Xcape Resort Sg Lembing ni bukan sahaja sesuai untuk teambuilding, tetapi boleh juga dijadikan tempat percutian keluarga, tempat mengadakan seminar, company retreat, boleh hiking & camping, jungle trekking, aktiviti sungai yang gempak serta yang terbaru, Obstacle Course yang penuh dengan aktiviti lasak!!
Itu rumusan yang Mommy boleh bagitau korang kalau korang tercari-cari tempat sesuai untuk aktiviti-aktiviti di atas. Nanti Mommy terangkan kenapa korang akan rasa tempat ini memang tempat terbaik. Dan korang jangan lupa juga lawat tempat popular di Sg Lembing ye.
TIADA WIFI = FOKUS PENUH!!
Ini fasa mencabar bagi kaki layan internet. Haha. Mommy dah bagi FULL WARNING untuk korang cepat-cepat hubungi yang tersayang sebelum korang bertolak ke resort ini, sebab di sana kan..
Yezza. Tiada akses tau. Kalau dapat pun, maxis je kot masa tu. Itu yang geng-geng cakap la masa lepak malam tu. Mommy? Mula-mula rimas juga. Asyik nak tekan ikon whatsapp, instagram, facebook dan email. Seksa! Tapi bila semua dah mula fokus dengan aktiviti-aktiviti yang disediakan, memang heaven lah. Rupanya boleh je hidup tanpa internet selama 2 hari 1 malam!!
JALAN MASUK KE XCAPE RESORT
Dari Kuantan ke Sungai Lembing, korang boleh gunakan kereta (jarak lebih kurang 40km) atau bas Rapid Kuantan. Kemudian dari Sungai Lembing ke Xcape Resort, pihak Xcape ada sediakan pacuan 4 roda untuk bawa korang pergi dan balik ke Xcape Resort. Korang boleh letakkan kereta di pekan Sungai Lembing, di tempat letak kereta yang disediakan pihak Xcape Resort. Bayaran parking cuma RM5 untuk 2 hari 1 malam.
Perjalanan ke Xcape Resort mengambil masa lebih kurang 30 minit. Jalan agak mencabar tapi itu yang kami nak! Serius! Best sangat!! Kalau pergi ramai-ramai tu, memang best la. Tak sempat nak boring.
Antara laluan indah yang Mommy lalui. Huwaaaa. Rindu nak pergi lagi. Ini baru je jalan masuk..
Redah batu-batu, tanah-tanah berlecak, air sungai, siap melompat-lompat, fuh.. memang pengalaman best betul la. Lebih mencabar dari yang Mommy pernah rasa kat Taman Negara sebelum ini.
XCAPE RESORT, KAMI DATANG!!
Selepas 30 minit, kami sampai! Wuhuuuuuuuuu!!
Dari pandangan hadapan. Udara dia memang superb! Fresh giler!!
PENGINAPAN – XCAPE RESORT
Pemandangan dan suasana yang mendamaikan. Itu perasaan mula-mula bila Mommy sampai di sini. Ya Allah. Memang betul-betul ESCAPE from MY HECTIC LIFE ni. Untuk Daddy, terima kasih sebab bagi Mommy ‘rehat’ kejap.
Inilah resort yang Mommy stay dengan 3 bloggers lain, Yanie, Bella & Kecik.
Dalamnya boleh muatkan 6 orang serentak. Ada peti ais kecil, kettle, water heater, kipas & aircond. So far memang puas hati la stay sini. Bersih je.. Air paip pun ada kat luar just in case kaki kotor lepas beraktiviti.
Petang-petang kalau nak lepak tu, boleh lepak di Hammock yang disediakan. Rilek giler.
Ha.. Best ke best??
AKTIVITI-AKTIVITI LASAK XCAPE RESORT
Part yang paling Mommy teruja nak cerita kat korang tau.. Antara aktiviti-aktiviti yang menarik disediakan di Xcape Resort ialah:
1. Obstacle Course
Cabaran demi cabaran yang peserta bakal lalui ketika sertai Obstacle Course ini. Mencabar dan dalam masa yang sama seronok! Team KBBA9 pun tak lepaskan peluang cuba semua ‘ujian dan halangan’ ini.
Banyak halangan dan jauh juga perlu berjalan. Better pakai sport shoes.
2. Aktiviti Sungai
Antara aktiviti sungai yang sempoi dan pertama kali Mommy cuba ialah Stand Up Paddle Challenge!! Best giler beb!! Ala-ala korang berkayak di atas surfing board. Mula-mula ingat susah, rupanya senang je. Hii.
Then boleh cuba slide jump. Power betul kawan2 Mommy. Seram Mommy nak cuba. Hahaha. Korang juga boleh cuba terjun kat air yang lebih dalam.
Terima kasih buat pihak Xcape Resort yang sediakan aktiviti gempak macam ni..
3. Jungle Trekking
Peringatan, sila beli kasut yang sesuai untuk trekking ya, jalan licin. Haha. Kasut kalis air pun ok juga sebab KOMPEM BASAH!
Sebelum korang mulakan pendakian ke Rainbow Waterfall, korang perlu meredah sungai paras perut. Pastikan juga korang beli Drybag untuk simpan semua peralatan. Bawa juga tuala cepat kering yang nipis (ada dijual di Decathlon) untuk korang guna kat atas nanti. Sejuk wooo. Hahaha. Ini pesanan untuk diri sendiri juga ni. Hahaha.
Tq Aben tolong pegang bag saya. Haha. Risau lak kang terlepas bag masa meredah sungai. Menyesal tak bawa drybag. Huuuu..
Perjalanan 1km menuju ke puncak. Fuh. Pancit juga. Tapi cuba rilek-rilek. Hehe.
Muka excited nak mendaki bukit..
Dah hampir sampai. Ya Allah.. Tak sabar betul. Ada sekali Mommy jatuh terjelepuk sebab kasut licin. Hahahah. Sebenarnya batu yang licin. Eh salahkan batu..
Ada tali disediakan. Pegang je. Jangan sombong. Hahaha.
4. Air Terjun Pelangi (Rainbow Waterfall)
Tempat terakhir kami pergi iaitu Air Terjun Pelangi @ Rainbow Waterfall. Subhanallah!! Cantik sangat. Memang kelu bila sampai.
Mata pun tak dapat dibuka sebab percikan air yang kuat. Haha. Airnya yang sejuk mak aih.. Memang gigil gilaaaaaaa!! Dalam air tu ada batu-batu. Jadi hati-hati bila berjalan. Kepala Mommy ada sekali terhantuk batu besar. Sebab kasut gak kot. Hahaha..
Kenapa dipanggil Rainbow Waterfall? Sebab korang akan nampak pelangi nanti..
Nampak? Giler syok!! Masa ni, sjcam atau go pro memang terbaik. Pastikan lense tu kalis air. Korang memang tak sempat nak lap-lap sebab air terpercik non stop. Bersyukur juga ada kamera Yanie dan Ayue. Tq korang snap..
Sejuk gigil tahap gaban. Dah tak tahu nak tafsir tahap sejuk dia. Mommy pegang air milo panas, berkocak sampai terkeluar dari gelas. Makan megi, pun tak sempat masuk mulut (menurut saksi la..). Hahaha. Kelakar. Tq Afiq letak beg sebagai pemanas. Kalau ada Daddy, leh la peluk. Sobs..
Indah sungguh ciptaan Allah. Ikutkan banyak sangat gambar. Tapi, sengaja Mommy simpan dan letak kat Instagram @myapilot je. Haha.
KENAPA PERLU PILIH XCAPE RESORT
1. Pakej yang ditawarkan, memang memuaskan hati. Antara pakej mereka ialah 1 DAY PACKAGE, X-PAX PACKAGE (2D1N, 3D 1N) & RESIDENTIAL SEMINAR PACKAGE (Meeting, Seminar, etc). Boleh hubungi Cik Fied (0195249999) sendiri untuk merancang percutian korang.
2. Ada banyak aktiviti pilihan yang boleh di ‘add-on’ dari pakej sedia ada.
3. Dari hari pertama, kami dibawa melawat beberapa tempat popular di Sungai Lembing, sehinggalah masuk ke Xcape Resort, kami disediakan aktiviti-aktiviti lasak yang pastinya takkan boleh lupa!
4. Jangan risau bab pengangkutan lepas korang datang ke Sg Lembing, sebab pihak Xcape Resort akan bawa anda ke resort menggunakan pacuan 4 roda.
5. Kanak-kanak 0-3 tahun percuma, 4-12 tahun ada 50% diskaun dari harga pakej.
6. Kalau ketenangan yang korang cari, ini memang tempat terbaik. Korang dah tak perlu hadap telefon sangat (kecuali mengambil gambar), kerana di situ memang tiada coverage. Heaven!
7. Perancangan pihak XCape Resort sangat teratur dan makanan yang disediakan tak mengecewakan. Alhamdulillah.
8. Korang pasti rinduuuuu untuk datang lagi dan lagiiiiiiii.. macam I laaaaa.. T_T
Terima kasih Xcape Resort!!
MasyaAllah…cantik sungguh suasana sekitar sg lembing…tak terkata…bila lg kan nak adventure mcm ni perghh
sangat lawa. mmg nak pergi lagi..
tengok gambar pun dah boleh bayangkan ada kat sana.. please kembara KBBA ke sini lagi, ai nak join!
ha. bayangkan akak ada sekali. best gila kakkkkkkkk
Nak komen panjang tapi dah lebih 3 patah perkataan
hahaha.. ala komen la lagi
Cantik sungguh tempat tu. Bestnyaaa korang enjoy sakan kat sana
Ya kak. Mmg cantik. dan rindu sangat nak pergi lagi..
Wahhh bestnyaa. Masuk tu kena bayaran ke?
semua via package. boleh hubungi pihak Xcape, Ms Fied.
nak ke rainbow waterfall tu pakai kasut or slipper yg sesuai ….sbb tgk mcm kena redah air je tu …
mmg kna redah air. wajib jns sport shoe sbb batu2 atas sana nanti licin. slipper kurang ssuai.
brp bajet sorang untuk aktiviti ni kak??
salam. hai. boleh tengok website xcape sbb pakej dorang dah lain harga skrg.. 🙂