DAY 6 : TRIP INDIA (12032018) | Dah masuk hari ke 6 dan terakhir di bumi India. Kalau Episode 6 yang lepas, Mommy ceritakan keindahan matahari terbit di Kashmir, kali ini, Mommy akan ceritakan pengalaman Mommy ke Taj Mahal, salah satu daripada 7 Keajaiban Dunia!
Taj Mahal terletak di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India. Taj Mahal merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang ketiga.
Ok nak cerita sejarah Taj Mahal sikit..
Pada tahun 1631, Shah Jahan menjadi Maharaja Dinasti Mughal setelah kematian isterinya yang tersayang. Isterinya Mumtaz Mahal telah meninggal ketika melahirkan anak mereka yang ke-14, Begum Gauhara ketika Shah Jahan berada di medan pertempuran pada tahun 1631. Ketika itu, Shah Jahan dalam kepentingan meluaskan tanah jajahannya.
Pembinaan Taj Mahal bermula pada tahun 1632, setahun selepas kematiannya. Pembinaan Taj Mahal menelan masa selama 22 tahun.
Dengan bumbung, kubah dan menara yang diperbuat daripada marmar putih, serta seni mozek yang indah, Taj Mahal merupakan satu daripada Tujuh Benda Ajaib di dunia.
Sebanyak 43 jenis batu permata, termasuknya berlian, jed, kristal, topaz dan nilam telah digunakan. Tetapi, ada mengatakan sesetengah batu permata ini pernah dicuri..
Ayat daripada al Quran menjadi hiasan utama Taj Mahal. Huruf khat thuluth menjadi seni huruf utama. Jurukhat bernama Amanat Khan dibawa dari Parsi. Antara surah yang menjadi hiasan ialah Surah 91, Surah 112, Surah 89, Surah 93, Surah 95, Surah 94, Surah 36, Surah 81, Surah 82, Surah 84, Surah 98, Surah 67, Surah 48, Surah 77 dan Surah 39.
Dakwaan yang Shah Jahan memerintahkan hukuman pancung terhadap arkitek dan tukang terlibat masih dipertikaikan kerana Shah Jahan seorang yang ‘sentimental’ dan tidak ada bukti kezalimannya.
Ok ini stori yang Mommy dapat dari tour guide di sana..
Taj Mahal sebenarnya adalah makam Shah Jahan & Mumtaz Mahal.. Maharaja dan Maharani disimpan sedalam 35 kaki bawah tanah.. Maharani meninggal selepas lahirkan anak ke 14.. 7 je survive tau..
Sayangnya di dalam ni tak boleh ambil gambar..
Maharaja pula, selepas kematian Maharani, dia punya sengsara kehilangan tu memang teruk laaa.. Then, kerajaan ni dapat pula kat anak ke 3 mereka. Punya gila kuasa, dibunuhnya abang-abang, dan bapanya pula dimasukkan ke lokap dan meninggal dalam lokap. Kemudian disimpan di dalam Taj Mahal, bersebelahan Mumtaz.
Sejarah tentang Taj Mahal ni, kena dengar dari orang sini. Sebab tak semua tertulis dalam buku/google. Kubah yang tengah2 tu, ada cerita juga tau. Nak tahu, kena PM. Malu nak sebut 🤭
Oh ya.. kalau korang nak imagine wanita kesukaan orang India ketika itu, ciri-cirinya adalah : voluptuous women : heavy boobs, narrow waist, heavy hip, not fat, not thin & not 0 size (thin like model). Haaaa.. itu ciri-ciri yang digambarkan oleh tourist guide kepada kami. Lengkap info i kan?
Hahaha.. Jadi kalau Mommy ni yang 0 size ni, tak tahu lah camne kisahnya kalau wujud masa tu. Hakhak.. Gurau..
TAJ MAHAL YANG INDAH!!
Bentuk kawasannya 4 segi rasanya. Ke luas lagi? Tapi.. jarang nampak orang post kawasan lain selain bangunan putih Taj Mahal..
Ini pintu nak masuk.
Tiket yang Mommy tahu, 25usd untuk foreigner.
Ini kawasan selepas korang masuk. Mommy pusing belakang laaa nak snap gambar ni. Pintu masuk melepasi sekuriti.
Ini kawasan dalam selepas korang dah melalui kawasan sekuriti.. Yang juga pintu masuk ke Taj Mahal.
Jom ke pintu gerbang tengah. Sebelah kiri gambar ini adalah pintu masuk besar. Cun juga kalau masuk dari situ. Gambar nanti Mommy tunjuk kat bawah..
Ini adalah pintu masuk sebelum korang masuk ke kawasan Taj Mahal. Pintu gerbang tengah ni..
Seharusnya spam muka sendiri! Woii aku dah nak masuk Taj Mahal ni.. Kau dengar tak??? Mihmihmih..
Macam biasa, ada je ‘pro photographer’ yang akan tanya untuk folo kita. Kot2 la kita nak suh dia snap & print kan.. Haaa tu macam pakcik atas ni. Dia pandangggggggg je Mommy.. Takpe lah.. Mommy tolak je. 🤣
Ok nak bagi gambaran kejap, gambar bawah ini adalah dari pintu masuk, menuju ke Taj Mahal! Oh ya.. Mommy masuk dari sebelah kanan. Gambar Mommy berdiri tu di pintu gerbang yang tengah. Faham tak?
PINTU MASUK TAJ MAHAL
Tadaaaa jom masuk. Ini pintu paling awesome!!
Nap snap kat sini memang kena bijak la. Photographer yang ada kat situ pun, kemain garang halau kita suruh cepat sikit. Hahaha. Amboi. Ini pun, yang tolong snap pun photographer di situ. Siap dia halau siapa-siapa yang tepi Mommy masa tu. Syabas baiyaa! Haahaaha..
Kalau nak tahu, arah lurus tu kat kolam tu (Mommy tak tahu nak panggil apa), memang straight menuju ke makam Mumtaz Mahal dalam Taj Mahal tu tau. Dari pintu masuk, sehinggalah betul-betul ke Makam. Memang lurus betul! Sayang betul tak boleh ambil gambar dari dalam!
Ok kena jalan sikit. Tapi jalan slow-slow sebab nak menikmati kecantikan Taj Mahal..
Makin dekat, makin syukur lah Mommy masa tu. Sampai juga di sini.. Terima kasih #yayasanqasehzyphyto..
PANTANG LARANG MASUK KE DALAM TAJ MAHAL
Untuk masuk ke Taj Mahal, dari luar lagi kami diminta untuk tidak membawa apa-apa barang kecuali kamera dan wallet. Yup. Powerbank, buku, pen, apa pun tak boleh. Cukup kamera dan wallet! Tegasnya pihak sekuriti mereka tau.
Jadi kalau nak posing baca buku ke kat dalam tu, memang tak boleh. Nak snap produk review pun tak boleh. Kalau kantoi, abeh la kau.. Selebihnya Mommy tak tahu lah. Itu yang tour guide pesan. Nak snap badge KBBA9 tu pun curi-curi. Huhuhu..
Inside Taj Mahal tak dapat nak snap. Dan sebelah Taj Mahal pula ada masjid. Hanya digunakan hari Jumaat sahaja katanya. Disebabkan itulah, setiap hari Jumaat, Taj Mahal akan ditutup untuk lawatan.
Cantik sangat masjid ni tau..
Pandangan dari dalam masjid
Selama ini, Mommy ingatkan Taj Mahal tu masjid. Huuu. Rupanya memang ada masjid, tetapi di sebelah kiri dan kanan dan Taj Mahal yang berwarna merah bata. Dan Taj Mahal itu adalah makam di tengahnya. Noob kan? Huuu..
KASUT PERLU DIWRAP
Untuk masuk ke kawasan masjid dan Taj Mahal, korang tak boleh simply jejak dengan kasut korang tu. Dari pintu masuk tadi, kita akan diberi satu ‘stokin’ kasut. Haaa. Bila dah sampai kat TANGGA TAJ MAHAL, sila lah wrap kasut tu.. Macam ni..
Oh kat taman tadi, tak perlu pakai lagi tau.. Kang kotor lak masjid & Taj Mahal ni.. Only ketika nak naik tangga Taj Mahal ni jer..
INSIDE TAJ MAHAL
Memandangkan bahagian dalam tak dapat snap, Mommy terpaksa gunakan gambar Google. Sebab ada info untuk korang kena tahu..
Batu marmarnya transparent. Kalau kau dengar khadam dalam tu cerita psl makam dan sebut nama kau secara ‘echo’, sedekah lah rupees as tip. Eh everywhere memang tips lah. Kang orang nak ngorat i pun, i ingat dia mintak tips plak. 🤣🤣
Nampak tak makam Mumtaz straight dengan pintu masuk? Haaa lurus sampai kolam dan sampai ke pintu gerbang tau..
Dah nak balik laaaa..
HATI-HATI DENGAN SCAMMER DI LUAR TAJ MAHAL
Ok lah. Keluar daripada Taj Mahal, boleh la kalau nak shopping souvenir. Hati2 laaaaa. Dia punya skill business, memang terer 🤣 Korang cakap je harga tak masuk akal, punya nak kita beli, last bagi juga. Bayangkan kalau ada souvenir harga 1000rs, boleh dapat harga 100rs.
Tapi bukan semua la tak jujur. #hopeso. Macam kat sini, Mommy dapat beli monumen Taj Mahal yang paling besar, dengan harga RM150.
Please, jangan compare harga dah ye? Barang dah beli. Sebab Mommy ‘terkena’ bab tshirt. Huwaaa.. Kualiti konon, sekali basuh, hilang dah cop. Sobsss..
Ini adalah transport yang bawa Mommy pergi ke Taj Mahal, sebelum pulang ke bas semula..
Tiket untuk view waktu malam.
Bertolak pulang dari Agra menuju ke hotel pertama yang kami datang di New Delhi. Singgah dahulu di kedai makan ini. Mommy cuma minta nasi kosong je..
Bersama owner kedai makan tersebut..
Masa untuk berehat, sebelum bertolak pulang ke Malaysia esok..
TERIMA KASIH TEAM #KEMBARAQASEHZYPHYTO
Hari ke 7 di India, 13082018. Fuh.. Ini adalah trip paling lama Mommy pernah lalui. Seminggu juga la Daddy kena jaga anak-anak. Tapi takpe, Mommy kena jaga anak sebulan sepanjang dia pergi China lepas raya tauu.. Hahaha..
From strangers to family..
Memang seorang YB Shehan, letak sahaja di mana-mana, memang tiada masalah untuk beramah mesra. Trip yang indah. Dapat berkenalan dengan semua ahli kembara dari pelbagai latar belakang. From strangers, n now become my new family. Family of #kembaraqasehzyphyto 😍😍
Madam Ameelia
Madam Ameelia – gorgeous, humble, very friendly & very firm in making her decision. Blend dengan semua orang dengan mudah, mudah ketawa dan sangat down to earth. Siapa sangka, beliau adalah tulang belakang disebalik kejayaan banyak produk yang terkenal dan menjadi fenomena di Malaysia ini.. contohnya produk2 Dato Aliff, DSV, Almas, Cik Epal & banyak lagi.. – ZY Phyto Holdings – King of OEM, kilang yang menghasilkan produk jenama sendiri.
Prinsipnya “kita perlu jadi kaya untuk bantu usahawan yang lain” buat Mommy lebih semangat untuk majukan diri. Terima kasih kerana menjemput Mommy menyertai #kembaraqasehzyphyto ini. Jangan pernah menyesal untuk mengajak lagi ye.. Heeee..
Kak Normala Hamzah
Kak Mala – Normala Hamzah, siapa yang tak kenal? Wartawan Utusan yang sangat tenang dan setiap kata-katanya mampu memainkan emosi. Deep. Sepanjang trip ini, Mommy anggap dia ibu Mommy. Pagi-pagi buat kopi untuknya. Lepas ni, mungkinkah berpeluang lagi?
Kak Mazita
Kak Ita – Pengurus #mahsuritravelkualalumpur yang awesome. Katanya, bisnes travel begini memang boleh hidup mewah. Lagipun, dia dah lama dalam bidang ini. Dari tahun 1994 lagi woooo.. Boleh follow ig beliau di @mahsuritkl.
Kak Aiza
Kak Aiza – Ramah dan ringan tulang. Mujur orang utara, rasa puas bila sembang 🤣 Duduk seat sebelah menyebelah ketika perjalanan datang ke India.. Jom travel lagi kak?
Auntie Sham & Uncle Roslan
Auntie Sham & Uncle Roslan – mungkin Mommy dapat ikut jejak langkah mereka suatu hari nanti. Walaupun sudah bersara, mereka habiskan masa dengan melancong di pelbagai negara. Uncle Roslan senasib dengan Mommy, sangat suka ambil gambar, bila gambar sendiri, kita selfie je kan? Hehe. Gurau.. Btw, Tq auntie sebab urut saya masa muntah ketika turun dari Gulmarg. Powerrr wooo!!
Kak Izan & Abg Salahudin
Kak Izan & Abg Salahudin – couple pertama yang Mommy start lepak dari KLIA lagi. Sangat mesra dan kelakar. Cute couple. Suka ambil gambar dan melancong juga. Haih.. Nak juga macam mereka ni.. Jom travel lagi. Yang snap Mommy dari belakang masa tengah ambil gambar Taj Mahal tu, Kak Izan ni la. Tq kak. Awesome pic tu!!
Kak Kiz
Kak Kiz – Jadi roomate Mommy di Kashmir. Sentiasa tenangkan Mommy di kala Mommy kelam kabut. Hahaha. Bila berkawan dengan orang lebih banyak pengalaman ni, Mommy terasa aura cool tu sekali. Suka tegur Mommy malas mandi malam di Kashmir. Sejuk kot!! Hahaha..
Overall, trip ni memang awesome. Mungkin korang nampak macam jalan2 banyak, tapi dalam jalan2, misi kami tercapai. Ini misi terakhir kami dalam mewakafkan telekung kepada wakil di India. Mudah-mudahan, pahala yang mewakafkan menjadi bekal di Akhirat nanti. Inshaa Allah..
.
.
Footnote : Tajaan Kembara : Kerjasama Mommy’s Diary of Life (#ybtravelogue #kembarakbba9 #kbba9) bersama ZY Phyto Holdings Sdn Bhd & Yayasan Qaseh ZY Phyto dengan kerjasama Mahsuri Travel Kuala Lumpur
Bestnya dpt travel dgn geng yg serasi, trip jd lebih enjoy kan
wowwww bestnyaaaa..
syoknya tengok, dapat pergi ke negara orang..lagi syok tengok suami isteri tu dah pergi jalan-jalan..kena tunggu anak besarla baru boleh jalan berdua..heee
Jauhnya nak jalan masuk ke dalam.. Cantik gila..
cantiknya interior design taj mahal ni