100 HARI

Semalam, 24 Nov 2021, genap 100 hari adik meninggalkan kami. Cepat masa berlalu.

Adik tinggalkan ‘amanah’ baru selepas 3 minggu pemergian adik. Baby Rayyan tak sempat tengok wajah abi nya pun.

Kakcik doakan adik tenang di sana. Adik dah tak perlu lagi lalui dugaan di dunia. Allahu.

Bulan 5 adik sambut hari lahir, bulan 6 adik sambut ulang tahun perkahwinan adik. Bulan 8 adik pergi. Sekelip mata dik.

Trauma kehilangan ini memang susah nak hilang ya?

Adik pergi dengan tiba-tiba. Kakcik tak pernah berhenti terbayang wajah terakhir adik.

Maafkan kakcik adik.

Maafkan semua kesalahan kakcik selama ini antara kita adik-beradik.

Kakcik rindu adik.

3 thoughts on “100 HARI

  1. Apabila rindu menjelma, banyakkan sedekah Al-Fatihah kepada arwah. Serta bacaan yasin untuk nya. Memang betul, sakitnya rindu yang tidak tertanggung. Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!