
APA ITU FOREX | Ramai di luar sana yang masih bergelut dengan konsep forex. Apa sebenarnya forex ini? Dan bagaimana sistem dagangan secara dalam talian ini mampu membantu menjana sejumlah pendapatan yang stabil buat anda dalam detik-detik kegetiran finansial sekarang?
Setiap persoalan anda tentang apa itu forex dan lebih banyak lagi akan terjawab dalam pengarangan kami kali ini. Teruskan sehingga ke penghujung untuk bersama kami dalam merungkai 5 persoalan utama tentang forex yang lazim ditanyakan oleh pedagang yang masih baru lagi dalam bidang dagangan dan forex.
APA ITU FOREX
#1 APA ITU FOREX?

Forex – atau “foreign exchange” – jika diterjemahkan, hanya bermaksud pertukaran matawang asing. Kegiatan berdagang forex ini semata-mata untuk memanfaatkan perbezaan kadar jual beli di antara nilai aset atau pasangan aset dalam seharian berdagang di pasaran matawang. Ini kerana nilai aset akan turun-naik sehari suntuk dalam mana-mana hari perdagangan aktif. Dan inilah ciri yang dipergunakan oleh para pedagang untuk mengaut untung berdasarkan nilai masa nyata sesuatu aset finansial.
#2 DARI MANA BOLEH SAYA DAPATKAN STRATEGI TERPECAYA?

Banyak platform dagangan aset forex dan pelbagai komoditi finansial lain kini menyediakan ciri yang sangat menarik, terutamanya untuk mereka yang baru lagi dalam bidang dagangan finansial – iaitu ciri cerminpakai strategi dagangan, juga dikenali sebagai “mirror trading” atau “social trading”. Melalui cara ini, anda boleh melihat, mengkaji, dan menggunapakai strategi daripada pengguna-pengguna yang berjaya dalam platform dagangan anda sendiri. Alternatif lain adalah untuk melakukan kajian sendiri untuk mencari tahu strategi sedia ada dan bereksperimentasi bagi mendapatkan pasangan strategi – aset yang sesuai.
#3 PASANGAN MATAWANG MANA YANG TERBAIK UNTUK MENJANA UNTUNG?

Jika kita lihat secara menyeluruh, hampir semua pasangan matawang yang didagangkan di mana-mana paparan pertukaran matawang berpotensi menghasilkan keuntungan. Kunci utama di sini adalah untuk memadankan strategi yang sesuai dengan pasangan aset anda serta memberikan sepenuh perhatian kepada pergerakannya – termasuklah mana-mana faktor luar yang mampu mengubah pergerakan secara mendadak seperti polisi dan regulasi finansial, perubahan politik, dan faktor sosioekonomi lain.
#4 APAKAH BIDANG FOREX TEMPATAN DIKAWALSELIA?

Ada dua badan berkanun utama yang mengawasi segala kegiatan dagangan dan transaksi pasaran matawang asing. Keduanya adalah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SCM) dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (LFSA). SCM mempunyai bidang kuasa di bahagian Semenanjung Malaysia, di mana mereka juga akan menetapkan regulasi serta polisi berkaitan bagi keseluruhan negara sebagai bidang kuasa utama persekutuan. Bagi Sabah dan Sarawak pula, segala kegiatan dagangan aset finansial dikelola oleh LFSA. Di samping regulasi tempatan, kebanyakan platform dagangan yang terbuka kepada pengguna lokal juga berjaya mendapat pengiktirafan daripada badan regulasi finansial global. Contohnya, IFSC, IIROC, CySec, FINMA, FSA, VFSC, JFSA, dan banyak lagi.
#5 BOLEHKAH SAYA MENJADI PEDAGANG FOREX TANPA PENGALAMAN?

Sudah pasti anda boleh berkecimpung dengan forex walaupun belum mempunyai sebarang pengalaman dalam bidang dagangan. Sebab utama ini diperbolehkan adalah kemajuan teknologi yang membolehkan sistem “social trading” yang dapat membantu pedagang-pedagang baru yang masih lagi dalam proses membina portfolio finansial mereka. Selain dari itu, sebahagian besar platform broker forex menyediakan ruangan akademi pada laman mereka. Ruangan online ini padat dengan buku audio, kursus dalam talian, webinar, video tunjuk ajar, dan pelbagai lagi media pengajaran yang dapat membantu anda memahami bidang dagangan forex dengan lebih mendalam.
KENALI AKRAB SISTEM FOREX – MULA MENJANA UNTUNG HARI INI!

Dagangan forex bukanlah sesuatu yang sukar. Tidak kira siapa pun anda, anda boleh mengecapi kejayaan dalam bidang perdagangan forex dan aset finansial lain jika dapat menyalurkan upaya dan ikhtiar anda dalam cara yang sesuai dengan binaan portfolio finansial anda. Dengan jawapan mendalam kepada 5 soalan lazim mengenai forex dan konsep asasnya ini, kami berharap anda juga dapat menguruskan portfolio dagangan anda dengan lebih efisien lagi. Selamat berjaya!