KIDS ECO DASH | Rehat sebentar daripada menulis entri travel ke New Zealand. Mommy nak menguar-uarkan satu perkara yang menarik untuk korang, terutamanya yang ada anak-anak berumur dari 4 hingga 12 tahun.
LARIAN KIDS ECO DASH 2.0 2017
Terbuka buat kanak-kanak sahaja, satu larian yang dinamakan THE KIDS ECO DASH 2.0 2017 akan diadakan pada :
- Tarikh : 28 Oktober 2017
- Hari : Sabtu
- Alamat : Taman Eco Rimba, Bukit Nenas Forest Reserved @ Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.
Larian ini disokong kuat oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, untuk menggalakkan anak-anak muda ini melakukan aktiviti luar dan mencintai alam semulajadi.
Ok menarik pula Mommy tengok event ni. Rasa macam nak daftarkan Hannah Damia je. Agak-agak, mahu ke tak dia lari ni? Haha.
Melalui larian ini, kanak-kanak akan dapat berlumba seperti orang dewasa dan merasai keseronokan perlumbaan besar pada jarak yang mampu dicapai.
JENIS LARIAN & PERINGKAT UMUR
Ada 3 jenis larian mengikut peringkat umur iaitu :
- Caterpillar (0.8km)
- terbuka untuk semua kanak-kanak berusia dari 4 hingga 6 tahun
- Rabbit (1.5km)
- terbuka untuk semua kanak-kanak berusia dari 7 hingga 9 tahun
- Tiger (3km)
- terbuka untuk semua kanak-kanak berusia dari 10 hingga 12 tahun
YURAN PENDAFTARAN
YURAN adalah sama bagi ketiga-tiga jenis larian iaitu sebanyak RM35 seorang.
Dan setiap pendaftaran anak-anak ini, mereka akan mendapat :
- Finisher Medal
- T-Shirt
- Goodies Bag
- Race Bib
SUKARELA (VOLUNTEER) – TERBUKA UNTUK IBU BAPA
Ibubapa digalakkan mendaftar sebagai sukarela (volunteer) dan akan diberikan tugas masing-masing oleh pihak penganjur pada hari kejadian.
Yang paling best ialah, setiap pendaftaran sebagai sukarela melayakkan ibu bapa untuk mendapat sehelai T-Shirt & didaftarkan secara otomatik di bawah program sukarela. Paling penting, ianya PERCUMA!
JADUAL AKTIVITI KIDS ECO DASH
Aktiviti untuk Kids Eco Dash adalah seperti di bawah :
DAFTAR SEKARANG!
Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari Facebook KidsEcoDash dan mendaftar di : www.sbbhosted.com/event/kids-eco-dash-2-0-2017
INGAT : TARIKH TUTUP UNTUK MENDAFTAR – 4 HARI LAGI (dari tarikh hari ini 19/10/2017)
RACE KIT PICK UP
Tarikh pengambilan race kit adalah pada :
- Tarikh : 27 Oktober 2017
- Hari : Jumaat
- Jam : 11 pagi – 10 malam
Bertempat di Malaysia Tourism Centre, (Matic) Jalan Ampang.
Race Kit tidak akan disediakan pada hari larian, jadi jangan terlupa pulak ye. Nak hantar wakil pun boleh, cuma sediakan salinan IC pendaftar sahaja.
PESANAN MOMMY
Mommy nak ingatkan buat ibu bapa, jangan lupa aspek penjagaan diri dan kesihatan. Beberapa faktor penting yang perlu dititikberatkan buat anak-anak, antaranya:
- pakaikan sunblock
- pastikan sentiasa hidrat (bawa bekas air)
- bawa baju salinan extra
Good luck adik-adik!!
Rayyan xckup umur lagi la pulak , huih rugi
ehehe.. tunggu 3.0 la plak
Menarik ni..anak2 akak mmg suka sangat acara larian..tapi jauh la pulak..huhuhh
kena kembangkan event gini untuk setiap negeri kan kak. Inshaa Allah ada nanti tu..
Bagusnya aktiviti parents n anak camni
kan. nt hrp2 ada lagi idea bes untuk anak2..
Alahai mesti comel je tgk anak2 nie berlari
kan. bes lak leh snap2 aksi2 masing2. hehe
Mesti seronok anak2 yang dapat join fun run ni.. kena tunggu 3.0 jugak.. utk 2.0 ni tak dapat nak bg anak2 join..
anak exam minggu event n mggu dpn tu.. rugi rugi… xle join gak
Macam best ja kan, terbayang meriahnya budak budak hehehe
wah..bestnya..tapi….takde anak kecil or adk kecil yg nak join..:(
leyla jadi la budak kecik. hehehe
Sangat bagus penganjuran aktiviti sebegini untuk anak-anak dan ibubapa. Dapat mengisi masa lapang sambil beriadah. Anak-anak pun seronok.
btul tu papa. ada gak aktiviti sihat sekeluarga hehe
terfikir gak nak daftarkan anak-anak ni..biar di macam mamanya suka berlari..eh
Best yer.. Nk arif join..tapi jauh..
Bagus nya program macam ni kann…? Kak Nina teruja nak daftar nama anak join larian ni
Kalau Afiq yang nubis ini nak join lari juga boleh ke? Hahaha. Seronok apa lari dengan budak-budak. Kejar diorg bagi lari laju sikit. Bhahahaha.
Kalau fariza dah besar, bolehla join..
Haaa pakaikan sunblock tu betul, minum air banyak…bawa bekal air sentiasa dan ekori anak…utk elak apa2 tidak diingini.