepas terjatuh.
* Lebam pada bahagian belakang telinga. * CT Scan menjunjukkan perdarahan ( bahagian putih) pada bahagian otak
FB Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung
Published with Blogger-droid v2.0.4

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!