Sun. Jan 19th, 2025

TEMPAT MENARIK DI MELAKA 2021 – BAYOU LAGOON PARK RESORT – SAMBUT BIRTHDAY ARIQ KE 9

Bayou Lagoon Park Resort – TEMPAT MENARIK DI MELAKA | Pada mulanya, tiada kekosongan. Mommy buat research lagi. Ye la, nak pilih hujung minggu. Semestinya penuh. Kalau ada pun, melebihi kemampuan. Kalau dah nama rezeki kan, tetiba sahabat Mommy ni hubungi Mommy. Katanya ada 1 unit yang available. Unit paling istimewa. Wah!! Terus terima tanpa tanya harga. Hahaha.

KENAPA PILIH BAYOU LAGOON?

Mommy plan hanya nak lepak hotel dan biarkan anak-anak berhibur di waterpark sahaja. Malas dah nak pusing-pusing Melaka sebab baru je datang awal bulan hari tu.

Selepas gomen benarkan untuk merentas negeri, Mommy ada pergi 2 tempat untuk bercuti. Itu pun sebenarnya lebih kepada melawat adik ipar dan anak-anak arwah adik di Johor. Selepas ke Johor, baru lah ke Melaka.

Kali ini memang memilih untuk gembirakan anak-anak yang dah lama berkurung. Even kolam renang kat rumah pun jarang pergi sebab banyak sangat prosedur.

TEMPAT MENARIK DI MELAKA 2021 – BAYOU LAGOON PARK RESORT

Macam yang Mommy cerita awal-awal tadi, Mommy dapat book unit yang spesel milik Ticer Juju #JunikaStay.

Ok jom Mommy tunjuk apa yang spesel sangat dengan bilik yang Mommy stay.

Jenis bilik : SJ1 – Studio Jacuzzi 1

Item yang ada :

  • Jacuzzi
  • TV
  • Washing Machine
  • Microwave
  • Iron & Board
  • Kettle
  • 2 Aircond
  • Mini refrigerator
  • Towel

Dengar Jacuzzi tu pun dah teruja sangat sebab tahu anak-anak dah lama request. Walaupun mereka request bath tub jer, Mommy Daddy kasi Jacuzzi, lagi best. Haha.

BAYOU LAGOON WATER PARK

Untung bila menginap di sini, dapat beli tiket Waterpark dengan harga yang lebih jimat. Ini kena berurusan dengan ejen homestay juga untuk memudahkan diri daripada perlu membeli di kaunter.

Dan ia lebih menguntungkan bagi penginap homestay.

Nak letak video, Mommy just letak dari IG je lah ye. Korang boleh tengok sendiri betapa fun nya anak-anak ni mandi manda.

Selesai check in tu, masa untuk mandi di Jacuzzi pula. Anak-anak memang teruja habis la. Kemain lama mandi manda dalam tu. Seronok dengan air yang kuat tu. Dalam masa yang sama, Daddy keluar cari kek dan makanan untuk lunch. Kami decide beli nasi ayam di Baker’s Cottage je la. Dah la sedap, murah pula tu.

Baca : Jom visit Bangi Wonderland

TEMPAT MENARIK DI MELAKA 2021 – JONKER WALK

Masalah Melaka dengan jem ni memang tak pernah selesai. Dan boleh dikatakan normal jem ni kalau pergi Melaka. Kau nak travel tapi banyak komplen, jangan datang. Senang kan? Sama juga tempat-tempat viral pun, malas beratur, jangan pergi.

Jadi, lepas maghrib, kami pun keluar lah untuk layan suasana malam di town. Dalam perjalanan yang jem tu, Ariq tertidur. Aduhai. Ini level letih mandi ni, esok baru jaga nih. Ternyata, memang dia moody lah bila kejut untuk keluar jalan-jalan tu.

Puas memujuk, Daddy decide untuk dukung. Fuh, darjah 3 masih kena dukung. Korang rasa? Layan je la anak dari syurga ni. Penat berjalan sepanjang-panjang Jonker Walk tu.

BAYOU LAGOON PARK RESORT

Tapi, mata dia memang layu betul la. Takde mood nak jalan pun. Kami pun cepat-cepat je pusing, beli air dan aiskrim segala, kemudian patah balik jer terus. Lagipun, boleh tahan ramai juga.

Baca juga : Tempat Menarik di Melaka – Perkampungan Hang Tuah

SAMBUT BIRTHDAY

Sampai je di hotel, terus keluarkan kek yang Daddy beli kat Secret Recipe masa lunch tadi. Mood Ariq masih swing tapi dia layan je la. Kami cepat-cepat je celebrate pun sebelum ‘halau’ suruh tidur. Hahaha.

BAYOU LAGOON PARK RESORT

Dear adik,

Happy 9th Birthday sayang. Moga Allah permudahkan urusan seumur hidup adik. Moga Allah letakkan kasih di hati semua orang yang jumpa adik. Moga Allah sentiasa pelihara adik.

Mommy, Daddy & Kakak sayang adik forever & ever. Esok kita sambung mandi dan pusing-pusing tempat menarik yang tak sempat kita lawat awal bulan hari tu.

Tunggu Part 2.

Baca juga : Tempat menarik di Maran

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

14 thoughts on “TEMPAT MENARIK DI MELAKA 2021 – BAYOU LAGOON PARK RESORT – SAMBUT BIRTHDAY ARIQ KE 9”
  1. Huda pernah stay sini gak, 5 ke 6 tahun lepas. Memang best gak sini. Berbaloi harga affordable kan. Wah dah jadi ejen yer. Next time nak pergi roger shehan jer la.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!