Sebenarnya, masa Mommy menulis entri ni, Mommy tengah bersedih. Sebab apa? Sebab Mommy dah pun berjaya habiskan sebalang Sambal Hitam Ikan Talang ni!! Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Sedap ya ampun! Sedap yang memang menjilat 1 botol korang. Tak tipu!
Laki tanya, mana sambal ikan talang?
Habis! Kahkahkah..
- SESUAI UNTUK ORANG YANG KURANG SELERA MAKAN
- SESUAI UNTUK ORANG YANG MALAS MASAK
- SESUAI UNTUK DIBAWA KETIKA TRAVEL
- SESUAI UNTUK SEISI KELUARGA WALAUPUN RAJIN MASAK, TAPI NAK MAKAN JUGAK!
Haaaa.. itu adalah kriteria Minz Sambal Hitam Ikan Talang ni. Haha. Kriteria NO 2 tu untuk Mommy la tu.
APA ITU MIN’Z SAMBAL HITAM IKAN TALANG?
Yummy Yummy!!!
ok kalau korang nak tahu.. Sambal Hitam Ikan Talang ni asalnya dari sambal hitam pahang. Tapi, dah ramai sangat komersilkan Sambal Hitam Pahang menggunakan ikan bilis, jadi Minionlicious Enterprise telah hasilkan produk yang baru tanpa mengubah resipi asal sambal hitam, iaitu dengan menggunakan isi ikan jeruk talang!
Isi ikan jeruk talang ni telah dimasak bersama bawang besar, cili api dan belimbing buluh rebus, maka terhasillah Sambal Hitam Ikan Talang yang super sedap menjilat botol ni. Eh betul laa.. tadi masa Mommy habiskan sambal tu.. Mommy korek2 dengan jari sambil makan sampai licin botol. Oh lain eh.. bukan jilat botol. Jilat jari. Kahkah..
Tak kisahlah.. yang penting.. sedap baqhang!
Mommy nak repeat. Seriusss!! Dan nak jual juga la. Korang nak beli tak kalau Mommy jual? Hehehe. Boleh la tambah pendapatan sampingan Mommy yang tak kerja ni. Support boleh? 😄
CARA-CARA MAKAN
Macam2 idea sebenarnya kalau korang kreatif nak makan sambal hitam ikan talang ni. Macam Mommy tak kreatif, jadi Mommy makan dengan nasi putih yang panas. Tak payah lauk lain dah. Telur pun tak payah. Mulanya macam pelik dan rasa tak cukup lauk je.. Sekali. Amek.. 2x tambah!! Hahaha..
PRODUK-PRODUK LAIN MIN’Z SAMBAL HITAM
Selain sambal hitam ikan talang tu, Min’z juga mengeluarkan Sambal Hitam Pahang yang memang produk asalnya dan juga Sambal Hitam Tempoyak. Fuuhhh
Okeh…nak kena beli ni, kriteria no 3 & 4 sangatttt lah aii. No 1 takdak kena mengena hahahaha
hahaha. bukan no 2 ka? hahahaha
first time dengan ikan talang. heeeehe.. sambal itam pahang memang sedap.. tapi lisa poning lepas makan. kena try yang ni pulak
Lisa.. akk dmm 2x lps mkn. Pastu ok.sies talang sdp