Terima kasih ye korang!! Sebab sudi tunggu entri ni. Kahkah. Dah masuk entri ke 2 ni.. Walau cuma 2 hari 1 malam bercuti ke Xcape Resort Sg Lembing ini, Mommy berpeluang damaikan sedikit kepala otak! Dengan aktiviti lasak mereka, adoii.. tak boleh move on ok!
Team Kembara KBBA9, berjumpa dengan wakil Xcape Resort, Cik Fied Jeffri di Pekan Sg Lembing, dan kembara kami bermula dengan melawat beberapa TEMPAT POPULAR DI SUNGAI LEMBING yang Mommy cerita sebelum ni. Sebenarnya kan, banyak gila gambar nak bagi korang super jeles. Haha. Tapi kang panjang sangat pula. Collage je la eh..
XCAPE RESORT SG LEMBING & AKTIVITI WAJIB YANG KORANG PERLU BUAT!
Melawat Muzium Sg Lembing
Aktiviti pertama yang korang perlu buat apabila sampai di Sg Lembing ialah melawat Muzium Sg Lembing ini..
Asal usul bangunan ini sebenarnya takde la seperti sekarang. Menurut Puan Wan Khadijah, pegawai yang bertugas hari tu, bangunan milik pengurus lombong ini beratapkan nipah. Seiring pertukaran pengurus-pengurus lombong, bangunan turut diubah dari semasa ke semasa. Sehinggalah rupa sekarang.
Untuk ke muzium ini, kami menaiki 4×4 milik Xcape Resort, yang memuatkan lebih kurang 12 orang dalam satu-satu masa. Konvoi 2 buah 4×4..
Lokasi muzium tu di atas bukit, maka perlulah bagi kami untuk memanjat sedikit kan? Tapi tak sempat penat pun, sebab dapat menikmati kawasannya yang sangat cantik.
Yang datang secara personal, tiket masuk ke Muzium ini murah je. Untuk dewasa RM2, warga emas & oku RM1, percuma untuk kanak-kanak bawah 12 tahun dan pelajar sekolah.
Muzium ini mempamerkan episod-episod gemilang Sungai Lembing sebagai kawasan perlombongan bawah tanah yang terbesar di dunia.
Artifak tinggalan perusahaan perlombongan bijih timah bawah tanah yang digunakan pada masa itu pun turut dipamerkan.
Overall, bagus sangat kami diberi pendedahan sejarah Sg Lembing yang terkenal dengan perlombongan ini.
Melawat Lombong Bijih Timah Bawah Tanah
Lombong bawah tanah yang terdalam dan terpanjang di dunia, dan ia dibuka untuk pengunjung.
Kami dibawa masuk ke dalam lombong menaiki tren, sepanjang lebih kurang 80m. Cool woo dapat naik tren takde bumbung pun. Heeee.
Kemudian kami perlu berjalan untuk melihat kawasan sekitar di dalam lombong tersebut yang dianggarkan sejauh 700m. Sejuk. Macam ada aircond. Best!!
Jambatan Gantung Kolong Pahat & Noodle Shop
Jambatan gantung yang panjang dan tinggi beb! Yang gayat, kena gak lintas. Kalau tak, rugi. Boleh ke gitu? Hehe. Tapi tak perlu risau. Inshaa Allah kukuh jambatan ini. Sebab apa? Sebab penduduk kampung kat situ, selamba jer menunggang motor atas tu.
Kemudian, korang boleh jumpa satu kedai yang membuat mee di sini. Cuaca panas giler masa ni. Kepala rasa macam nak pecah.
Hebat dapat tengok secara live. Ye la. Selalunya tau makan je. Tempat ni memang famous dan korang kena datang tengok juga. Ada jual taufufa juga di sini, so boleh la sejukkan sikit kepala dan badan yang macam nak pecah dek bahang panas.
Xcape Resort – Penginapan & Aktiviti
Transportation tak payah risau. Dah termasuk dalam pakej dah untuk bawa korang ke Xcape Resort. Dari town sg lembing tu, ambil masa lebih 30 minit juga la.
Sedikit nasihat untuk korang, silalah mesej atau whatasapp suami atau isteri atau sesiapa je, sebelum bertolak ke resort. Sebab? Dalam perjalanan tu, akan sampai masa coverage handphone korang takkan ada. Yes. No wifi at all sampai la korang balik nanti!!
Korang nak tau tak, sepanjang dalam 4×4 ni, memang tak kering gusi la kami semua. Tak sempat nak bosan. Tapi pelik, sempat juga la ‘seseorang’ tu tertidur. Hahaha..
Mula-mula Mommy risau juga nak melawak lebih kurang, sebab Mommy kaki bahan orang. Mujur semua sporting. Kahkah. Orang ingat Mommy serius kan? Tunggu sampai hangpa kenai. Kihkih.
Cantik tak? Ini antara laluan yang kami lalu..
Kalau dah datang Sg Lembing ini, mesti la korang kena bermalam untuk buat semua aktiviti-aktiviti kan? Mommy sarankan korang stay di Xcape Resort. Kemudian, korang buat SEMUA aktiviti LASAK yang ditawarkan mereka.
Apa aktiviti LASAK yang Mommy maksudkan? Eh bersambung lagi lahhhhhhhhhhhhh..
Naik 4×4 best. Dengan jalan yg mencabar nak gi resort. Woot woot
yezza. best giler!!
masuk lombong tu menarik
kan? best. satu pengalaman baru..
Bestnya naik 4 Wheel drive..
ala continue lagi .. ahaha. baru tau sana ada muzium ..
x le move on lagi lisa. huhu.. ada lagi ni. paling best. haha
The best place ever in Sg Lembing.. xcape resort!
Bestnya… Mencabar dan menyeronokkan.
Memang best dengan suasana damai.. Rindu untuk ke sana lagi..