Hai korang. Cuti Hari Malaysia, pergi mana? Balik kampung ke? Cuti sekolah yang panjang baru-baru ni, Mommy tak pergi ke mana-mana juga. Sekadar pusing-pusing mall je lah. Jadi, kali ni dah janji dengan anak-anak. Kita pergi satu tempat menarik. FARM IN THE CITY MALAYSIA!!

APA ITU FARM IN THE CITY MALAYSIA?
FITC – Petting Zoo!! Haaa.. Zoo yang lain dari yang lain. Pengunjung boleh ber’mesra’ lebih dekat, boleh beri makan dan bergambar. Dan paling untung kalau dapat rezeki selfie photobomb si Burung Unta yang macam tengah viral sekarang tu. Ala.. pergi tengok kat Instagram Farm In The City..

FAMILY DAY KBBA9 DI FARM IN THE CITY
Hari Malaysia, 16 September 2018, memandangkan tiada apa-apa aktiviti, KBBA9 telah merancang untuk mengadakan Family Day di FITC ini.
Ramai dan meriah kauuu. Tengok je lah family masing-masing. Sampai kena bahagi 2 team. Ini baru suku je blogger dari KBBA9 tu.


Jam 9 pagi masing-masing dah tiba di sana. Jadi, parking pun dekat dengan pintu masuk. Cuaca walaupun luar macam panas, tapi dalamnya redup tau.. Takde topi pun ok..

APA YANG ADA DI FARM IN THE CITY?
Tentulah haiwan kan? Antara haiwan yang Mommy jumpa dari mula-mula masuk tu adalah Kambing, Burung Unta, Burung Merpati dan Lembu Albino pun ada..
Tu ha.. Tengah sun-bath lettewww. Dah putih sangat. Heeee..

Haa.. Burung Unta ni kemain tau. Kita baru nak bajet selfie dengan dia, jaga-jagalah ya. Kang dia patuk kepala korang. Hahaha..

Tapi kan, Ostrich ni comel betul bila beraksi. Ini rasanya memang tengah lekat something ke apa, tak tahu lah.. Huuu.. Moga beliau sihat-sihat sahaja..
HAIWAN BIASA TENGOK DAN TAK BIASA TENGOK
Kat Farm In The City ni, ada haiwan yang biasa Mommy tengok. Ada juga yang Mommy tak pernah tengok. So, jakun la sekejap bila dapat tenung, raba, bagi makan. Haaa.. Memang menarik betul..
Selepas melawat kawasan Ostrich & kambing tadi, kami teruskan perjalanan ke arah Pony Ride. Kanak-kanak yang tidak melebihi 40kg boleh join naik ni. Seronok la Hannah.. Sengih sampai telinga. Ariq masih gerun. Hahaha

Kemudian, semua berpeluang bagi makanan kat Raccoon ini. Manja weh. Nampak macam tajam je kuku, tapi tak gigit korang lah. Dun weri..

Sangkar burung yang luas dan bebas untuk burung terbang. Paling best bila kita berpeluang bagi mereka makan. Syok woo..

Ini mak-mak yang lebih. Nak buat macam mana, anak-anak masih gerun lagi masa ni. Haha. Pertama kali kot. Geli-geli nak bagi makan pun. Yang si Ariq plak, fokusnya kat air lopak. Hadoiii..
Bakul makanan untuk animal feeding tu ada dijual di pintu masuk. Harga sebekas RM10. Rusa minat carrot weh!!

Kalau terlepas pun, ada vending machine untuk beli makanan berbentuk pallet. Harga sekotak RM2 sahaja.
Ariq enjoy bagi makan ikan..



Alpaca. Haaa.. Haiwan ni macam rupa Llama jer yang Mommy jumpa kat NZ. Haiwan ni cool giler tau. Kena pasang aircond baik punya kat tempat dia. Sebab dia memang tak boleh duduk tempat panas pun..

Korang tengok dia punya curl. Fuh..

FEEDING ANIMALS
Macam yang Mommy cakap, makanan boleh dibeli di depan pintu masuk atau di vending machine kan? So bila datang ke area rusa semua tu, kawasan ni haiwannya agak aktif.

Jadi please alert ya. Dia punya tips, jangan lari, nanti dia kejar. Jangan tayang bekas makanan, nanti dia panjat kau. Hahahaha

Bekas makanan tu, dorang dah kenal.. (Maaf ye, tak kenal siapa dalam gambar nih, tapi sempat shot)

Ke kawasan kura-kura paling tua dan besar. Kura-kura ni habiskan masa dia dengan berehat ajer.. Ye lah.. Nak aktif pun, dah tua kan..

Korang kenal tak haiwan kat bawah ni?


Burung Merak putih ni, Mommy panggil pengantin. Taknak show off pula bulu2 dia. Geram betul. Hahaha

LONGKANG FISHING
Kawasan ni macam nak mengimbau zaman dulu la.. Bila kanak-kanak suka tangkap ikan kat longkang kan? Budak-budak zaman sekarang ni, bukan semua minat perkara macam tu. Mungkin tak pernah didedahkan pun ye jugak.
Jadi, sebagai orang kampung dan sebagai budak-budak nakal zaman dulu, masing2 tunjuk bakat la tangkap ikan dalam longkang nih. Haha..
Tuuu.. Daddy tunjuk skill dia. Excited kalah anak. Heee. Tapi memang best pun.
PERSEMBAHAN KAKAK TUA (PARROT INTERACTION)
Terhibur kejap Mommy bila dapat tengok persembahan kakak tua nih. Memang betullah kakak tua bijak berkata-kata. Hehe. Tapi sebenarnya nak dapat setiap skill tu, memerlukan latihan dari 3 hingga 6 bulan.
Sebenarnya ada banyak juga persembahan selain kakak tua. So kena alert time tu je lah. Contohnya Porcupine Feeding, Otter Feeding dan macam-macam lagi..

HARGA TIKET FARM IN THE CITY MALAYSIA
Ada yang tanya berapa harga tiket nak masuk yer?

- Harga biasa – Dewasa – RM55, Kanak-kanak / Warga Emas – RM45
- Pemegang MyKad – Dewasa – RM37, Kanak-kanak / Warga Emas – RM30
- Pakej keluarga – RM125 untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak beserta cenderamata dan baucer diskaun
- Percuma – Kanak-kanak yang mempunyai ketinggian 90cm ke bawah, Bayi
p/s : OKU macam mana ya? Bagi lah percuma juga.
WAKTU OPERASI FARM IN THE CITY
- Isnin – 10am hingga 6pm
- Rabu – Jumaat – 10am hingga 6pm
- Sabtu & Ahad – 9:30am hingga 6pm
- Cuti Sekolah / Cuti Am – 9:30am hingga 6pm
- TUTUP : Selasa kecuali Cuti Sekolah / Cuti Am
TIPS PENTING SEBELUM DAN SEMASA MASUK FARM IN THE CITY
Pastikan anda datang awal. Untuk senang parking dan tak ramai pengunjung sangat. Percuma sahaja..
Pastikan anak-anak dah makan terlebih dahulu. Kalau lapar ni, mostly akan spoil mood. Tapi, ada je kedai makan dan minuman dalam FITC tu..
Letak krim seperti Magic Cream Cosmoderm di badan sendiri dan anak-anak untuk elak sebarang serangga. Oh cream ni memang Mommy guna setiap kali trekking / hiking. So far, alhamdulillah serangga tak berkenan sangat dengan Mommy.. Heee
Kalau anak kurang sihat, tak perlulah sentuh haiwan sangat ye? Jauh-jauh pun ok. Tapi pastikan sihat lah baru datang, baru feel!
Pakaian biar bersesuaian. Jangan la pakai tshirt putih dan kasut putih. Adegan rusa pijak, kambing panjat kat badan (sebab haiwan tu dah cam bekas makanan), memang terjadi. Haha.
Ada 2 tempat makan iaitu di pintu utama dan juga di bahagian dalam.
Berbaloi bawa budak ke sini. Mesti enjoy. Spend time kat satu-satu tempat tu lama sikit.. Sebab kawasannya tidaklah terlalu besar, tapi tidak lah juga terlalu kecil.
Sebelum balik, jangan lupa ambil Certificate nih. Memang disediakan untuk semua pengunjung. Haaa. Anak2 mesti teruja.

Mommy bagi 5 bintang!
Maklumat lanjut boleh tengok Facebook Farm In The City dan Instagram @FarmInTheCityMalaysia dan juga laman web mereka –https://www.farminthecity.my
wooow seronoknya…nampak HD dgn Ariq happy sangat…mmg best lah FITC ni…lepas ni mmg wajib bwak anak2 buah pergi lah… awesome
Bestnyaaaa!!!!!!!!!
Hadoi… Memang havoc meriah enjoy pi sini. Bukan anak-anak jer seronok, Mak Pak pun sama!
Best betul Farm in the city rupanya. Anggapan orang fikir dalam tu panas..tapi tak pun. Memang redup je
teringin jugak nak pergi bawak budak2
Fitc 10 min dari rumah je…ari2 lalu tapi tak pernah masuk pasnk boleh bwk anak2 la
Ostrich tu bukan tercekik, dia tengah tangkap binatang kecil yang terbang. Hanya mata dia je yang nampak, kita tak nampak. Info dari staff FITC.
Btw memang seronok datang sini, anak² boleh belajar tentang haiwan. Kita pun boleh belajar jugak!
Wahhh! Rasa dekatnyaaa dgn haiwan2 tuh… menarik tempat ni..
Memang berbaloi dengan harga tu..sebab kebanyakan haiwan boleh pegang dan bagi makan..semua binatang jinak..suka sangat..nanti nak bawak semula bila farhanha dah besar..ehhee
Wahhhh…menariknya aktiviti. Yg ikan longkang tu teringat zaman kanak2.
Bestnya….X dpt lg nk join Family Day ni..Anak 2 suka tempat ni…Outdoor activity dan blh dpt info….
memang syok bawa anak-anak ke FITC, berbaloi, macam2 haiwan yang tak pernah jumpa ada kat sini.
Memang best bawak anak anak ke sana. Enjoy diorg.
tak sabar2 kambing tu nak dpt makanan hahahaa
Bawak anak lagi seronok , dulu datang bujang tak feel sangat ahaks
Bagus gak konsep Petting Zoo cenggini
anak seronok betul bercuti di Farm In The City ni..bolehlah repeat datang lagi
seronok tgk anak2 happy masa berada di sini…hihihi
serious , seronok tau bawak anak-anak ke FITC . Sampai tak nak balik la …
Best.. Nak pergi lagi.
Seronok dan enjoy pegi sini. Ada jugak haiwan yang tak tertengok haritu. Thank you share gambar
uishh, anak2 seronok ni kalau bawak ke sini
besttt, budak2 pun nampak happy kemain tu ha.hihihi
dekat jer dgn rumah tak sampai 2km tapi tak pernah masuk
cuba pergi.. pkai baju lengan panjang dan jgn wrna putih. hehe