Kalau nak rileks minda, kurangkan tekanan, nak jauhkan diri dari kesibukan bandar, tempat ini terbaik!! Inilah tempat yang bakal team #kembaraKBBA9 terjah! XCape Resort Sungai Lembing, tunggu I cerita lebih lanjut okey?
Last minute join sebenarnya. Mujur ada peluang lagi. Tq aben, ayue, kak SS yang sudi add on nama I ye. Hiks. Ya Allah. Belum cerita lagi, I dah extra teruja dah. Sumpah! Giler best Kembara KBBA9 kali ini, so far. Dah banyak percutian, tapi mungkin kali ini sebab semua orang fokus 100% kat nature & kawan2, pengalaman tu memang tak boleh lupa.
BERTOLAK MALAM
Plan bertolak lepas maghrib. Jadi masuk maghrib je, cepat-cepat solat dan minta Daddy serta anak2 hantar Mommy ke Zoo Negara. Ariq amuk la sebab Mommy nak tinggal dia. Heee.. Jumpa kak SS kat situ je. Atas sebab-sebab tertentu, jam 11 malam lebih kurang, kami bertolak. Kami bermalam di satu inap desa yang super cun di Balok Perdana, Kuantan. Ardani Homestay namanya. Memang sangat2 bersih, cantik dan selesa.
Cantik kan? Ada 3 bilik, 2 bilik air, ada TV siap Astro, bilik utama ber-aircond, dapur, meja makan, sofa, mesin basuh pun ada beb! Bagus kan? 1 malam cuma RM160. Boleh contact tuan rumah ini ye..
KE TOWN SG LEMBING
Jam 8 pagi, masing-masing dah ready (dengan perut berkeroncong) nak ke Town Sg Lembing. Sempat lagi la berposing2 depan homestay tu sementara tunggu tuan rumah.
Kanak-kanak riang habis. Haha. Kami terus ke Town Sg Lembing untuk berjumpa Cik Fied, wakil Xcape Resort. Kami makan-makan dulu sebelum mulakan aktiviti #kembarakbba9 selama 2 hari 1 malam di sini.
APA ADA DI SG LEMBING?
Serius, ini kali pertama Mommy sampai di sini tau. Mommy memang tak tahu menahu langsung la kan apa yang ada di sini. Melalui aktiviti dengan Xcape Resort, Mommy didedahkan dengan tempat-tempat menarik di sini. Bila tengok Town Sg Lembing ini, dah macam Cowboy Town, ada banyak bangunan-bangunan lama. Benarlah kata pepatah, jauh perjalanan, luas pandangan. Kali ini, banyak betul Mommy belajar dari kembara ni. Oh ya.. di sini pun banyak juga homestay. Lebih dekat la dengan tempat-tempat popular untuk dilawati di Sungai Lembing ini.
Antara tempat popular di Sungai Lembing ialah:
1. MUZIUM SUNGAI LEMBING (Sg Lembing Museum)
Terletak di atas bukit, dan kami perlu mendaki sedikit untuk sampai ke muzium ini. Scenery, superb! Tak henti-henti Mommy snap. Bangunan ini sebenarnya dijadikan sebagai kediaman pengurus-pengurus besar lombong, kemudian sebagai markas tentera Jepun. Kini menjadi tempat yang memaparkan sejarah Sg Lembing yang terkenal dengan kegiatan perlombongan.
2. LOMBONG BIJIH TIMAH BAWAH TANAH SUNGAI LEMBING (Sg Lembing Tin Mines)
Lombong bijih timah Sg Lembing merupakan lombong bawah tanah yang terdalam dan terpanjang di dunia. Ia merupakan pusat pengeluaran bijih timah yang terbesar dan terkaya di Negeri Pahang. Kini, ia dibuka untuk pengunjung. Kami dibawa masuk ke dalam lombong menaiki tren, sepanjang lebih kurang 80m. Kemudian kami perlu berjalan untuk melihat kawasan sekitar di dalam lombong tersebut yang dianggarkan sejauh 700m. Sejuk. Macam ada aircond. Best!!
3. JAMBATAN GANTUNG KOLONG PAHAT & NOODLE SHOP (Kolong Pahat Hanging Bridge)
Jambatan gantung ni merupakan salah satu tarikan utama kalau korang datang ke Sg Lembing ni. Yang gayat, jangan pandang ke bawah. Yang Mommy pula, asyik usik orang yang naik jambatan tu. Haha. Kesian kalau tengok orang gayat tau. Panjang juga jambatan tu sebenarnya, jadi memang seksa mereka nak berjalan. Slow je pergerakan pun. Tapi, jangan terkejut tau.. Ada orang kampung yang menyeberang jambatan tu menaiki motorsikal. Hiii. Kemudian kami melawat ke kedai membuat mee yang terkenal di sini.
4. BUKIT PANORAMA (Panorama Hill)
Dengan ketinggian 330m dari aras laut, korang boleh rasai pengalaman mendaki selama 40 minit untuk sampai ke puncak. Pihak XCape Resort sarankan agar pendakian dimulakan selepas subuh (jam 6 pagi) dan tiba sebelum jam 7 pagi untuk melihat pemandangan indah dari atas bukit. Ini kalau korang amek pakej 3 hari 2 malam, dapat la lawat Bukit Panorama ni.
5. AIR TERJUN PELANGI (Rainbow waterfall)
Ini tempat WAJIB kalau datang ke Sg Lembing. Kalau nak feeling2 macam lepak depan air terjun Niagara Falls tu, sinilah tempatnya. Airnya sejukkkkkkkkkkk sangat. Dan paling best bila dapat tengok pelangi berulang-ulang kali. Wajib pergi beb. Serius lepas tu korang rasa taknak balik. Haha. Macam Mommy la tu. Walaupun jatuh gedebuk sekejap sebab kasut licin, tempered glass retak sebab terhempas, Mommy tak serik!
Semua pengalaman ini korang dapat rasa kalau korang join melalui Xcape Resort macam Mommy ni. Percutian dengan Xcape Resort memang awesome!!
Serius. Rasa taknak balik je. Setiap aktiviti yang diaturkan sangat rapi. Korang nak tahu tak apa lagi aktiviti yang Mommy buat sepanjang di Xcape Resort? Tunggu entri seterusnya.
Kalau dah tak sabar nak tengok apa lagi yang Xcape Resort tawarkan untuk pengunjung, korang boleh terjah website mereka di xcape.com.my.
Tapi, lebih baik korang tunggu next entri sebab banyak gambar best. Kahkahkah
Nak pergi panorama hills.
Yezza. Nanti kita pergi tau..
Baiklah Beb… ai tggu next entry u!
Hahahaha.. Tq
Air terjun tu bestnyaa
yup. tunggu next entry. best woooo
Bestnyer oi… Serius jelez dgn korang yg pergi trip kali ni…
hehehe.. tunggu next entri la. lagi mendalam kot jelesnya. hahahahahha
bestnya.. jeles sangat!
harap Kembara KBBA9 repeat lagi pi sini..
bestnya.. jeles sangat!
harap kembara KBBA9 repeat pi sini lagi..
yes. nak pergi lagi. n nak terjah bukit panorama plak nanti
Menarik juga Sungai lembing ni… Siap ada Rainbow Waterfall lagi.. Belum pernah lagi sampai ke sini…
Ya. saya pun pertama kali. hihi
Bestnya korang..
mmg ada popup iklan..mula2 klik nak komen..::)
Menarik tempat tu..:)