Mon. Sep 29th, 2025
TIPS BELI RUMAH YANG PERLU ANDA TAHU

TIPS BELI RUMAH YANG PERLU ANDA TAHU | Beli rumah adalah satu keputusan yang besar. Dengan ekonomi sekarang, ramai yang risau nak beli rumah. Jadi, Mommy nak kongsikan beberapa perkara penting yang perlu dipertimbangkan atau tips yang perlu anda tahu sebelum beli rumah.

Jika anda nak beli rumah dalam keadaan yang kurang sedia, pastinya ia akan menjadi masalah besar terutamanya masalah kewangan. Banyak faktor perlu dipertimbangkan supaya komitmen sedia ada tidak terjejas dan mengganggu kewangan jangka masa panjang anda.

Adalah penting untuk anda beli rumah dengan alasan yang betul. Anda perlu yakin yang anda bersedia untuk membeli rumah, bukan atas dasar pengaruh orang lain contohnya.

PERKARA PENTING PERLU DIPERTIMBANGKAN SEBELUM MEMBELI RUMAH

1. ANDA RASA BERSEDIA

Macam yang Mommy katakan tadi, anda perlu yakin yang anda rasa bersedia sebelum membeli rumah. Kerana ini bukan sahaja melibatkan kewangan, malah emosi anda sendiri. Anda perlu bersedia dari segi komitmen bulanan dan penyelenggaraan.

Jika sudah bersedia, teruskan rancangan anda untuk membeli rumah. Kos beli rumah bukan sekadar beli rumah sahaja tau. Ada macam-macam lagi tambahan kos yang perlu dimasukkan dalam komitmen bulanan anda. Dan kos dokumentasi serta peguam juga perlu diambil kira di awal-awal pembelian.

2. MEMBINA EKUITI

Salah satu perkara terbaik tentang memiliki rumah ialah membina ekuiti. Daripada membayar sewa setiap bulan, anda sebenarnya meletakkannya ke rumah anda. Sekiranya anda ingin menjual rumah anda, anda boleh mendapatkan semula sebahagian daripada wang ini untuk dimasukkan ke dalam pembelian anda yang seterusnya.

Perlu diingat bahawa pasaran perumahan tidak dapat diramal, jadi tiada jaminan bahawa rumah anda akan meningkat dengan ketara dalam nilai, walaupun hartanah biasanya merupakan aset yang semakin meningkat.

3. KERJA TETAP

Jika anda rasa selamat dan kerja anda kekal sekarang, ia memang pilihan yang baik. Mempunyai pendapatan tetap akan membantu anda konsisten dalam belanjawan anda.

Peluang untuk dapat pinjaman lebih tinggi bagi anda yang berstatus kerja tetap berbanding kontrak.

Anda boleh semak kelayakan dari gaji anda dan bajet rumah yang anda mampu beli dengan layari laman web ini https://www.mortgagecalculator.uk/ .

Apa yang unik ialah dengan adanya graf pembayaran balik pinjaman bersama-sama dengan jadual pelunasan bulanan dan tahunan. Laman web ini juga menyediakan kalkulator tambahan yang mempunyai ciri seperti :

Kalkulator di web ini pada asalnya memenuhi pasaran UK, tetapi pengiraan di sebalik pembayaran bulanan berfungsi sama hampir di mana-mana kecuali unit mata wang dan harga rumah.

4. BUKAN ATAS PAKSAAN ATAU DESAKAN

Apabila anda mencapai umur tertentu atau membina keluarga atau berkahwin, anda mungkin mendapat tekanan untuk membeli rumah. Keluarga dan rakan-rakan mungkin menjangkakan bahawa sudah tiba masanya untuk membeli rumah dan settle down.

Adalah penting bahawa anda bersedia dan cukup stabil untuk membeli rumah. Jadi biarlah diri dan pasangan bersedia barulah berbuat demikian (beli rumah), tanpa apa-apa paksaan dari mana-mana pihak.

5. SELALU PINDAH RANDAH

Agak kurang sesuai untuk beli rumah sendiri jika selalu berpindah randah atas keperluan kerja. Tapi ini terpulanglah ye. Ada yang masih membeli dan sewakan jika tidak dapat tinggal di rumah tersebut. Peraturan praktikal adalah untuk membeli rumah jika anda merancang untuk berada di kawasan itu sekurang-kurangnya lima tahun.

6. HUTANG

Jika anda menanggung terlalu banyak hutang, anda tidak sepatutnya membeli rumah terlebih dahulu. Jumlah hutang yang besar boleh menghalang anda daripada membayar gadai janji anda, yang akan merosakkan kredit dan kesihatan kewangan anda.

7. SAIZ DAN JENIS RUMAH

Antara perkara lain yang perlu dititikberatkan adalah jenis dan saiz rumah. Jangan sekali-kali beli ruang yang lebih besar daripada ruang yang anda perlukan pada masa ini (termasuk pertambahan bakal ahli keluarga).

Rumah yang besar hanya bermakna terdapat lebih banyak ruang untuk diselenggara, lebih banyak bil utiliti untuk dibayar dan lebih banyak perkara yang boleh berlaku. Oleh itu, fikirkan tentang tempat tinggal anda sebelum ini, dan berapa banyak ruang yang diperlukan untuk barang-barang anda.

Selain itu, hati-hati juga kalau beli rumah dari jenis studio, pangsapuri servis dan kondominium. Ini adalah hartanah yang ada lambakan serius dalam pasaran sekarang. Di sesetengah tempat, hartanah jenis ini harganya jatuh / stagnant sepanjang 4-5 tahun lepas. Kadar sewa pula tak berbaloi berbanding bayaran bulanan dan juga fi penyelenggaraan yang anda bayar.

8. DEKAT DENGAN TEMPAT KERJA DAN SEKOLAH

Semak laluan ke tempat kerja dan sekolah-sekolah berdekatan yang sesuai. Berdekatan dengan kemudahan perkhidmatan awam juga penting. Cuba kaji dengan cara anda sendiri melawat kawasan berdekatan rumah idaman anda.

Sebenarnya ada lagi banyak tips yang perlu diambil berat dan menjadi pertimbangan sebelum membeli rumah. Ini memang keputusan yang agak besar untuk dibuat macam Mommy lalui dulu.

Doa Mommy agar semua dipermudahkan untuk membeli rumah sendiri.

BACA JUGA : Money games online

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

error: Content is protected !!