Fri. Jan 17th, 2025

Tetiba HDAE pula yang dapat nama eh? HDAE tu refer kat Hannah Damia & Ariq Emir la.. Sebenarnya dari Mac lagi Mommy dah install apps Tik Tok ni, cuma baru-baru ini jer tetiba nak aktif. Itu pun bagi anak je lah buat parodi tu..

Tik Tok tu apa?

HDAE TERJEBAK DENGAN TIK TOK (3)

Tik Tok tu adalah satu aplikasi terkini untuk create video pendek yang disertakan dengan muzik. Selalunya ada ‘pioneer’ yang mulakan video pendek yang mungkin kelakar, dan pengguna lain cuba meniru gaya yang sama..

Korang masih ingat video ‘you can count on me‘ sambil pegang dagu tu? Haaa. Itu pun video yang diparodikan dalam Tik Tok. Dan macam-macam lagi lah..

Tit Tok juga ada sediakan special effects untuk jadikan video lebih menarik.. Ala.. kalau korang nak tahu, install je la Apps tu di Playstore & godek sendiri. Ok?

HDAE TERJEBAK DENGAN TIK TOK (3)

Terjebak!

Disebabkan Mommy buka apps ni untuk layan video-video lucu, anak-anak Mommy pun terjoin sekali. Tapi untuk pengetahuan korang lah ye, as parent, sila tengok bersama-sama anak-anak.

Sebab?

Dalam positif, ada negatifnya. Bila suatu hari, Mommy terdengar satu perkataan yang sangat kurang manis, diparodikan. Siap Hannah tanya, P***mak tu apa Mommy? Allahu! Terkejut kalah badak la Mommy masa tu!

Terus Mommy keluarkan arahan diikuti efek halilintar masa tu, “Hannah.. tolong scroll video lain kalau jumpa video tak elok macam ni. And please, JANGAN SESEKALI SEBUT di mana-mana. Rumah, sekolah atau di mana-mana je lah”

Bayangkan, kalau tak pantau, jadi macam tu lah. Terkejut weh! Aduhai..

Ada yang cakap, apps ni tak bagus. Tak senonoh.. Terpulanglah kepada kebijakan masing-masing. Sebab Mommy cuma layan yang jenis kelakar dan tarian yang awesome je. Sebab ramai je yang SANGAT-SANGAT KREATIF walaupun short video. Perlu effort yang lebih tau..

Yang negatif tu, tak amek port sangat. Tak payah la tengok kalau dah tak suka. Hahahaha..

Pastu ada juga viral yang tunjuk seorang makcik kemain menari mengikut rentak lagu-lagu dalam Apps Tik Tok tersebut. Korang dah membawang ke pasal makcik tu? Mujurlah Mommy tak tergolong dalam golong bawang tu. Haha. For me, bijak-bijakkan lah diri untuk gunakan apps tersebut. Sendiri gedik, sendirilah terima padahnya..

Abes tu, membawang dalam Facebook tu, helok sangat ke perangainya?

“NAK MILO”

Ok lah.. Mommy persembahkan sekejap salah satu video Tik Tok yang Ariq & Hannah join buat sekali.. Haha.. Korang nak follow Mommy pun boleh. Cari je @myapilot dalam apps Tik Tok tu..

Conclusion

walau apa pun, Tik Tok ini bukanlah lagu yang glemer suatu ketika dahulu, nyanyian Kesha, tahun 2009. Korang tahu ke tak tahu? Budak-budak zaman sekarang mana tahu. Hahahah..

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

7 thoughts on “HDAE TERJEBAK DENGAN TIK TOK”
  1. waahh! nampak orang buat video tik-tok macam best jer. saya tak terjebak lagi, tak tahu bila akan terjebak, sebab tak pandai ‘main’ video. btw, this is a nice entry (thumbs up)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!