Mommy rileks sangat tahun ni. Eh masa Hannah pun Mommy rilek. Sebab Mommy tau, lambat lagi tarikh tutup. Cuma bila tengok semua orang dah mula daftar dari hari pertama pendaftaran online tahun 1 2018-2019 dibuka, hmm… sedikit sebanyak macam mengganggu ketenangan Mommy juga la..
Come on!! Ia dibuka untuk pendaftaran bermula 1 Mac la. Bukan hari tu je. Tapi, dalam masa yang sama, kat dalam kepala ni, kalau tetiba sekolah tu penuh? Haa sudah.
2 tahun lepas, dah daftar tahun 1 untuk Hannah Damia yang lahir tahun 2010, tahun ni, untuk Ariq Emir yang lahir tahun 2012 pula.
Link untuk mendaftar, klik sahaja : public.moe.gov.my
Sistem Pendaftaran Atas Talian KPM merupakan satu gerbang untuk melakukan transaksi berkaitan permohonan kemasukan ke sekolah dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Permohonan ke Tahun Satu bagi ambilan 2018 dan 2019 akan dibuka pada 1 Mac 2017 sehingga 30 April 2017. Permohonan atas talian ini terbuka kepada seluruh negeri Semenanjung Malaysia (Negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan adalah melalui sekolah secara manual.) Bagi pengguna SPATKPM yang baru, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di PENGGUNA BARU.
Mommy dah pernah mendaftar di laman web ini untuk Hannah dulu, jadi kali ini, rekod lama masih ada. Andai terlupa password sekalipun, takde masalah. Tekan sahaja terlupa kata laluan tu..
Kalau tak salah Mommy, dulu terbuka untuk Selangor & Putrajaya sahaja kan? Kali ini, dibuka untuk setiap negeri. Baguslah. Dah tak perlu nak buat secara manual lagi kan?
Memandangkan kali ni kami dah pun berpindah ke rumah sendiri, dah tak payah pening-pening fikir nak tukar sekolah jauh-jauh dah. Cari sekitar sini je. Selesaikan pendaftaran untuk tahun 1 di sini dulu. Tak susah pun nak isi. Apa yang diperlukan ialah:
- mykid anak in case lupa nombornya macam Mommy hihi
- buku rekod kesihatan bayi & kanak2 (biru/merah)
Isi je setiap maklumat. Kalau lupa, simpan dahulu. Esok sambung semula dengan memilih bahagian semakan.
Bila dah selesai, nanti akan ada salinan untuk dicetak. Dan kita perlu serahkan segala dokumen berkaitan untuk pihak sekolah. Wajib serah dalam tempoh 2 minggu tau..
Cuma Ariq ni special sikit. Tahun lepas, dia belajar di Little Caliph. Awal tahun baru ini, di sebuah tadika lain di mana beliau direjek. Jadi… sejak Februari 2017 lalu, Mommy belum lagi mula hantar beliau ke tadika. Erm… Sedih juga nak isi part tadika yang dihadiri tahun 2017… TIADA. Ermm.
MULA BUAT APPOINTMENT DENGAN PAED & ST
Sebenarnya Ariq ni masih lagi speech delay. Erm.. bukan langsung tak boleh bercakap, cuma masih banyak lagi arahan yang dia belum dapat buat. Contoh paling besar ialah, untuk bagitau yang dia nak ke toilet untuk berak. Tapi, kencing, boleh pulakk tergedik-gedik ajak ke toilet. Time berak, melepas. Huwaaa. Nasib la ada Daddy tolong kutip. Hahaha. Dia dah fasa diaperless dah. Moga cepat sikit stop diaper ye adik..
Bercakap, dia boleh 4-5 patah perkataan. Tak la berborak macam kanak-kanak lain. Jadi, perkembangan Ariq ni macam agak lewat. Kalau suruh dia follow kita cakap, dia akan ikut. Arahan simple, dia boleh buat. Ada eye contact dengan kita. Solat pun pandai cuma kejap-kejap. Jenis tak boleh duduk statik dalam tempoh yang lama. Sebab tu dia tak boleh stay dalam kelas di tadika. Hmmmm..
ABC, Alif Ba Ta, dia bukan hafal ya.. dia memang kenal. Warna-warna pun. Banyak sebenarnya keistimewaan dia ni walau mungkin lain perkembangan dari kanak-kanak lain. Mommy tahu, adik memang awesome!
Oh ya,.. berbalik kepada tajuk kecil tadi, Mommy akan mulakan semula sesi terapi untuk Ariq. Memandangkan Mommy stop Jun 2016, kena mula semula untuk sesi terapi. 16 March ni Mommy akan ke HKL untuk berjumpa paed. Hmm.. Ambil masa lah nampaknya.
Ermmm.. apa jua yang berlaku pasni adik, Mommy tetap bersama adik. Demi kebaikan adik, apa jua yang doktor dan pakar nasihat, Mommy akan terima dengan hati terbuka. Kalau Mommy Daddy tak tolong adik, siapa lagi.
Kadang-kadang, Mommy rasa tak kuat nak biarkan adik hidup di dunia ni tanpa Mommy Daddy. Tapi, Allah ada kan adik. Mommy pasti, adik sentiasa dijaga olehNYA. Permudahkanlah kami ya Allah. Amin.
p/s : Daftar sekolah sama dengan kakak. Nanti kakak tahun 3, adik tahun 1. Moga dipermudahkan buat kalian. Inshaa Allah.
Shehan, terkedu julia baca kisah Ariq.
Clevernya dia…byk betul dia tahu…mommy, bagus ambil tahu perkembangan dia sejak awal…alhamdulilah dah selesai daftar ye ariq…sama dgn abam Qi selesai urusan daftar online dan submit ke school…semoga ariq cpt2 free diapers…auntie juju doakan yg terbaik…gogogo ariq.
Teringin nak jumpa ariq…nak bg bergaul dgn abam Qi…one day
Anak nak masuk sekolah, ibu bapa yang berdebar, itulah antara keseronokan membesarkan anak.