Sat. Sep 14th, 2024

ALFATIHAH BUAT ARWAH TOK

Jam 520 petang, 4 Ogos 2016, Khamis, Tok meninggalkan kami.

Selepas 11 hari di hospital.

Bergantung oksigen. Sedar tapi Tok dah tak larat buka mata.

Mommy jumpa Tok Jumaat lepas. Magiknya pagi subuh masa tu, Tok mampu buka mata dan lihat Mommy dan Kaktih. Terharu semua. Tok respon bila Kaktih panggil.

Selepas pagi subuh tu.. Tok dah tak buka mata. Langsung.

Respon ketika kami ucapkan Lailahaillallah. Mulut Tok seakan kumat kamit. Cuba mengikut.

Tok bukan koma. Sebab Tok masih respon dan mampu angkat tangan. Mungkin sakit? Wallahualam.

Tok bergantung dengan gas. Kalau dibuka, Tok akan penat. Selagi boleh, kita usaha. Biarpun bergantung dengan gas.

Tok berkerut2 dahi jika doktor menekan2 dada tok. Ini tanda Tok masih respon. Cuma Tok tak buka mata. 😢

Ini yang Mommy lihat sepanjang 2 hari bermalam di hospital minggu lepas. Tok tetiba kejang Jumaat malam, minggu lepas. Masa tu, Mommy baru sahaja sampai di rumah Tok sebelah emak. Untuk berehat. Namun tak sempat. Bergegas Mommy ke hospital semula. Mommy fikir, mungkin dah sampai masa.

Allah panjangkan lagi umur Tok. Alhamdulillah.

Kami nak pulang ke KL. Tok respon dengan senyuman tatkala Kaktih berbisik dengannya. Allah. 2 kali Tok respon dengan Kaktih.

Tanggungjawab diteruskan. Mommy perlu bekerja. Namun setiap hari kami bertanya perkembangan Tok. Masih sama.

Namun hari ini.. Jam 526 petang, kami dimaklumkan dengan pemergian Tok. 😢

Mommy bertolak ke Kedah, dah tengah malam.

Arwah akan dikebumi jam 11 pagi esok Inshaa Allah. Moga Allah permudahkan urusan kami.

alfatihah-buat-arwah-tok
Credit photo: Adlina

Ya Allah. Kau tempatkanlah Tok di kalangan orang beriman. Amin.

alfatihah-buat-arwah-tok

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

5 thoughts on “ALFATIHAH BUAT ARWAH TOK”
  1. Al Fatihah buat Roh Arwah Atok puan… semoga arwah ditempatkan dlm kalangan orang2 yg beriman…

  2. Assalamualaikum.. yb.. takziah untuk kehilangan arwah. moga Allah permudahkan segala urusan arwah dan juga keluarga yb. Insyaallah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!