TRIP PERHENTIAN part 1 dah Mommy cerita dari perihal pengangkutan, homestay & bajet yang Mommy peruntukkan. Kali ni Mommy sambung aktiviti Mommy & keluarga mentua di hari kedua pula.
AKTIVITI HARI KEDUA (11/07/2016) : SNORKELLING & WINDMILL HIKING
Memandangkan malam tu tak buat apa2, kami rehat je. Hujan lebat juga malam tadi. Aktiviti hari kedua baru mencabar sikit. Hari ini kami snorkelling ke 5 POINT utama & hiking windmill long beach.
Antara 5 POINT yang dibawa pihak Raisya Travel ialah Turtle Point, Blue Lagoon, Coral Garden (tengah laut), Lata Air Berani dan Shark Point. Untuk snorkelling 5 point hari ni, bayarannya ialah RM30 sekepala. Ini rasanya paling murah kami dapat. Jadi total semua yang perlu dibayar ialah RM180 untuk 6 kepala. Hehe.
Mama & Ayah tak follow kami Snorkelling. Jadi yang pergi cuma family mommy, abg ipar & isteri (ayeh & sue), adik ipar lelaki (udin) dan adik ipar perempuan (fana) & anaknya, Kasyaf. Budak2 kautim sampai free (bawah 6 tahun free, Hannah tu spesel. Hee).
Nah Map edited by Daddy. Gigih. Haha.
Jom!! Gambar kenangan dulu!!
Cantik kan? Subhanallah!!
Ariq Emir, Mommy perlu bagi pujian sangat2! Tengah laut pun berani terjun dan berenang ok! Uols boleh tengok #ybtravelogue di Instagram Mommy @myapilot. Haha. Gila berani budak ni. Mommy terjun tengah laut pun, cepat2 pegang bot. Hannah pun tak berani terjun. Hahaha.
Dan untuk pengetahuan kalian, point yang terakhir barulah Mommy beranikan diri untuk snorkeling tau. Peluk daddy kuat2 sampai tengah laut, tetiba boleh pula terapung. Dan dapat tengok coral!! Masa tepi pantai, lebih kepada panik dan rasa nak tenggelam. Seronoknya!! Nak repeat lagi.
Tapi, syarat utama, Daddy kena bawa Mommy sampai tengah laut dulu (peluk kuat), hahaha.
Dah rupa gitu ye. Huhu.
WINDMILL TOUR. PANJAT SAMPAI SEMPUT!
Bila dah selesai 5 point tu, kami pulang ke homestay untuk lunch. Tq mama sebab masakkan untuk semua orang. Lega sangat. Jimat plus sedap! Aktiviti petang, masing2 nak rehat. Mommy cadangkan untuk tour windmill tu. Rugi kot kalau tak panjat! Boleh tengok pulau dari tempat tinggi!! HDAE tidur. Kejap nak bawa, kejap tak. Last2, Mama kata teman HDAE tidur. So kami yang lain je pergi.
Untuk semua aktiviti hari ini, memang wajiblah Mommy sapu BB Cream Cosmoderm! Terbako beb! Terbako! Jadi, kena elak dulu!!
Posing dulu sebelum pergi.
Untuk ke Long Beach ini kami perlu sewa bot lagi. Since HDAE dan mama tak follow, jadi yang naik bot petang ni cuma 7 orang. Sewa bot ialah RM15 pergi dan balik. Harga sebenar ialah RM20 sebenarnya. Kalau pandai kawtim lagi, boleh dapat RM10 tau! Weols dah malas fight. Hehe.
Sampai. Kejap je. Itu pun RM15 sekepala. Hmm!
Yang nak panjat sangat2 windmill hari tu semestinya Mommy la. Rindu sangat nak hiking macam kat Taman Negara tu. Cuma ini sekejap je la. Tak tinggi sangat. Walau tak tinggi sangat, semput juga la. Yang naik petang tu cuma Mommy, Daddy & Udin (adik ipar Mommy).
Kemudian kami ke bahagian jeti atas sikit dari Windmill tersebut.
Masa nak turun, laju je. Sakit kaki sikit sebab pakai selipar je kan..
Puas hati sangat sangat sangat percutian ini! Alhamdulillah. Terima kasih untuk semua pihak!
RUMUSAN PERBELANJAAN
Korang masih ingat budget yang Mommy cakap RM2000 untuk keseluruhan tu? Ke dah biol? Haha.
BAJET RM2000
- Boat transfer – RM70 x 8 orang = RM560
- Homestay – RM500 X 2 malam = RM1000
- Snorkeling & etc – RM120 (1st day) + RM180 (2nd day) + RM105 (windmill – boat sahaja, windmill free) = RM405
- TOTAL : RM1965
Ditekankan lagi sekali, makanan tidak termasuk tau. Mujurlah masak. Modal tak sampai RM300 pun. Kalau ambil pakej, RM100 sekepala. Haha.
Ala.. Baru nak cerita perihal hari terakhir di Pulau Perhentian, macam panjang sangat la pula. Bersambung Trip Perhentian Part 3 ya. Hiii.
Takde gambar snokeling dalam laut pun.. hmmm
Ada. Dlm kamera lain. Hahahaha. X amek lg.
bestnya… tak pernah lagi ke Pulau Perhentian. MAcam nak kena pergi je nanti hehe
kena pegi uncle. tapi uncle dah banyak tempat dah pergi. yg ni mgkn biasa2 je kot. hehehehe
hahaha perli nampak ….
ala kalau bawak family mesti best punya 😀
Btul. Hehe. Bawa family mmg priceless..
Assalamualaikum, nak tanya, mcm mana dapat contact owner ADA homestay ehh? Sebab saya teringin nak menginap kat situ, harap dapat membantu
wslm.. dulu berurusan dgn perhentian raisya. mcm travel agensi jgk.. dia yg sediakan pakej tu
indah betul pemandanganya…