Perkampungan Hang Tuah | Tempat menarik di Melaka – Part 2 – Sambungan dari percutian di Bayou Lagoon Melaka, Mommy nak share satu tempat menarik di Melaka yang menarik untuk dilawati.
PERKAMPUNGAN HANG TUAH / MUZIUM HANG TUAH
Jujurnya Mommy memang tak tahu kewujudan perkampungan ini. Mungkin juga lack of research tempat menarik di Melaka selama ini. Jadi, kali ini terasa nak research kejap dan terjumpa lah Perkampungan Hang Tuah ini.
Perkampungan yang turut dipanggil Hang Tuah Equine Centre ini terletak di Kampung Duyong, Melaka. Dan rupanya, macam-macam aktiviti boleh dibuat di sini.
Mungkin masa Mommy pergi tu, mereka baru sahaja ‘aktif’ semula selepas lama MCO kan?
TIKET MASUK
Seperti yang korang tengok gambar ni, harga tiket masuk ke sini :
Warganegara
- Dewasa RM5
- Pelajar / Kanak-kanak RM3
- OKU FREE
Pelancong asing
- Dewasa RM10
- Kanak-kanak RM5
Tempat ini dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga 5 petang.
Lokasi : Map Perkampungan Hang Tuah
TIPS : Nasihat Mommy, bawa lah kipas kecil, topi atau payung jika korang ke sini.
MUZIUM HANG TUAH
Jom masuk muzium terlebih dahulu. Kalau masuk ke sini, kita boleh baca semua sejarah Hang Tuah Lima Bersaudara. Siap ada lukisan yang cantik-cantik tau.
Suasana memang tenang, selesa, kemas dan luas. Dan anak-anak pasti teruja jika kita mengajak mereka untuk membaca sejarah lama di sini.
PERKAMPUNGAN HANG TUAH
Sejurus keluar dari muzium, Mommy sekeluarga melawat sekitar perkampungan ini.
Dalam perkampungan ini terdapat rumah-rumah Melayu Melaka dan setiap satunya diberi nama sempena nama sahabat seperjuangan Hang Tuah.
Tetapi ketika Mommy di sini, Mommy tak pasti samada rumah-rumah ini boleh dimasuki. Ada beberapa kawasan yang masih dinaiktaraf.
Tapi, dari pembacaan Mommy, banyak juga aktiviti yang boleh dibuat di sini seperti menunggang kuda, bersilat dan sebagainya. Mungkin Mommy bukan ‘on the right timing’ kot. Mungkin juga sebab dah lama ditutup dek MCO.
Di dalam kawasan ini juga terdapat artifak sejarah perkembangan Melaka. Banyak yang korang boleh tengok di sini cuma Mommy rasa kawasannya yang jauh dari town, mungkin tak ramai yang tahu dan datang ke sini. Sebenarnya perkampungan ini hanya mengambil masa 20 minit dari Bandar Hilir. Namun tidak banyak tarikan lain di kawasan ini selain Perigi Hang Tuah berdekatan.
PERIGI HANG TUAH
Jika dah datang ke perkampungan ini, haruslah menjejakkan kaki ke Telaga Hang Tuah pula. Ianya terletak berdekatan dengan perkampungan ini. Just a way drive gitu.
Menurut sejarah, perigi ini digali oleh Hang Tuah untuk kegunaan sendiri. Dan telaga ini hanya kecil dan lama-kelamaan ia menjadi besar dan dalam. Perigi ini juga dikatakan tidak pernah kering airnya walaupun Melaka dilanda kemarau.
Mommy harap tempat begini sentiasa terjaga sebab ini adalah salah satu tarikan pelancongan di Melaka.
cantik senibina..kena maintain elok elok ni
Nice information, thank you for sharing this!
Cantiknya telaga tu, teruja tgk, selalu ke Melaka belum pernah singgah sini. TQ sharing.
Agak-agak kalau datang pada hujung minggu, ramai orang tak? Menarik juga kalau bawa anak-anak ke sini
Great and Excellent Work a very helpful piece of information.
Thank you for sharing your experiences and insights on this topic. Your story is really inspiring and it’s great to see someone who is so passionate about their work.
very cool place and highly recommended to be with family
What a great idea! I need this in my life.
The post is written in very a good manner and it contains many useful information for us.
hello
situs yang sangat bermanfaat untuk semua orang
jangan lupa kunjungi juga print murah jakarta timur