Sat. Dec 7th, 2024

Apa itu Gout weh???? Tetiba rasa sengal kat tepi kaki. Denyut sakit juga kat jari kaki (telunjuk). Tepi ibu jari kaki. Kata kawan.. mungkinkah Gout??

Ermm.. Gout selalu serang ibu jari. Tapi boleh kacau sendi juga. Arghh. Risau pulak.. Tapi tak de plak any swollen kat kaki tu. Terus Mommy search sikit info kat Myhealth..

APA ITU GOUT?

Penulis : Dr. Heselynn Hussein

Gout adalah sejenis penyakit disebabkan berlebihan asid urik di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).

Bagi penghidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi. Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia sejak zaman dahulu kala lagi.

Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.

Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun. Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid. (p/s : fuhhhhh.. tarik nafas. Harap bukan).

TANDA-TANDA GOUT

  • Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki. Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
  • Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
  • Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
  • Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
  • Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
  • Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

Sumber Pic : ePainAssist.com

KOMPLIKASI

Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’.

Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.

Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:

  • Kegemukan
  • Darah tinggi
  • Hiperlipidemia
  • Diabetes

CARA MERAWAT GOUT

Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.

Rawatan serangan akut

  • Rehatkan sendi semasa serangan gout.
  • Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.
  • Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
  • Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
  • Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang. Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan.

Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan.

Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.

Rawatan Jangka Panjang

Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.

  • Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan
  • Mengelakkan minuman keras
  • Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi. Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.

PEMAKANAN

Di bawah disenaraikan makanan yang kaya dengan purin:

Apa itu gout

PENCEGAHAN

  • Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal.
  • Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout.
  • Apabila mengambil allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan.
  • Jangan mengubah atau menghentikan dos allopurinol semasa serangan gout.
  • Minum banyak air

Benarkah Gout Penyakit Orang Kaya?

Tidak, gout boleh menyerang sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun, meminum alkohol dan pemakanan berlebihan boleh dikaitkan dengan penyakit gout.

Adakah Gout Boleh Diwarisi?

Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan.

Gout adalah penyakit yang boleh dirawat. Pada zaman dahulu, gout merupakan salah satu penyebab kerosakan dan kecacatan sendi. Pada hari ini, dengan rawatan yang baik, ianya boleh dikawal.

Adalah penting untuk mengamalkan cara hidup sihat.

Sumber : MyHealth.

CARA RAWAT SECARA ALAMI

Apa itu gout
Sumber Pic : OrganicFacts

Pendapat Mommy

Mommy harap, bukan Gout lah. Cuma sengal-sengal sendi biasa akibat salah pakai kasut ke. Tetiba rasa nak beli Scholl balik. Biar rupa buruk, asal kaki ok. Nak guna lamaaaa oittt.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

15 thoughts on “APA ITU GOUT??”
  1. Saya dah biasa kena batu karang pemula kepada gout. Terus tinggalkan seafood dah berbelas tahun sampai sekarang alhamdulillah tak kena dah.

  2. Antara cegah jangan lah tahan kencing lama2.. bahaya jugak sbnarnya.. tp sejauh mana kesan untuk ada pyakit gout tu xpasti.. tp sebaiknya untuk salah satu cara menghindari..

  3. Saya plak tak kena pada ibu jari tapi kena dekat sendi area tepi bawah jari kaki manis..sakit lagi2 kalau berjalan terlalu lama,berdiri terlalu lama akan bengkak area situ.adakah gout jugak tu?seram..hehe..sekarg pakai kasut bata jenis support kaki jugak..lembut..nanti nak try schol plak lah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!