Sat. Jan 11th, 2025

YOU MAKE ME PROUD, ADIK! KAKAK!

YOU MAKE ME PROUD, ADIK! KAKAK! (1)

Cuti sekolah, bukan lama pun. 1 minggu jer. Sebenarnya masa awal-awal cuti baru ni pun, Mommy tak perasan cuti sekolah dah mula. Kelam kabut haha. Minggu exam dia minggu lepas, masa tu pun Mommy kat India lagi. Alamak, entri India pun banyak yang draft je ni. Banyak betul nak buat haaa. Otak serabut betul. Hampir-hampir kena twitching lagi sekali. Kena stop cafein la kejap. Makan ubat. Haha. Cerita pun dah kelam kabut. Ini bukan rekaan tau.. Haha. Cuti sekolah memang bikin Mommy pening!

Sampai kakak pun asyik sebut “kakak malas”, walhal dia maksudkan “kakak bosan”! Mommy sibuk la sayang. Pagi-pagi kena hadap kerja ofis, belum campur kerja sendiri, kerja blog. Serabut dengan korang dua yang non stop panggil Mommy. Pening tau!

Then semalam, Daddy bawa balik kupon best untuk kita!

YOU MAKE ME PROUD, ADIK! KAKAK! (4)

Haaaa.. Ada Kidzania Go kat Quill Mall KL. Circus pun ada! Yang penting, semuanya FREE! Hehehe.. Boleh tengok gambar dan video circus kat IG.

Kalau nak beli tiket semua ni, boleh tahan dasyat harga dia. Hari ni pun last day kat KidZania Go tu.. Boleh tahan ramai juga beratur semalam. Sejam beb, beratur!

YOU MAKE ME PROUD, ADIK! KAKAK! (15)

Mula-mula rasa nak giveup juga. Tapi tengok kesungguhan si kakak, betul-betul nak masuk Kidzania tu, Mommy tak sanggup nak hampakan dia. Siap pesan kat Mommy & Daddy, tinggalkan aje dia kat situ! Hamboi hamboi!! Dan satu lagi yang Mommy Daddy berdebar ialah, pertama kali nak lepaskan Ariq tanpa Mommy Daddy di sisi. Boleh ke dia? Boleh ke duduk diam ni? Boleh ke dengar arahan? Faham ke arahan nanti? Kang lari macam mana? Dibuatnya bising dan lari ke arah Mommy Daddy, haa macam mana? Daddy taknak lepaskan, Mommy suruh cuba juga. Walaupun berdebar sangat!

Yes.. Pertama kali. Dia dah setahun tak ke tadika. Takde kawan lain selain kakak dan anak-anak jiran. Allahu. Setahun lebih dah ke? Allah.. Syahdu pula hati Mommy ni. Tunggu kad tak tahu apa status. Macam mana nak hantar Ariq ke sekolah? Adoih..

Ok lupakan kejap bab tu. Dan Mommy pun akhirnya lepaskan juga dia masuk dan suruh kakak jaga adik betul-betul dalam tu. Memang kakak tak lupa adik langsung. Mana dia pergi, diheretnya adik.

Mommy tahu, adik tak fokus 100% pun. Tapi dia tetap ikut apa orang suruh dan kawan-kawan lain buat. Adik dah boleh duduk kat kerusi tu pun, Mommy dah macam nak gugur air mata dah.

YOU MAKE ME PROUD, ADIK! KAKAK! (1)

Alhamdulillah ya Allah. Alhamdulillah. Adik makin improve! Tahniah adik!!! T_T

YOU MAKE ME PROUD, ADIK! KAKAK! (1)

YOU MAKE ME PROUD, ADIK! KAKAK! (1)

Kalau view dari atas, mereka sediakan meja-meja macam ni jer. Itu yang Mommy risau. Ariq boleh ke duduk sekumpulan begitu. Sebab itu adalah ke’pantang’an beliau sejak dulu lagi. Budak ASD kan.. Huhu..

YOU MAKE ME PROUD, ADIK! KAKAK! (18)

Dan nampak gaya, yes. Hannah boleh handle adik nya. Adik pun well behaved walau kadang-kadang mata melilau. Haha..

YOU MAKE ME PROUD, ADIK! KAKAK! (5)

YOU MAKE ME PROUD, ADIK! KAKAK! (5)

Mommy dah semangat nak kasi adik cuba benda lain pula nanti. Cuma, adik tak boleh crowded dan membosankan. Contohnya tempat ramai orang dan juga panggung wayang. Susah nak tackle dia bab tu. Kena terus mencuba..

YOU MAKE ME PROUD, ADIK! KAKAK! (19)

Apapun, well done kakak dan adik! Mommy proud of u!!

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

8 thoughts on “YOU MAKE ME PROUD, ADIK! KAKAK!”
  1. best yer dapat tiket free. seronok tengok adik ariq makin improve. InshaAllah nanti dia besar jadi anak yang bijak dan berjaya. Huda ada adik camni, skrg dia berjaya dah masuk U.

  2. terbaik la ariq and kakak…. nampak okay sgt dah tu shehan…. kalau dia boleh dengar instruction tu baguih sgt aih… budak lain belum tentu boleh follow

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!