Thu. Feb 13th, 2025

DTOX CAR SERVICE : MAJOR CAR SERVICE DENGAN HARGA BERBALOI

Salam. Kereta Mommy tu dah lebih 2k sebenarnya tak pergi servis. Jadi hari ni decide nak ke DTox Car Service di Wangsa Walk untuk buat servis. Dan Mommy nak buat major servis terus. Ini pun selepas baca beberapa review bloggers termasuk entri Pinky Momma mengenai kedai baru ini.

SERVIS KERETA PROTON SAGA FLX

Sebelum ni setiap servis dilakukan di Proton sendiri tapi memandangkan warranti pun dah lama tamat, teringin juga nak cuba kedai lain andai diberi jaminan harga dan servis yang bagus kan?

Daddy buat keputusan untuk cuba selepas Mommy bagi beberapa review yang memang bagus. Dan paling seronok sangat ialah harga major servis yang ditawarkan tu agak murah berbanding kedai lain yang kami biasa pergi.

HARGA DI BAWAH UNTUK MAJOR SERVICE

Kos major servis untuk Proton cuma RM398. Tidak termasuk GST ye. Dapat hadiah 1/2 dozen 100 Plus. Perghh.. how cool is that??

major-car-service-murah-dtox-car-service

image

PANDANGAN PERTAMA

Mommy ingatkan dah datang tengahari ni, ramai la orang. Tapi lega bila kami terus disambut dengan ramah tamah dan servis dimulakan terus selepas mereka buat sedikit pengenalan khidmat mereka dan minyak yang akan digunakan. Daddy decide nak cuba Liqui Moly.

DTox-Car-Service

Keadaan sekitar bersih dan Mommy tertarik dengan susunan minyak di rak, dengan logo Dtox hijau yang agak striking. Paling Mommy suka bila tengok mesin tukar minyak hitam tu. Cantik pulak rasa. Ye la.. sebelum ni kat kedai biasa dah tak nampak rupa dah. Hii.

DTox-Car-Service

TEMPAT MENUNGGU

Tak perlu Mommy tunggu di situ memandangkan Wangsa Walk Mall cuma bersebelahan. Boleh shopping, boleh makan, boleh tengok wayang, boleh bersenam kalau nak di Fitness Celebrity. Hii. Tu kalau anda jadi member FC lah.. Mommy decide nak makan di Old Town White Coffee Signature.

image

Terus brunch (breakfast + lunch) je di sini. Ariq baru je sihat sikit dari demam. Tapi cranky masih ada. Ini antara makanan yang kami order.
image image

Selesai makan, jalan kaki semula ke Dtox dan sempat la encik daddy diminta berselfie oleh tuan Kedai. Hiii. Rugi tau tak snap dengan Mommy. Dah la Mommy pakai baju KBBA pulak tu. Hiii..

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

2 thoughts on “DTOX CAR SERVICE : MAJOR CAR SERVICE DENGAN HARGA BERBALOI”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!