Thu. Oct 10th, 2024

INILAH MASALAHNYA KALAU JADI ARTIS

Berita 1 – METRO
Anak tiri jadi ‘isteri kedua’
KUALA LUMPUR: Seorang penyanyi sebuah kumpulan berkonsep hip hop popular tanah air ditahan polis selepas didakwa merogol anak tirinya berusia 14 tahun di rumahnya di Gombak Jaya, dekat sini, semalam.
Penyanyi berusia 37 tahun yang juga pernah berlakon filem itu ditahan selepas anak tirinya membuat laporan di Balai Polis Gombak, di sini, jam 11 malam, kelmarin.
Menurut sumber, dalam laporannya, mangsa mendakwa dinodai bapa tirinya itu sejak berusia tujuh tahun dan kejadian terbaru berlaku pada 9 Februari lalu.
“Berikutan laporan itu, polis melakukan siasatan sebelum menahan penyanyi terbabit di rumahnya di Gombak Jaya jam 2 pagi tadi (semalam),” katanya, semalam.
Sumber itu berkata, remaja perempuan terbabit mendakwa dia nekad membuat laporan polis kerana tidak tahan dijadikan hamba seks bapa tirinya sejak tujuh tahun lalu selain bimbang keselamatan adik perempuannya yang lain.
Perihal Tasha Shilla yang didakwa menari x hengat donia kt kelab malam!
Menjawab soalan wartawan: Kata Tasha Shilla:-
Saya ke sana bersebab dan bukan selalu ke sana. Saya ke sana untuk meraikan hari lahir saya atau kawan-kawan. Meskipun pelbagai cerita buruk dijaja berikutan kunjungan saya ke sana namun semua itu, tidak akan membuatkan saya mengambil keputusan untuk tidak ke sana lagi. Saya tidak akan menilai seseorang itu jahat sekiranya mereka pergi ke kelab malam.
*****************
Adududu.. Tu la.. Manusia mmg x lepas dari buat kesilapan. Kita bukannya maksum. Tapi, dek kerana korang artis, maka seharusnya korang kena alert yang semua org perhatikan korang. Jika ada salah, kompem bnyk media akan highlightkan salah korang. Sebagai pengajaran [harap media x berniat utk membuka keaiban]. Ermm.. sama2 lah berdoa moga kita semua x terjebak kepada perkara mungkar sebegini. Amin…

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!