Fri. Jan 17th, 2025

KATA2 IBU BAPA YANG DILARANG DIUNGKAPKAN KEPADA ANAK2 MEREKA

Memiliki dan membesarkan anak mempunyai seni tersendiri. Tidak ada sekolah khas untuk menjadi ibu bapa. 
Ada juga, kita terlalu yakin mampu membesarkan buah hati kita dengan cara sendiri.
Namun, tidak semudah itu. Bermula dari komunikasi setiap hari, perkembangan anak pun boleh terganggu.
Ibu-ibu, bapa-bapa, kata-kata yang TIDAK MANIS sebaiknya TIDAK dilontarkan kepada anak anda.
Contohnya?
1. ”Pergi sana! Ayah Tak Mahu Diganggu!”
  • Jika anda kerap melontarkan kata-kata ini pada anak, Suzette Haden Elgin, pengasas Ozark Center, mengatakan anak-anak akan berfikir tidak ada gunanya berbicara dengan orang tuanya kerana mereka selalu diusir.
  • ”Jika anda selalu mengatakan itu pada anak-anak sejak mereka kecil, biasanya mereka akan mengatakan perkara serupa ketika dewasa.”
2. ”Kamu Itu…”
  • Pelabelan pada anak adalah cara pintas untuk mengubah anak-anak. Jika seorang ibu mengatakan, ”Anak saya memang pemalu”, maka anak akan menelan begitu saja label itu tanpa bertanya apa pun.
  • Apalagi, bila kita memberikan label buruk pada anak-anak, itulah yang akan melekat dalam benak mereka. Seumur hidup. sumber
MOMMY: Nasihat untuk diri sendiri & ibu bapa yang lain juga…

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!