Cuti sekolah. Cuti sekolah bakal tamat esok hari! Tapi terasa nak keluar jalan-jalan lagi. Kan? Mommy la tu. Rasa penat lepak rumah je. Tambah-tambah cuti sekolah ni, langsung tak ke mana-mana. Parents, ada plan?
Ok meh nak ajak anda pergi 1 tempat yang ada aktiviti best untuk anak-anak! Iaitu di LG2 Central Avenue Sunway Pyramid, di mana ada ZooMoo Groove Live!! Pertama kali di Asia tu..
Sebenarnya Mommy dah kecoh-kecoh kat Instagram dari hari Jumaat lagi. Uols kena follow kat Instagram Mommy (@myapilot) tau sebab macam-macam update terkini yang Mommy kongsi.
Best kalau parents datang ke sini dengan anak-anak sebab ada macam-macam aktiviti disediakan.
Dan jika bertuah, anak-anak anda akan dapat goodies istimewa macam Hannah & Ariq ni.. Yeay!
ZooMoo Groove
Mommy suka anak-anak Mommy layan channel 619 ZooMoo ni, sebab ia merupakan satu-satunya siaran yang mengajar anak-anak mengenai alam semulajadi & haiwan-haiwan. Dan rupanya.. ada siri terbaru dalam ZooMoo iaitu.. ZooMoo Groove!
ZooMoo Groove yang akan mula bersiaran pada 5 April 2017 nanti mengisahkan ZooMoo Island Ranger iaitu Seth Drury yang akan memperkenalkan setiap karakter Zoomers kepada anak-anak kita dan akan membantu Zoomers mencari habitat mereka yang sesuai menerusi muzik dan tarian yang pasti menggembirakan anak-anak. Nah ini contohnya..
Haa.. terasa nak menari sekali tau. Nasib ada malu lagi. Hikhik. Mak orang kot. Jangan perangai macam-macam sangat! kihkih..
Teruja jumpa Seth Drury & Flash the Dog
Seronok betul Ariq & Hannah semalam. Mana tak nye, dapat jumpa Flash yang selalu dorang layan via ZooMoo Channel, 619 di Astro tu! Hannah kerap betul tanya, mana Flash? mana Flash? Pukul berapa nak jumpa Flash? Aduhhh.. tak menyabo!
Dan akhirnya, dapat juga berjumpa mereka secara live! Seth Drury merupakan penyanyi, penari & pelakon dari Australia. Beliau juga merupakan bekas peserta Australian Idol.
![TERUJA JUMPA SETH DRURY & FLASH - ZOOMOO GROOVE (8)](https://i0.wp.com/shehanzstudio.com/wp-content/uploads/2017/03/TERUJA-JUMPA-SETH-DRURY-FLASH-ZOOMOO-GROOVE-8.jpg?resize=640%2C800)
![TERUJA JUMPA SETH DRURY & FLASH - ZOOMOO GROOVE (8)](https://i0.wp.com/shehanzstudio.com/wp-content/uploads/2017/03/TERUJA-JUMPA-SETH-DRURY-FLASH-ZOOMOO-GROOVE-9.jpg?resize=640%2C800)
So, parents.. apa tunggu lagi. Esok last day tau!!! Jom jumpa Seth yang kacak ni..
Paling penting jangan lupa follow Facebook & Instagram ZooMooAsia & tonton ZooMoo Groove pada 5 April 2017, jam 320 petang dan ulangannya pada hari yang sama jam 720 petang, serta pada hari Khamis jam 720 pagi dan 1120 pagi, di saluran 619, Astro.
Dan dan dannnnnnnnnnnnnnnnn.. Jangan lupa install ZooMoo App yang memang syok giler untuk anak-anak. Percuma je di App Store & Google Play Store.
Jangan lupa tau! Esok last! Pergi Sunway Pyramid! Syiokkkkkkkk!!
comel je anak-anak menari..
Kan.. smua sporting..
Ini mommy teruja sama naik ngan anak anak ni hehe
Kan. Hahahaha. Anak happy.. mommy puas hati. Gtu..
Owhh ade apps ehh… Ok jap nak donlot tgk…
Aah.. boleh collect animal card..
Wahhh enjoy betul derang erk
Btul.. mnari2.. ada bnyk bnda kt luar tu leh main sbnrnya. Tp x smpt snap..
Ensemnya seth! Ehhhh… Hahahaa… Jarang dapat pi Sunway pyramid sebab jauh, tapi boleh tengok kat tv gak nanti kan? Hohoho…
Bestnyee.. Budak2 mesti gembira
Yup.. for sure happy punya. Hehe
alaaa hr ni dh last eh huhu
Jauh nau nk pi .kalau dkt mmg pi dahh
Nasib baik dapat selfie dengan anjing tuh,
Hanjeng yg xyh samak. Haha
Haaa happening sungguh anak beranak shehan menari2 ye…terasa sgt happynya dgn event zoomoo…anak2 lah seronok! Untung zmn sekarang ni semua byk aktiviti anak2…so tiada lg istilah tak ada tempat nak bawa mereka kan…tq shehan share.