Titan Cuckoo | Selepas almost 4 tahun menggunakan Fusion Top Cuckoo, akhirnya Mommy decide untuk berubah angin. Kontrak Fusion Top tu sebenarnya 5 tahun, tapi kelebihan Normal Plan dalam Cuckoo, selepas 3 tahun boleh discontinue contract, return product ke Cuckoo atau upgrade ke produk lain. Kontrak Mommy tu ada setahun lebih lagi kot untuk cukup 5 tahun. Contoh mesin adalah Fusion Top, Icon, marvel, Prince Top (kini jadi Goood Plan) & Vivid.
Kalau produk anda under kategori Goood Plan, sori tau. Kena habiskan kontrak juga. Kalau 7 tahun, habiskan 7 tahun tu dulu, atau tukar ownership kepada orang lain. Contohnya macam mesin King Top, Xcel, Iris tu kategori Goood Plan.
KENAPA TUKAR FUSION TOP KEPADA TITAN?
Asalnya sebab Cuckoo tetiba buat promo Prince Top idaman Mommy tu dengan harga rendah kaw-kaw dari biasa selama 3 hari jer. Mau tak keruan hidup masa tu. Bayangkan sebulan RM160, jadi RM105 jer dalam promo tu.
Terus Mommy buat proposal penukaran mesin dengan alasan dah boring dengan FT dan Prince Top menjimatkan ruang. Lagipun senang ChefDedi nak masak kalau ruang luas kan? Begitulah alasannya. Syukur alasan diterima. Lols
Siap pinjam dummy Prince Top dari my Manager. Mujur la jiran jer hehehe. Cantik juga kan?
Ye, pada mulanya kami pilih Prince Top sebab warna pink tu. Dah siap submit document semua dah. Tetapi lepas dapat magic statement dari Daddy, terus ubah fikiran pula. Hahaha.
Kata Daddy “Daddy ikut jer pilihan Mommy. Tapi kalau warna putih tu, function lebih banyak dan baru keluar pula tu. Plus tema dengan dapur kita” Denggggg.. Terus rasa dilema. Cakap je la awal-awal nak TITAN!! Grrr.
Mujurlah boleh cancel. Hahaha.
INSTALLATION TITAN WATER PURIFIER
Akhirnya, pada 25.5.2022, Titan dijangka hadir. Ewah. Sebelum install, biarlah Mommy mengambil gambar kenangan terlebih dahulu bersama Fusion Top yang berjasa hampir 4 tahun ini.
Bila tengok balik, besar juga space yang digunakan untuk ruang dapur yang comel nih.
Haaa.. once installed, cuba tengok beza nya.
Jauh beza kan? Jimat space terus!
KELEBIHAN PENAPIS AIR TITAN
Kelebihan pertama adalah sebab Lee Min Ho yang jadi duta. Hihi.
- sistem penapisan pelbagai peringkat yang dapat menyingkirkan 99.9%* kuman berbahaya
- boleh nikmati air panas 100°C serta merta (patented)
- boleh pilih suhu kepanasan serendah 50°C
- ada setting air steril untuk bersihkan buah-buahan dan sayuran
- teknologi penstrilan in & out unik untuk bersihkan paip dan faucet
- ada child lock
- tankless jadi tak perlu risau air lambat ke apa
- adjustable faucet dan ada smart touch panel
Pemasangan adalah percuma seluruh Malaysia tau. Percuma servis setiap 4 bulan. Percuma waranti dan servis selama 5 tahun. Oh harga bulanan adalah RM110.
Kalau korang nak juga, PM je daku ok?
Link : http://ybshehan.wasap.my
Ejen Cuckoo tersohor anda
p/s : Sebelum ni guna Fusion Top. Selepas 3 tahun guna, boleh exchange/return jenis lain (new contract). Tidak termasuk Goood Plan (wajib habiskan kontrak dulu macam dalam perenggan pertama tadi).