Korea Selatan merupakan salah sebuah negara yang semakin popular dalam Masyarakat Malaysia. Sama ada menjadi destinasi pelancongan atau populariti Kpop yang semakin menular sehingga ke seluruh pelosok dunia.
Ramai rakyat Malaysia mula mengunjungi Korea Selatan untuk mengenali dengan lebih dekat mengenai negara ini. Tambahan pula, syarikat penerbangan kos rendah pula menawarkan penerbangan secara terus ke Seoul, Busan dan pulau Jeju hampir setiap hari.
Post kali ini, Mommy ingin kongsi dengan korang tentang tips Melancong ke Korea Selatan dengan budget yang rendah TANPA menggunakan travel agen.
Pertama kali melancong ke Korea tanpa travel agen?
Dengar sekali macam susah kan. Tapi sebenarnya tak susah. Kenapa tak susah? Baca artikel ini sehingga habis dan korang akan tahu pergi ke Korea pertama kali tanpa guna travel agen adalah trip yang sangat menjimatkan, selamat, tak sesat dan sangat mudah!

Mommy akan ceritakan secara ringkas 5 perkara penting perlu korang hadapi untuk travel secara sendiri ke Korea secara jimat.
5 PERKARA PENTING UNTUK TRAVEL MUDAH
#1 Tiket Penerbangan
Air Asia selalu buat promo, kalau dapat yang murah jangan tunggu lagi terus book dan rancang perjalanan. Atau gunakan skyscanner untuk dapatkan tiket flight murah.
#2 Penginapan
Jika pergi beramai-ramai, stay di guesthouse. Atau boleh sewa satu apartment lengkap dengan pelbagai kemudahan, menggunakan Airbnb. Jika Airbnb tak berjaya, gunakan Trivago untuk cari hotel yang murah sebagai alternatif.
#3 Pengangkutan
Nak jimat? Pergi bertiga atau berempat. Kenapa? Sebab teksi di Korea boleh naik sehingga 4 orang. Jika nak ke destinasi yang dekat sahaja boleh jimat kerana kos teksi boleh dibahagikan.
Boleh jadi ia lebih murah daripada naik subway yang perlu bayar setiap sorang satu tiket. Kebanyakan tempat boleh diakses menggunakan public transport di Korea.

#4 Makanan
Plan berapa hari nak ke Korea? Agak-agak berapa banyak makanan yang diperlukan? Kumpulkan dalam 1 kotak bersaiz sederhana. Sumbat semua dalam tu kicap, rencah nasi goreng, ikan bilis yang dah siap goreng maggi dan lain-lain.
Waktu ketibaan, declare kat diorang yang dalam kotak tu semuanya makanan. Jangan bawa sayur-sayuran dan buah-buahan ya. Korang sure akan kena tahan dengan kastam nanti!
#5 Pakaian
Berikut adalah anggaran musim-musim di Korea. Berpandukan musim ini korang akan tahu pakaian apa yang sesuai untuk dibawah ke sana.
- November ke February – musim sejuk
- March ke May – musim bunga
- June ke August – musim panas (sama macam malaysia)
- September ke November – musim luruh
BACA : CHECKLIST KE KOREA KETIKA MUSIM SEJUK
MASALAH YANG PERLU DIATASI
# Perancangan (planning)
Kalau travel sendiri tanpa travel agen, yang menentukan berjayanya trip tersebut atau tidak ialah sejauh mana tahap perancangan korang yang melibatkan beberapa perkara di atas. Inilah sebenarnya yang paling tricky.
Ramai orang jadi malas bila sampai bab ini. Lagi-lagi kalau pergi bertiga atau berempat. Masing-masing nak taichi siapa yang nak kena buat planning ni semua?
Maklumlah, nak planning bukan mudah. Beli tiket flight murah waktu bila? Nak tinggal kat mana yang murah dan dekat dengan subway? Nak pergi dari Airport ke Seoul station macamana yang paling mudah dan murah? Nak makan restoran mana? Semua ini kena plan betul-betul supaya trip korang nanti akan ‘smooth’ je.

Semuanya melibatkan PLAN.
Planning atau merancang perjalanan merupakan masalah utama bagi pelancong. Kenapa ia jadi satu masalah dan beban? Kerana mereka yang akan buat planning ni sebahagiannya ada yang bekerja dan sibuk dengan tugasan harian.
Yang student pula, tak cukup masa kerana sibuk dengan assignment. Jadi bagaimana penyelesaiannya?
# Itinerary
Sebelum sampai ke Korea, korang perlu ada itinerary. Itinerary ini adalah panduan tentang destinasi mana yang nak kena pergi pada hari 1, 2, 3 dan seterusnya. Susunan itinerary sangat penting.
Jika tak susun betul-betul akan terjadi 2 kemungkinan. Pertama, korang akan sesat. Kedua, korang akan membazir masa untuk perjalanan sahaja.
Susunan itinerary ini kena teratur. Contohnya, susun perjalanan hanya menggunakan satu jenis train sahaja tanpa perlu transit. Atau perjalanan dari utara ke selatan atau timur ke barat, satu hala dan sebagainya.
Tetapi yang menjadi masalah adalah korang pertama kali nak ke Korea, Bagaimana nak susun itinerary yang bagus dan bijak tanpa meluangkan masa yang lama?
Antara cara yg mudah ialah refer itinerary atau pengalaman orang yang pernah pergi ke Korea. Selalunya mereka tidak kedekut untuk berkongsi. Atau rujuk blog pelancongan. Eh blog Mommy ni pun ada ceritakan kisah dan pengalaman Mommy di Korea tau..

Ada pelbagai sumber sebenarnya untuk dapat info-info ini. Namun berbalik semula kepada masa, mungkin ada yang sibuk dan ada yang malas untuk buat semua ni.
Akhirnya, follow sahajalah itinerary orang lain yang sedia ada. Jadi bagaimanakah cara penyelesaiannya?
PENYELESAIAN MUDAH – NARACARDS TRAVEL GUIDE
Bagi memudahkan perancangan korang sebelum dan ketika perjalanan ke Korea, Mommy syorkan korang menggunakan Naracards Korea Travel Guide.
Apa dia Naracards ni?

Naracards merupakan koleksi kad panduan melancong ke tempat-tempat menarik dan popular di Korea yang mana setiap kad terdapat informasi mengenai destinasi pelancongan popular dalam bahasa Korea dan bahasa Inggeris.
Informasi yang terdapat pada setiap kad termasuk nama destinasi, alamat, nombor telefon, pnduan kemudahan awam, maps untuk bantuan arah perjalanan dan juga gambar destinasi sebagai rujukan pelancong.
Naracards sangat sesuai untuk sesiapa sahaja yang pertama kali ingin bercuti ke Korea dan ingin travel secara sendiri tanpa menggunakan khidmat travel agen.
Naracards boleh digunakan sebagai bantuan ketika ingin menaiki teksi, pengangkutan awam (subway, train, bas) dan juga untuk pemanduan kereta sewa.

Terdapat sekitar 30 ke 40 destinasi (berbeza mengikut keluaran) dalam 1 kotak.
Sebagai contoh :
Naracards Seoul ada 34 destinasi..

Naracards Busan ada 30 destinasi..

Naracards Jeju pula mengandungi 44 koleksi destinasi..

Semua destinasi ini boleh dipilih untuk disusun dalam perancangan itinerary.
KLIK : ORDER NARACARDS TRAVEL GUIDE
Kad ini sangat kecil, mudah dibawa dan disimpan dalam dompet, berkualiti tinggi, membantu perjalanan dan tidak memeningkan korang untuk membuat keputusan destinasi mana yang perlu dipilih.

Lihat Cara-Cara Menggunakan Naracards Travel Guide
Langkah-langkah yang perlu korang lakukan.
1. Download Apps code scanner seperti dibawah
- Apple
- Android
2. Lihat contoh salah satu Naracards Seoul Travel guide dibawah iaitu “Cheonggye Plaza”

# TRAVEL MENGGUNAKAN TEKSI
Nama destinasi dalam bahasa korea pada kad ini boleh dijadikan panduan kepada pemandu teksi Korea. Alamat dalam bahasa Korea boleh dijadikan rujukan seterusnya jika pemandu tidak pasti.
# TRAVEL MENGGUNAKAN SUBWAY
Refer bahagian bawah sekali kad. Untuk sampai ke destinasi, gunakan subway line 5, berhenti di station ‘Gwanghwamun’ dan keluar di exit 5.
Setelah sampai ke tempat tersebut tetapi tak pasti di mana lokasi tersebut, jangan risau. Buka Apps QR scanner yang korang download tadi. Scan QR Code yang disediakan.
# TRAVEL MENGGUNAKAN KERETA SEWA
Hanya scan QR code yang disediakan di setiap kad, phone akan disambungkan ke Google Maps. Hanya tekan ‘direction’ sahaja dan korang akan dibawah terus ke destinasi dengan tepat. Aplikasi ini memerlukan sambungan internet.

BACA : GUNAKAN POCKET WIFI KETIKA TRAVEL
TESTIMONI / REVIEW NARACARDS
Daripada feedback mereka yang pernah menggunakan kad ini, bagi mereka memang ia memudahkan. Apatah lagi bagi ‘1st timer’. Idea ini sungguh bijak bagi Mommy.

Conclusion
Naracards menyediakan informasi penting sahaja dalam setiap kad. Semua informasi menjadikan perjalanan korang fleksibel.
Korang boleh memilih samaada nak guna teksi sahaja, atau menggunakan subway, atau memandu kereta sewa di Korea. Fleksibiliti ini penting supaya perjalanan di Korea menjadi lebih menarik.
Untuk maklumat lanjut mengenai Naracards, layari Naracards Korea ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Naracards, layari Naracards Korea ini.
Menarik ni, boleh masuk plan guna kat Jeju nnt
Yup. Menarik gila. Hahahha
Thanks atas guide. Insyallah 2 minggu lagi akan ke sana.
Bagus naracards..barulah percutian di Korea berjalan dengan lancar
entah bila nak samapi Korea ni,,,banyak lagi kena simpan duit..hehehehe
Korea ni tah bila nak sampai.. abam x minat kekdahnya.. tgh racun ni haha. Nnt boleh refer balik sini
bila laaa dpt sampai korea. abam tak berkenan kekdahnya. tgh berusaha untuk racun. nnt i refer sini balik yerr.
Mudah lah kalau ke sana walaupun tanpa dengan ejen
Great work did by you. Informative and problem-solving content that users can easily digest can work for all types of blogs. When a user finds something informative on a blog, he/she is more likely to come back from your side.
Academic Writing Service
Sorry nak tanya, dekat mana ya juga kad ni?
Hi cik.. ada link di bawah entry.. terima kasih
hai.. ada link di bawah entry.. boleh link ke fb mereka kalau cik/tuan nak hubungi mereka.. terima kasih
Your post is very great.i read this post this is a very helpful. i will definitely go ahead and take advantage of this. You absolutely have wonderful stories.Cheers for sharing with us your blog. python training in noida
If you want to make your career in IT industry without any coding knowledge and skills, you can start from CCNA certification course. This course provides basic concepts of IT networking that prepares you for job roles.
Interesting read! Your tips for travelling to Korea without a travel agent on Naracards are really helpful. From visa applications to accommodation options, you’ve provided valuable insights for independent travellers. Appreciate the practical advice and recommendations. Thanks for sharing!
Thank you for sharing
Thank For Sharing Useful information regarding coding if you want more such informations visit – Vcare Technical Institute