Thu. Oct 10th, 2024

SOFRA BEAUTY BOOSTER – UNTUK KULIT CERAH BERSERI, RAMBUT BERSINAR DAN BUATKAN BADAN LEBIH BERTENAGA

Hari ini Mommy nak kongsi dengan korang tentang satu produk yang boleh dikatakan all-in-one, dimana ia sangat bagus untuk kulit wajah, badan dan juga rambut kita. Wahhhh.. Mana nak dapat produk macam tu? Memang ada tau! Sofra Beauty Booster namanya.

SOFRA BEAUTY BOOSTER - 2

Mommy sebenarnya ternampak dari seorang sahabat Mommy yang share tentang produk ini di FB story beliau. Pada mulanya, Mommy tidak lah terlalu teruja sangat sebab dah banyak tengok produk kecantikan kan?

Tapi! Bila Mommy dapat tahu ia sesuai untuk kulit wajah, badan dan rambut, terus.. Buntang mata Mommy!! Siapa tak sayang kulit wajah dan rambut oi!

Dengan masalah badan cepat kurang bertenaga selepas positif Covid sebelum ni, rambut gugur yang sangat teruk sekarang ni, memang Mommy teruja sangat nak cuba.

SOFRA BEAUTY BOOSTER – 100% EKSTRAK BUAH-BUAHAN TERPILIH

Sofra Beauty Booster dengan formulasi 10 Ekstrak Buah-Buahan Premium terbukti berkesan membantu kulit bersinar dalam masa singkat. Tanpa perlu amalkan sebarang herba-herba pelik, tanpa rawatan yang mahal dan membebankan atau ubat-ubatan yang berbahaya.

10 Ekstrak Buah-Buahan Premium yang Mommy maksudkan dan kebaikan daripadanya adalah :

  • Blackberry Extract – membantu meningkatkan daya tahan tubuh
  • Blueberry Extract – zat antioksidan yang kuat
  • Raspberry Extract – mengurangi tanda-tanda penuaan
  • Lemon Extract – mengandungi asam sitrat, vitamin C, kalsium, asam folat, vitamin B5, B3, B1, B2, zat besi, magnesium, fosfor, kalium
  • Black Grapes Extract – kandungan antioksidan yang dapat meremajakan sel kulit
  • Dates Extract – mengangkat sel-sel kulit mati agar tidak kusam
  • Figs Extract – bermanfaat untuk masalah seperti kulit tidak bermaya, rambut gugur, lingkaran hitam bawah mata, bintik-bintik hitam di wajah
  • Goji Berry Extract – antioksidan untuk melawan radikal bebas
  • Strawberry Extract – mengurangkan kedutan pada kulit, kesan dari sinar UV
  • Plums Extract – meratakan warna kulit dan meremajakan penampilan
SOFRA BEAUTY BOOSTER - TIPS KULIT CERAH, RAMBUT BERSINAR

Kesan daripada minum Sofra ini, ia memberi kenyang berpanjangan, jadi sesuai untuk korang yang berdiet juga tau.

Antara kelebihan utama Sofra Beauty Booster adalah :

  • Atasi kulit kusam
  • Anti penuaan
  • Melembap dan mencerahkan kulit
  • Memudarkan parut jerawat dan jeragat
  • Meningkatkan keanjalan kulit
  • Menyuburkan akar rambut
  • Melindungi kesihatan mata dan;
  • Tinggi anti oksida

CARA PENGAMBILAN

Siapa je yang boleh ambil supplemen ini ya? Kaum wanita dan lelaki boleh amalkan Sofra Beauty Booster ini, dari usia 16 tahun sehingga warga emas. Ibu menyusu pun boleh tau. Dengan kandungan kurma di dalam supplemen ini, pasti membantu pengeluaran susu badan untuk bayi tersayang.

Ada 15 sachet di dalam satu kotak. Pengambilan pula cuma sekali sehari. Boleh diambil ketika sarapan atau sebelum tidur.

Cuma koyakkan 1 sachet, campur di dalam air sejuk sebanyak 250-300ml, goncang (jika guna shaker), atau kacau hingga sebati. Terus minum.

SOFRA BEAUTY BOOSTER - TIPS KULIT CERAH, RAMBUT BERSINAR

Jika nak lihat keberkesanannya tu, sila amalkan selama 7 hari berturut-turut. Pasti ada perbezaan ketara.

TESTIMONI PENGGUNA

Sepanjang Mommy amalkan selama seminggu ini, Mommy boleh katakan rasanya tidak terlalu masam dan memang sedap. Masam-masam manis macam tu. Kalau yang kenal Mommy pasti tahu yang Mommy sejenis tidak tahan sebarang makanan atau minuman yang masam dan terlalu manis. This one, ok for me.

SOFRA BEAUTY BOOSTER - TIPS KULIT CERAH, RAMBUT BERSINAR

Sofra tiada sebarang pewarna dan perasa tiruan tau. Dari ekstrak buah-buahan tu, memang terasa seperti minum jus sebenar. Sedap tau.

Ia selamat diminum dan lulus ujian makmal dan KKM.

Jom kita tengok apa kata pengguna Sofra Beauty Booster ini.

Jika korang nak cuba SOFRA BEAUTY BOOSTER untuk kulit cerah berseri, rambut bersinar dan badan lebih bertenaga, inilah masanya.

Sebarang pembelian boleh dibuat di laman web mereka iaitu di https://sofrabeauty.com

Jangan lupa ikuti Facebook dan Instagram Sofra HQ Malaysia untuk sebarang promosi dan maklumat lanjut mengenai produk ini.

SOFRA BEAUTY BOOSTER - TIPS KULIT CERAH, RAMBUT BERSINAR

Baca juga : Cara Guna Bio Essence Rose Gold Water

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

9 thoughts on “SOFRA BEAUTY BOOSTER – UNTUK KULIT CERAH BERSERI, RAMBUT BERSINAR DAN BUATKAN BADAN LEBIH BERTENAGA”
  1. lorrr.. mmg dok buat research pasal ni sbb dok heran pasal rambut gugur and kulit tak glowing . maybe dah kena amik supplement tamabahan mcm ni lah kan

    1. Fuyoo nama produk pon dah cun. Packaging pon cantik. Kena try jugak la nanti sebab nampak cam menarik jer ni. Tambah tambah ada kelulusan dari KKM. Tq She sharing this ..

  2. Baca kelebihan nya teruja nak cuba!
    Maklumlah bila dah berusia ni memang perlukan supplement untuk skin, rambut dan kesihatan. Mudah consume all in one gini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!