Semua dah baca Trip Perhentian Part 1 (pengangkutan, homestay dan perbelanjaan) dan Part 2 (snorkelling, windmill & rumusan perbelanjaan)? Rugi kalau tak baca.
AKTIVITI HARI KETIGA (12/07/2016) : MASJID KRISTAL & PULANG
Hari ketiga kami mulai dengan membawa anak2 ke laut berhampiran homestay. Kali ini memang dah tak naik bot. Lagipun jam 12 nanti dah nak balik.


Lepas dah mandi agak lama, Mommy siap pakai selipar masa mandi sebab sakit kaki pijak shell di situ, akhirnya kami beransur pulang.



Alhamdulillah. Seronok sangat bercuti di sini. Ramai2 memang meriah.

Otw balik ke Jeti Kuala Besut. Anak2 tertidur dalam perjalanan pulang. Letih.
Kami singgah makan dan berpisah ke jalan masing2. Family mentua sambung bercuti ke kelantan, kami pula dah nak balik KL. Sebelum balik KL, Mommy ajak Daddy singgah ke Masjid Kristal. Bila lagi nak pergi kan??
Daddy dah super duper excited nak pergi Taman Monumen sekali. Rupanya, hari Selasa tutup. Sedih gila. Bila pula nak jejak sini. Hmm

Singgah solat di sini la dulu..


Kagum!!


Cantik sangat!


Take turn untuk solat. Daddy pegi solat dulu. Sori kawan2 yang berada berdekatan, memang tak sempat nak kabo. Hihi




Dah puas posing, Mommy pula take turn untuk solat. Nampak ada almari jubah, ingatkan macam masjid kat Putrajaya. Kena pakai jubah kalau anda berpakaian kurang sesuai (contohnya jeans). Tapi tak perlu. Untuk yang non Muslim je kot.

Dalamnya yang cantik.

Masa Mommy keluar, cepat2 ke kereta sebab Ariq terjatuh masa Mommy belum solat. Tak tahulah jatuh macam mana. Tapi Daddy cakap dah lembik sangat dan taknak respon apa2 kecuali menangis. Tengok2 ada luka kat kepala. Mujur ada Lavender Young Living Essential Oil. Terus sapu2. Tertidur adik lepas tu. Kesian.

Jam 12 tengah malam baru sampai KL. Mujurlah adik dah OK! Syukur. Esoknya kami kerja macam biasa. Letih gilaaaaaaaaaaaaa! Hahaha
Cantik masjid kristal ni…
kan. terkagum la bila depan masjid kristal ni
cantiknyaaa..
ada rezeki lebih nak bawa umi ngan abah ke sini nanti 🙂
Wajibpergi. Make sure bukan hari selasa. Leh singgah monumen tu sekali. Best woo
Amboi Hannah posing maut depan balai polis,
Next time datang Ganu singgah la rumah, ada homestay FREE untuk hang…
serius? ok nanti aku pegi lagi. Hahaha. Aku tuntut!!