Permainan Video MONEY GAMES Online Percuma Untuk Kanak-kanak di Mortgage Calculator | Kanak-kanak memang cepat belajar apa saja terutamanya melalui permainan yang menyeronokkan mereka. Kat rumah Mommy ni, boleh dikatakan semua adalah pemain games tegar.
Kadang-kadang terfikir juga ada atau tidak permainan online ini yang lebih menekankan belajar sambil bermain sehinggalah Mommy terjumpa www.mortgagecalculator.org/money-games yang menyediakan permainan video money games secara percuma untuk kanak-kanak tanpa perlu memuatturun sebarang aplikasi.
Paling penting, setiap video permainan bebas iklan. Ini memang perkara paling pentinglah supaya fokus anak-anak tidak terganggu.
KATEGORI VIDEO PERMAINAN KEWANGAN DI MORTGAGE CALCULATOR
Ada banyak kategori permainan di sini yang boleh anak-anak pilih antaranya :
- Money Games
- Real Estate Games
- Business Simulation Games
- Software Development Games
dan macam-macam lagi.
Money Games – Counting Money & Making Change
Mommy nak fokus kategori Money Games yang jadi pilihan utama untuk anak-anak Mommy. Melalui permainan ini, anak-anak akan belajar mengenai wang serta mengira tambah dan tolak dalam perbelanjaan harian.
CASH BACK
Contohnya dalam game Cash Back ini di mana pemain perlu memberikan baki yang betul kepada pelanggan menggunakan wang kertas dan duit syiling. Untuk permulaan, pastikan anak-anak melihat dulu tutorial yang disediakan untuk memudahkan mereka lebih faham tentang konsep permainan.
Ada 3 peringkat mengikut tahap kesukaran (Easy, Medium, Hard) yang boleh dipilih beserta tetapan seperti pembayang. Pilih baki duit yang betul melalui wang yang disediakan dan ini memang menguji minda anak-anak kerana mereka perlu menjawab dengan pantas dan betul mengikut masa yang diberikan.
GROCERY CASHIER
Permainan di mana kanak-kanak kecil boleh berlatih penambahan dan penolakan dengan mengendalikan mesin daftar tunai maya.
Semakin lama anak anda bermain, item akan semakin bertambah. Dan had masa pula makin berkurangan. Perlu pantas berfikir mengikut kemampuan anak-anak.
Caranya adalah memasukkan kos setiap item semasa ia masuk ke conveyor belt, kemudian ketik butang tambah. Untuk memasukkan pembayaran, anda mesti klik atau menekan butang pada juruwang dan bukannya menggunakan papan kekunci. Jika ada kesilapan, ada butang yang boleh anda gunakan untuk memadam input sebelumnya.
Apabila memasukkan amaun, anda tidak perlu memasukkan apa-apa selepas perpuluhan jika harga produk adalah angka dolar keseluruhan & anda tidak perlu memasukkan sen untuk produk yang berharga dalam dolar dan sen.
Selepas memasukkan semua item, klik pada butang total. Jika pelanggan membayar menggunakan voucher, anda kemudian masukkan jumlah voucher dan tanda tolak. Kemudian klik butang SELESAI di sebelah kanan.
Jika pelanggan membayar dengan wang, anda masukkan amaun yang mereka bayar dan kemudian klik pada butang bayar. Anda kemudian klik pada bil dan syiling yang dikaitkan dengan amaun yang terhutang dan kemudian klik butang selesai apabila anda lengkap.
Mudah je kan? Masa ni anda boleh teman anak-anak untuk melatih minda mereka dengan cara bermain permainan video seperti ini.
Serius ada banyak lagi yang korang boleh ajak anak-anak main permainan video MONEY GAMES online percuma untuk kanak-kanak ini di https://www.mortgagecalculator.org/money-games/. Sekurang-kurangnya, bermain pun tidak sia-sia. Ada juga ilmu yang masuk. Have fun!