Suami isteri ditahan, cuba tanam bayi hidup-hidup
NEW DELHI 11 Mei – Sepasang suami isteri ditahan polis dalam cubaan menanam bayi yang berusia sebulan setengah secara hidup-hidup di negeri Uttar Pradesh di utara India, lapor media tempatan.
Dalam kejadian yang berlaku pada malam kelmarin, seorang penjaga kubur mendengar tangisan bayi selepas melihat ibubapa cuba menanam bayi itu di sebuah kubur di bandar Pilakhuwa kira-kira 100 kilometer barat daya New Delhi.
Sementara itu, ibu bayi tersebut, berkata guru menasihatinya supaya menanam bayi tersebut bagi melindungi anak-anaknya yang lain daripada dijangkiti penyakit merbahaya. – Utusan
Mommy: Pelik2 la kepercayaan. Haish. Taksub sangat! Orang Melayu pn, jangan dok taksub sgt ngan bomoh. P ja jumpak doktor atau ustaz kalau dah anak sakit ke hape. Xyah gatai p kt bomoh. Karut.