Memandangkan Mommy ada lagi sejam untuk ambil Daddy di airport, Mommy nak kongsi satu perkara atau topik yang sangat sesuai untuk pencinta tudung bawal. Shawl pun boleh lah.. Sebab sama jer..
Sebelum tu meh Mommy bagitau sikit. Rumah Mommy nih, betul-betul kosong dari segala jenis wardrobe. Yang ada pun, almari anak. Itu pun simpan baju sekolah dan baju raya dorang.
Baju kami? Ada tersangkut kat penyidai terbuka je kat bilik ketiga kami..
Tak tahu lah bila nak ada wardrobe tu. Paling penting adalah kitchen cabinet dulu.. Doakan Mommy murah rezeki yer? Mana lah tahu tetiba ada hamba Allah nak sponsor gedebuk satu KC kan? Amin..
CARA SIMPAN TUDUNG BAWAL
Mommy lately kumpul banyak bawal. Dulu memang suka beli Aidijuma. Sehinggalah baru-baru ini, teringin pula Kekaboo. Banyak pula tu sekali beli. Hukhuk..
Belum lagi sampai Bawal Cotton Siput. Haaaa pernah dengar? Tunggu Mommy pakai ye. Harap-harap, materialnya cantik lah..
Ok memandangkan takde wardrobe untuk simpan tudung bawal Mommy ni, Mommy carilah idea. Kebanyakannya jual yang jenis bulat-bulat yang macam kat Ikea tu. Mommy pernah beli dah. Tapi pernah tertarik benang tudung. Menyesal.
Guna hanger pun sama. Kadang-kadang, tak perasan ada lebihan kasar plastik hanger tu. Dahhh tersangkut benang lagi sekali..
Memandangkan tengah kebosanan di rumah, Mommy pun browse la Shopee. Terjumpa rak kasut ni. Eh.. good idea lah.. Boleh guna rak ni sebagai rak sangkut tudung-tudung Mommy ni.
Kenapa selama ni tak terfikir. Hehe..
Tadaaa.. Ini gambar kat Shopee.
Dan petang tadi, Mommy dah dapat rak ini.. Jeng-jeng.. Siap up kat FB, tanya kawan-kawan, agak-agak apa yang Mommy nak buat dengan bendalah ni?
Jawapan cliche semestinyalah rak kasut kan?
Tadaaaaaaaaaaaaaaa..
Setel sangkut semua tudung ni, Mommy tunjuklah hasil akhir Mommy. Heeee..
Haaaa amacam? Cun? Bijak kan Mommy?
Bijak mengGoogle! Hahahahah..
Kalau bertimbun susah juga makan space
ada 2 option.. teruskan cara kita menyimpan spt biasa, atau pilih cara ni n ltk dpn blkg. x cukup 1, beli lg. . x wajib. huhu
nad kalau buat macam ni, nanti mesti nampak sepah balik..hahaa
haa betul gak yer nad… takut sekejap jer nih …. kak azni pun tak berapa rajin hahah
susun mcm butik. nt klu ada banyak lg tudung, kena beli lg. hahha
nak buat jugaklah macam ni
sila2
kiter gantung belakang pintu jer…huhuhu
Menarik ni….!! Senang nak cari bila nak pakai
terfikir jugak nak buat macamni..tapi takut berhabuk pulak kat tudung yang lama tak bersentuh
Menarik juga cara ni, boleh share kat isteri. Tapi perlu cari solusi untuk elak tudung yang lama tak sentuh dari berhabuk.
yg x pkai tu, sedekah ajer. hehehe.. yg jarang2 pakai, letak dalam bekas/almari secara proper..