25/04/2024 9:01 AM
Baru hari nih ada kekuatan untuk stori mori dengan kengkawan. Family and in-law semua dah tau masa disahkan preg hari tu. Cuma, yg lelain je Mommy belum bersedia nak share sebab very kicik lagi.. Hehehehe
Kecuakan tidak datang bulan dikesan awal April. Sebab selalunya, Mommy akan berhangin2 within dat time. Tapi, nan hado. Maka, bajet2 rasanya dah lebih 4 hari, so, Mommy beli pregnancy test di Guardian Ampang Point pada 04.04.2012 (Rabu). X konfiden nak test lagi, maka tunggu esok pagi.
05.04.2012 (Khamis is sunat dalam segalanya), the result is
Cuak! Happy dalam masa yang sama! Hehehehe
So, malamnya baru Mommy pegi kompem sekali lagi kt Klinik Kita with Dr Hisham Adam di Pandan Jaya. Syukur. Doc target around 05.12.2012 (Wah.. Anniversary kitorang tu!)
11.04.2012 (Rabu), seminggu selepas test, Mommy demam malam plak. Namun ku gagahi jua ke pejabat. Tapi, 13.04.2012 (Jumaat), Mommy x tahan. Sangat x larat maka MC lah Mommy. Hantar HD ke nursery cam biasa. Lepas tu Mommy & Daddy cuba ke Klinik Kesihatan di Pandan untuk buka buku merah. X dapek. Satu sebab alamat Ukay sepatutnya di Klinik Desa Hulu Klang di Sg Pasir, area umah Mommy la.. Maka, kami ke klinik Alam Medic iaitu tempat yang sama Mommy check up masa HD dulu. 1st time scan la sebab Mommy unsure tarikh last period Mommy. Hakkdishhh! Kelupaan!!!
17.04.2012 (Selasa), masih diselubungi stress yang amat sebab nursery baru bagitau bakal TUTUP end of this month. Memang stress sangat! Sampai terjadi kes keputihan yang mencurigakan! Brown dowh!!! Aduyai.. Ke Klinik Alam Medic sajolah malam tu. Takut ada infection. Boleh bahayakan baby..
19.04.2012 (Khamis), tanpa perancangan teliti, dek kehujanan yang maha lebat and macam non stop, Mommy ubah arah kereta menghala ke Klinik Desa Hulu Klang. Nak buka buku merah. Yes, alone. Sebab x rancang kan? Hehehehe.. Ingatkan kejap. Rupanya lama jugak. Setengah hari gak la.. Nasib opis accept as MC 1/2 day. Ngeh Ngeh.. Ambil darah, test HIV, belajar tentang penyusuan ibu, cek segala tekanan, urine, etc.Oh ya.. Juga test kot2 ada kanser payudara. Hehehe.. Semua nih 1st pengalaman sebab sebelum nih, masa HD, buat kat swasta je smua. So, opkos xde segala benda nih. Hehehehe..
20.04.2012 (Jumaat), Mommy pegi Klinik Kita utk kes keputihan yang turn to yellowish plak today. Haishh.. Bila stress, macam2 la mai. Menakutkan jer. Hmm.. Doc ckp xde ubat melainkan makan antibiotik. Bukan setakat Mommy kena makan, Daddy pn kena. Hehehehe.. Untuk perlindungan bersama. Kalau teruk, Mommy mungkin kena inject. So far, xde pa pe dah [takut ler tu].
23.04.2012 (Isnin), kes dibawa ke KK AU2 sebab doc nak scan. Ye la, sape suh Mommy lupa tarikh last period. So, pegi la today. Lama gak. Kata temujanji kul 2. Tapi 3 lebih baru leh jumpa. Mak aih.. Lama btul. Before jumpa doc, kena check urine, tinggi [161cm] & berat [41kg], tekanan darah [normal] & barulah scan masa jumpa doc. Next appointment utk scan sahaja ialah on 08.05.2012.
30.04.2012 (Isnin), buat pertama kali Mommy rasa loya2. Mungkin sebab Mommy x sarapan n tetiba Mommy p makan obimin & vitamin tambah darah. Haish.. Duduk x kena, berdiri x kena, baring kat surau pn xkena. Ermmm.. Mintak MC la.. Turun je bawah, terus UWEKKK! Tahniah.. Depan CLJ area parking. Gagagaga. Lantak ler. Bukan sengaja. Amek ubat & balik rest terus. Dah la hari nih merupakan hari pertama HD kt nursery baru.. Meraung nak gile pagi tadi.. Punya takut..
04.05.2012 (Jumaat), muntah buat kali ke 2. Kes sama. Lepas makan ubat. But, sarapan dah pon. Why loya jugak???? Uwekkk kt toilet this time!
08.05.2012 (Selasa), tiba masa untuk 2nd appointment di KK AU2 dengan doc. Memang cepat this time. Scan saje. Pastu dah dapat next date untuk scan. Haish.. Apa susah sangat la nak tengok date betul2 nih [ketuk kepala sendiri, sapa suh lupa last date period!]. But this time, Daddy cakap dia nak ikut. Dia kesian kt Mommy & x bes kalau x boleh ikut. Mommy ckp, kalau pegi pn, bukan cm private clinic. X le masuk pn.. Daddy kata nak jugak. Hehehe. Terharu sebenarnya.. Tq Daddy. Ye la.. Kalau private, memang pegi ngan Daddy. Kalau kerajaan nih, rasa mcm kesian nak suh dia ikut. Dah la dia tu maha bz.. Heeeee
Maka, keputusannya..
cantik date & age kandungan nih. 8.5. hehehehe
Hehehe.. Nape Mommy rasa macam sket sangat je bilangan minggu nih. Sebab tu la doc suh dtg scan again on 17.07.2012 utk 3rd appointment. Tapi, 17.05.2012 nih harus pergi ke KK HK utk amek result darah. Persoalannya, perlukah Mommy teruskan checkup di KK atau pegi je private as KK agak slow & kacau time keje. Ermm.. Apapn, tunggu selepas result darah kua nanti.. Oh ya.. Doc target, due date is on 13.12.2012. Kalau betul pn, mintak2 la 12.12.2012. Hehehehehe
Oh ya.. Hari nih baru berani khabar2kan di FB & mendapat respon yang sungguh pantas. Segala ucapan & doa anda sangatlah berharga. Terima kasih..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!