Untuk penutup 2018, dah ada tempat untuk bawa keluarga bercuti? Tambahan pula cuti sekolah dah nak mula ni.. Mommy sarankan untuk anda semua bawa keluarga ke i-City dan menginap di Best Western i-City..
Semalam, 17 Nov 2018, Mommy berpeluang bawa anak-anak ke i-City dan memilih Best Western untuk penginapan kami sekeluarga. Haa rezeki lepas Mommy baru sahaja balik dari Jepun ni. Cover balik untuk family. Ok la kan? 2 hari 1 malam di sini..
PENGALAMAN MENGINAP DI BEST WESTERN i-CITY
First Impression
Once masuk di lobi, perkara pertama yang Hannah tegur adalah bau wangi. Sofa dan meja kecil disediakan untuk tetamu menunggu di sini. Lepak waktu malam pun best di sini. Sembang-sembang sambil minum kopi. Itu yang Mommy fikirkan ketika sampai. Wifi pun percuma di lobi tau!
Dihiasi ikan laga di sudut tepi lobi, rupanya ikan ini boleh disewa RM5 untuk 1 malam andai korang perlukan teman. Mana tahu, anak-anak yang teringin nak ‘bela’ ikan walau hanya cuma 1 malam, boleh la sewa sekejap. Staff akan berikan makanan untuk ikan tersebut setiap jam 6 petang.
Comel-comel ikan laga ni. Kalau anak Mommy masing-masing behave, Mommy nak je angkut naik atas. Hehehe.. Boleh teman tidur ye tak?
Kelengkapan bilik
Bilik yang Mommy dapat ini adalah jenis Deluxe (Katil King & Twin – connecting room). Kena tambah duit sikitlah daripada pakej RM180 tu.. Sebab pakej RM180 tu untuk Superior Room. Haaa. Mommy bagitau awal-awal ni.. Nak tahu pakej RM180 tu apa.. teruskan membaca yer..
Mommy request connecting room dengan anak-anak pula.. Cun betul bilik Deluxe ni..
Antara kemudahan dalam bilik antaranya adalah :
- WiFi Percuma
Yes, korang boleh minta dari receptionist password untuk bilik korang. Kalau kat lobi, memang boleh terus connect jer. Berbeza dengan bilik tau..
- Meja Kerja
Best untuk Mommy yang kaki makeup lah kan. Cermin besar betul.
Boleh makeup, dan dalam masa yang sama boleh update blog di meja ini kan?
- Armchair / Sofa
Sofa disediakan untuk bilik Deluxe dan Suite sahaja.. Seperti bilik Mommy inilah.. Deluxe Room.
- Flat-screen cable TV, Cable & Pay per view TV channels
Yang uniknya mengenai TV Channel mereka, ada siaran filem berbayar tau. Alang-alang tak boleh tidur malam ke, boleh la bayar dan tonton.
- Alarm clock & Wake up calls
Kalau korang nak tahu, setiap bilik disediakan alarm clock tau. Haaa.. Ada tu disediakan di tepi katil. Tak terjaga dari tidur tu, bukan salah jam tau. Tapi salah tilam dan bantal mereka yang empuk kot! Mommy pun liat nak bangun. Hahaha..
![STAY AND SPLASH @ BEST WESTERN i-CITY SHAH ALAM - RANCANG CUTI SEKOLAH 2018 (47)](https://i0.wp.com/shehanzstudio.com/wp-content/uploads/2018/11/STAY-AND-SPLASH-%40-BEST-WESTERN-i-CITY-SHAH-ALAM-RANCANG-CUTI-SEKOLAH-2018-47.jpg?resize=640%2C542&ssl=1)
Perkhidmatan wake up calls pun ada.. Request sahaja..
- In room safe (Safety box)
Kalau tak yakin nak tinggalkan barang berharga dalam bilik, jangan risau.. Safety box ada je dalam almari pakaian. Korang sendiri boleh set password. Ada manual disediakan.
- Peti sejuk mini dan air mineral percuma
- Tea & coffee making facilities
- Hairdryer
- Bathroom amenities
![STAY AND SPLASH @ BEST WESTERN i-CITY SHAH ALAM - RANCANG CUTI SEKOLAH 2018 (51)](https://i0.wp.com/shehanzstudio.com/wp-content/uploads/2018/11/STAY-AND-SPLASH-%40-BEST-WESTERN-i-CITY-SHAH-ALAM-RANCANG-CUTI-SEKOLAH-2018-19.jpg?resize=640%2C640&ssl=1)
Part di atas memang normal la kan? Tapi beza tau dengan Suite, di mana, mini kitchen disediakan di bilik tersebut. Nah.. Mommy tunjuk sikit Suite yang berada di tingkat 8 ini.. Setiap level ada Suite, dan harganya memang totally berbeza lah. Cantik gilerrr wooo…
- Baby cot (upon request)
- Extra bed (upon request, charges apply)
- Adjoining rooms (upon request)
- Iron & ironing board (upon request)
- Prayer mat (upon request)
Semua yang di atas, korang boleh call jer Receptionist. Memang laju je mereka hantar nanti.
Bilik meeting turut disediakan atas permintaan.
Dan di hotel ini turut sediakan gym tau. Besar pula tu.. Semuanya di aras 5.
TIPS MENARIK
Mommy diberi bilik yang view agak awesome waktu malam. Deluxe kan.. Tips yang Mommy boleh beri, korang try la request bilik Mommy. Tingkat 18, bilik 10 dan 11. Hehe.. Memang view lawa sangat!
Ini waktu siang..
Ini pula waktu malam..
Lawa kan? Haaa.. Ini waktu senja sebenarnya. Tengah malam, Mommy terlupa nak snap. Asyik sangat menikmati kecantikan dengan mata ini. Korang nak tahu, kena datang tengok sendiri. Wokey?
STAY AND SPLASH @ BEST WESTERN i-CITY SHAH ALAM
Untuk pengetahuan korang.. mulai 24 November ini, ada tawaran menarik di Best Western i-City. Keseronokan Stay and Splash yang ditawarkan oleh Best Western i-City pasti buat korang teruja sama seperti Mommy semalam..
Pakej yang didatangkan dengan harga dari RM180, adalah termasuk penginapan 2 hari 1 malam di Superior Room Best Western i-City, sarapan untuk 2 orang dan Water World Admission untuk 2 orang (dewasa). Water World ini dekat jer tau.. Jalan 5 minit dah sampai..
Anak-anak memang enjoy habis la di Water World ini. Ini yang untung. Sambil menginap di Best Western i-City, lepas tu boleh enjoy puas-puas dalam i-City. Tak perlu fikir parking atau kesesakan jalan. Penat main, boleh balik hotel yang dalam i-City tu juga..
Memandangkan pakej ini termasuk tiket masuk Water World untuk 2 orang (dewasa) sahaja, korang perlu tambah tiket untuk anak-anak ya. Tak mahal pun. Cuma RM20 sahaja seorang. Mandilah sampai lebam..
Makanan, Minuman, semuanya ‘cashless’. Korang cuma perlu ada i-Card yang sudah diisi amaun yang kita perlukan.
Dan yang bestnya kat sini, float tak perlu bayar sewa ok. Free je. Ambil lah dari tempat yang kita nak guna tu. Memang ada sentiasa. Kecuali kalau ramai sangat. Haaaa.. Cepat la habis nanti.
Port paling best untuk enjoy keriangan di Water World ini sudah tentulah Tornedo ini! Naik dan jerit la puas-puas.
Loker turut disediakan untuk keperluan pengunjung. Murah je kos sewa loker pun..
Mandi buih jap..
AKTIVITI MALAM
Waktu malam, boleh pusing sekitar i-City Theme Park dan explore City of Digital Lights dan pelbagai permainan turut disediakan di situ tau. Sambil menikmati lampu-lampu yang indah, Mommy yakin pilihan korang untuk datang ke sini adalah sangat berbaloi!
SUPERIOR ROOM UNTUK PAKEJ BERMULA DARI RM180
Oh ya.. untuk pakej bermula RM180 ini, bilik yang ditawarkan adalah Superior Room (King Bed & Twin Bed). Selesa juga bilik ini pun.
Don’t worry, korang takkan stay bilik lama-lama punya.. Mesti anak-anak ajak keluar sebab di luar sana banyak sangat aktiviti boleh dibuat. Kan?
Tapi, berbaloi duduk sini sebab selain banyak hiburan di taman tema, korang dah tak perlu fikir bab makan serta parking kan? Haaa.. berbaloi tu!
SARAPAN
Sarapan termasuk dalam pakej yang ditawarkan. Dan Mommy, jujur cakap, jatuh cinta dengan Best Western i-City ini sejak Mommy pernah datang untuk Juadah Berbuka Puasa di sini. Makanan mereka tidak pernah menghampakan. Dah la banyak pilihan.. Rambang mata jadinya! Hahaha.
![STAY AND SPLASH @ BEST WESTERN i-CITY SHAH ALAM - RANCANG CUTI SEKOLAH 2018 (5)](https://i0.wp.com/shehanzstudio.com/wp-content/uploads/2018/11/STAY-AND-SPLASH-%40-BEST-WESTERN-i-CITY-SHAH-ALAM-RANCANG-CUTI-SEKOLAH-2018-8.jpg?resize=640%2C640&ssl=1)
Korang juga boleh menikmati view sekitar i-City dari laman luar The View Cafe yang terletak di tingkat 5 ini.
SUNDAY HI-TEA
Jika korang datang ke sini, The View Cafe Best Western i-City ada menawarkan Sunday Hi-Tea dengan harga yang menarik. Cuma RM42 untuk dewasa dan potongan 50% untuk kanak-kanak dan warga emas.
Pilihan makanan yang pelbagai, di samping aktiviti dan hadiah menarik turut disediakan. Pilihan lauk yang boleh buat kita rambang mata. Makan jangan tak makan.
Kuih muih tradisional pun ada.. Mee kari pun sedap!
Mommy recommend korang try nasi ayam. Sedap giler!! Bertambah Mommy makan!
Tengok lah Mommy ni ha.. Dah kalah anak-anak dah. Siap melepak di sudut mewarna untuk anak-anak, Mommy pula yang lebih. Haha. Pantang nampak warna, memang Mommy leka sikit. Terbiasa dengan anak-anak di rumah kot. Itu yang jadi teruja lebih. Maafkan Mommy. Haha..
JOM MASUK SNOWALK!
Sebelum pulang, Mommy dan keluarga buat keputusan untuk masuk Snowalk. Mommy kurang yakin pada mulanya sebab tiada persediaan dibuat untuk masuk ke kawasan ‘beriklim sejuk’ ni. Hannah dari awal dah minta Gloves.
Ternyata.. Mommy menyesal tak beli, walhal cuma RM10 jer sepasang. Hahahah. Sejuk giler! Nak cepat-cepat keluar je tau.. Be prepared! Bayi below 1 tahun tu, tak perlulah masuk yer.. Sejuk! Unless korang ready pakaian yang proper..
Best! Impian Mommy tercapai nak bawa mereka rasa musim salju. Walaupun masih di Malaysia. Hehe.. Ok la tu. Belajar untuk tahu kesejukan Musim Sejuk kan? Haaa gigil masing-masing..
Cool je Ariq dengan tangan masuk poket. Hahahah..
Mommy dah acah-acah rileks walhal nak cakap pun dah malas. Sejuk pipi. Hahahhaa..
Memang sekejap la masuknya bila dah tak tahan. Rugi tau. Jadi, bersedialah yer.. Hehe.. Korang nak tengok apa yang Hannah & Ariq buat dalam SnoWalk tu, korang boleh ikuti aktiviti #ybtravelogue di Instagram Mommy.. (@myapilot)
Harga berbeza mengikut masa yer. Untuk sebelum jam 6 petang, harga tiket SnoWalk adalah RM25 dewasa, RM20 kanak-kanak. Selepas jam 6 petang, RM35 dewasa, RM30 kanak-kanak. My advise, bawa sarung tangan & hand warmer. Hehehe
JOM BOOKING SEKARANG
Apa tunggu lagi. Lebih baik korang dah mula booking sebab Pakej STAY AND SPLASH @ BEST WESTERN i-CITY SHAH ALAM akan bermula 24 November nanti. Harga yang Mommy paparkan di atas adalah yang terkini ya..
Korang juga boleh ikuti mereka di laman web tertera di bawah :
- Facebook : @bwicity
- Instagram : @bwicity
- Lama web : www.bestwestern-icity.my
- Atau hubungi mereka di 03-5521 9000 / email enquiry@bestwestern-icity.my untuk tempahan
- Alamat : Best Western i-City Shah Alam, A-GF-01, No. 6 Persiaran Multimedia, Section 7, Shah Alam, 40000, Malaysia
- Tips : Masuk Gate B, terus ke parking bawah hotel.
Overall, Mommy puas hati sangat dengan short trip ini. Harap dapat jejak lagi di sini nanti. Jom cuti!!
Enjoy sungguh! Macam pi holiday jauh ja kan, padahal kat shah alam ja hehe
Memang berbaloi sangat pakej ni, rugi kalau tak tempah.
Pemandangan cntik…
murah sangat sekli tido hotel denganmasuk waterpark..boleh la dtg sini
ha cpt sblm akhir tahun..