Thu. Dec 5th, 2024

SOLAT WITIR : NIAT, HUKUM DAN DOA

SOLAT WITIR

Solat Witir | Solat witir adalah salah satu solat yang mempunyai makna dan kepentingan yang mendalam dalam Islam. Solat sunat Witir ini bukan hanya dilakukan pada bulan Ramadhan sahaja, bahkan boleh dilakukan pada bulan-bulan biasa dan pada hari-hari biasa. Ia merupakan satu bentuk solat sunat yang dilaksanakan pada waktu malam selepas solat Isyak. Dalam artikel ini, panduan penuh niat, cara dan doa solat witir akan dikongsikan.

PENGENALAN

Solat Witir adalah ibadah yang sangat digalakkan kepada setiap orang Islam. Beberapa riwayat yang menceritakan tentang galakan melakukan solat ini. Antaranya, berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata:

أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ، وَرَكْعَتَيِ الضُّحَى، وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ

Maksudnya : Kekasihku (Rasulullah S.A.W) berwasiat kepadaku supaya melakukan tiga perkara iaitu : Berpuasa tiga hari pada setiap bulan, mengerjakan dua rakaat Dhuha dan melakukan solat witir sebelum tidur. – Riwayat Al-Bukhari (1981)

Bilangan rakaatnya ganjil iaitu satu, tiga, lima, tujuh, sembilan atau sebelas rakaat.

Witir satu rakaat boleh dilakukan, namun afdhalnya adalah tiga rakaat dengan dua salam atau melakukan solat sunat Ba’diyah Isyak dua rakaat dan disudahi dengan satu rakaat Witir. Boleh juga jika mahu mengawalkan Witir dengan melakukan solat sunat Ba’diyah Isyak dua rakaat dan witir tiga rakaat.

HUKUM SOLAT WITIR

Hukum solat ialah sunat muakkad iaitu solat sunat yang sangat dituntut. Solat sunat ini dilaksanakan secara berseorangan tetapi pada bulan Ramadhan, pelaksanaan solat ini diwajibkan secara berjemaah setelah selesai Solat Sunat Tarawih.

Daripada Ali bin Abu Talib diriwayatkan bahawa setelah Rasulullah selesai mengerjakan solat sunat Witir, Baginda bersabda:

“Wahai ahli al-Quran, bersuaralah kerana Allah ‘azza wajalla menyukai sesuatu yang ganjil. “– Riwayat Abu Dawud.

Baca juga : Doa Mustajab Depan Kaabah

NIAT SOLAT WITIR DAN BACAAN SURAH

Oleh kerana Solat Sunat Witir dilakukan 3 rakaat dengan 2 kali salam, maka kita perlu berniat 2 kali.

Lafaz Niat Dua Rakaat:

أُصَلِّى سُنَّةَ الوِتْرِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niat dalam Bahasa Melayu:

“Sahaja aku solat Sunat Witir dua rakaat kerana Allah Taala”

* Niat solat juga boleh dilafazkan sebelum mengangkat takbir.

Pada rakaat pertama, hendaklah membaca surah al-Fatihah dan surah al-A’la.

Pada rakaat kedua, bacalah surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun.

Lafaz Niat Satu Rakaat:

أُصَلِّى سُنَّةَ الوِتْرِ رَكْعَةً لِلَّهِ تَعَالَ

Niat dalam Bahasa Melayu:

“Sahaja aku solat sunat Witir satu rakaat kerana Allah Taala.”

Selepas membaca al-Fatihah, bacalah surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas.

Sebaik selesai tahiyyat dan salam, bacalah bacaan ini;

يَا لَطِيْفُ يَا كَافِييَا حَفِيْظُ يَا شَافِي (x 2 kali)
يَا لَطِيْفُ يَا وَافِي يَا كَرِيْمُ أَنْتَ الله (x 1 kali)
لآ إِلٰهَ إِلَّا الله (x 10 kali)

BACA JUGA : CARA SOLAT TAUBAT

DOA SOLAT SUNAT WITIR

Doa Witir (Pilihan 1)

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ وَأَعُوذُ بِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ مِنْكَ لَا أُحْصِى ثَنَاءً عَلَيْكَ، أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ

Allahumma Inni ‘Auzu Biridhoka Min Sakhotika Wa Bimu’Aafatika Min ‘Uqubatika Wa ‘Auzubika Minka Laa Uhsii Tsana’an ‘Alaika Anta Kama Atsnaita ‘Alaa Nafsika.

Doa Witir (Pilihan 2)

اَللّٰهُمَّ إِنَّا نَسْـأَلُكَ اِيْمَانًا دَائِمًا، وَنَسْأَلُكَ قَلْبًا خَاشِعًا، وَنَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَنَسْأَلُكَ يَقِيْنًا صَادِقًا، وَنَسْأَلُكَ عَمَلاً صَالِحًا، وَنَسْأَلُكَ دِيْنًاقَيِّمًا، وَنَسْأَلُكَ خَيْرًا كَثِيْرًا، وَنَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ، وَنَسْأَلُكَ تَمَامَ الْعَافِيَةِ، وَنَسْأَلُكَ الشُّكْرَ عَلَى الْعَافِيَةِ، وَنَسْأَلُكَ الْغِنَاءَ عَنِ النَّاسِ. اَللّٰهُمَّ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاَتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَتَخُشُّعَنَا وَتَضَرُّعَنَا وَتَعَبُّدَنَا وَتَمِّمْ تَقْصِيْرَنَا يَا اَللهُ يَااَللهُ يَااَللهُ يَااَرْحَمَ الرَّحِمِيْنَ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى خَيْرِ خَلْقِهِ مُحَمَّدٍ وَعَلٰى اٰلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

Allahumma innaa nas’aluka iimaanan daaimaan, wan’asaluka qalban khaasyi’an, wanas’aluka ‘ilman naafi’an, wanas’aluka yaqiinan shaadiqon, wanas’aluka ‘amalan shaalihan, wanas’aluka diinan qayyiman,

Wanas’aluka khairan katsiran, wanas’alukal ‘afwa wal’aafiyata, wanas’aluka tamaamal ‘aafiyati, wanas’alukasyukra ‘alal ‘aafiyati, anas’alukal ghinaa’a ‘aninnaasi.

Washallallaahu ‘alaa khairi khalqihi muhammadin wa’alaa aalihi washahbihi ajma’iina, walhamdu lillaahi rabbil ‘aalamiina.

Maksudnya:

“Wahai Allah. Sesungguhnya kami memohon kepada-Mu iman yang tetap, kami memohon kepada-Mu hati yang khusyu’, kami memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, kami memohon kepada-Mu keyakinan yang benar, kami memohon kepada-Mu amal yang shaleh, kami memohon kepada-Mu agama yang lurus,

Kami memohon kepada-Mu kebaikan yang banyak, kami memohon kepada-Mu ampunan dan afiat, kami memohon kepada-Mu kesehatan yang sempurna, kami memohon kepada-Mu syukur atas kesehatan, dan kami memohon kepada-Mu terkaya dari semua manusia.

Wahai Allah, Tuhan kami. Terimalah dari kami shalat kami, puasa kami, shalat malam kami, kekhusyu’an kami, kerendahan hati kami, ibadah kami. Sempurnakanlah kelalaian atau kekurangan kami,

Wahai Allah Wahai Allah Wahai Allah Wahai Dzat yang Paling Penyayang diantara para penyayang. Semoga rahmat Allah tercurahkan kepada sebaik-baiknya makhluk-Nya, Muhammad, keluarga dan sahabatnya semua, dan segala puji milik Allah, Tuhan semesta alam.”

solat witir
Photo by Monstera on Pexels.com

PENUTUP

Solat Witir adalah ibadah sunnah yang sangat dianjurkan dalam Islam. Ia merupakan salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Dalam solat Witir, kita berdoa kepada-Nya untuk memohon keampunan, petunjuk, dan keberkatan.

Dengan berakhirnya solat Witir, kita merasakan kebahagiaan dan ketenangan dalam hati. Kita yakin bahawa Allah mendengar setiap doa yang kita panjatkan. Semoga Allah menerima solat kita dan mengampuni dosa-dosa kita.

Melalui solat ini, kita juga mengingatkan diri kita sendiri bahawa Allah adalah satu-satunya Tuhan yang layak disembah. Kita berkomitmen untuk terus menjalankan ibadah dan taat kepada-Nya.

Oleh itu, marilah kita teruskan amalan solat Witir ini dengan penuh keikhlasan dan tulus ikhlas. Semoga Allah menerima amalan kita dan memberi kita kekuatan untuk terus beribadah dan taat kepada-Nya. Amin.

Buku : Fahami Bacaan Dalam Solatmu

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!