Fri. Jan 17th, 2025

AKTIVITI / PERMAINAN UNTUK KANAK-KANAK ADHD

PERMAINAN UNTUK KANAK-KANAK ADHD

PERMAINAN UNTUK KANAK-KANAK ADHD

ADHD – Kanak-kanak ADHD mempunyai daya tumpuan singkat, bersikap hiperaktif dan luar jangkaan. Gejala ini menyukarkan kanak-kanak memberi tumpuan dan menghabiskan sesuatu tugasan. Mereka sering mengalami kesukaran dalam menumpukan perhatian di dalam kelas dan bersosial dengan kanak-kanak lain yang sama usia.

Penglibatan dalam permainan dan aktiviti yang sesuai dapat membantu kanak-kanak ADHD mengembangkan penumpuan yang lebih baik, meningkatkan keyakinan diri dan belajar bersosial serta berinteraksi secara betul dengan kanak-kanak lain. Waktu bermain juga merupakan peluang untuk memumpuk perhubungan yang erat dan positif antara ibu bapa dengan anak; yang biasanya tegang disebabkan oleh simptom ADHD. – positive parenting

AKTIVITI / PERMAINAN UNTUK KANAK-KANAK ADHD

Mommy cuba mengkaji apa contoh-contoh permainan untuk kanak-kanak ADHD ini. Antara ringkasan permainan yang sesuai untuk mereka ini ialah:

  • Aktiviti sukan dan fizikal untuk membakar tenaga berlebihan mereka.
  • Permainan mudah dengan sedikit peraturan dan masa bermain singkat, contohnya teka-teki mudah agar mereka boleh menghabiskannya dan tidak akan rasa kecewa.
  • Aktiviti seni menggunakan krayon, cat dan plastisin untuk membantu menumpukan perhatian dan mengekspresi diri.
  • Lakonan imaginasi, seperti bermain drama, barang permainan seperti anak patung dan boneka, bagi membolehkan penggunaan imaginasi dan meningkatkan kemahiran sosial dan komunikasi.

Contoh aktiviti adalah seperti:

  1. Aktiviti seni mempertahankan diri (martial arts) berpeluang untuk membakar tenaga berlebihan dan meningkatkan daya keyakinan diri.
  2. Aktiviti riadah (nature sports) – ada ADHD atau tidak, kanak-kanak mesti gemar beriadah. Aktiviti berbasikal atau mendaki bukit/gunung sangat sesuai untuk kanak-kanak yang punya high energy ini. Aktiviti sebegini membenarkan kanak-kanak ini sentiasa bergerak dan buatkannya lebih fokus.
  3. Aktiviti renang (swimming) – sesuai untuk anak-anak ADHD ini kerana berenang memerlukan pergerakan berterusan dan disiplin dalam sukan ini juga baik untuk mereka.
  4. Aktiviti larian (running) – sukan yang berupaya menenangkan minda dengan pergerakan berterusan. Aktiviti yang sangat baik untuk anak-anak ADHD lepas sekolah.
  5. Hadkan masa anak-anak ADHD depan TV / video games. Banyakkan outdoor.

Contoh permainan adalah seperti:

  1. Puzzle – melatih fokus
  2. Lego – melatih kepekaan anak-anak terhadap warna, kreativiti dan motorskill mereka
  3. Catur – melatih fokus dan berfikir untuk cipta strategi
  4. Jika anak dah boleh duduk lebih lama sedikit, boleh ajak anak-anak melatih menghubungkan dot-dot di buku, seterusnya mengajar mewarna.

Jom lah bawa anak-anak ADHD ni ke taman permainan ke, lompat atas trampoline ke. Untuk membakar tenaga berlebihan mereka tu. Anak Mommy, Ariq, masih di fasa pertama untuk diagnos. Belum pasti samada dia memang ada ADHD atau tidak. But aktif, ya. Sangat! Lack of focus, ada juga. Memang tak boleh duduk diam walau seminit.

Pesanan untuk ibu bapa yang ada anak-anak ADHD, jangan cemas, jangan malu & jangan rendah diri. Pesanan ini untuk diri sendiri juga sebenarnya. Sebab itulah perasaan yang Mommy rasa ketika anak direjek tadika dek keaktifan anak itu. Perhatian dari ibu bapalah yang menolong anak-anak ini. Hmm.. Mommy masih lemah bab ini. Sampai malas nak involvekan anak-anak dengan ramai orang. Aduhai. Kuatkan semangatku ya Allah. Bukan semua orang faham..

Mommy masih bersabar tunggu next appointment dengan pihak pakar kanak-kanak untuk diagnos Ariq ni. Lambatnya nak call. Hmmm.

Rujukan

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

4 thoughts on “AKTIVITI / PERMAINAN UNTUK KANAK-KANAK ADHD”
  1. Dia bkn autisme..anak saya pun adhd. Kita perlu luang lebih masa utk beri perhatian..buat aktiviti yg menarik dan paling penting jaga makanan..kalau makan banyak manis..adui makin ligat

  2. Ank saya doktor suspek adhd. Skg saya bawa die ke terapi swasta. Alhamdulilah ade perubahan skit. Dlm masa yg Sama saya msh bawa ke terapi kerajaan. Sedih sgt bile ank kene reject tadika sbb masalah die. Tp saya phm ank saya X mcm bdk2 lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!