Fri. Jan 17th, 2025

SOFT PINK MAKEUP TUTORIAL WITH ALTHEA MAKEUP BOX

SOFT PINK MAKEUP TUTORIAL WITH ALTHEA MAKEUP BOX (2)

Bagi mereka yang pernah tonton video 1st Makeup Tutorial Mommy menggunakan produk dalam #AltheaMakeup box kali ini, Mommy ucapkan ribuan terima kasih.

Sebenarnya ada 2 versi video makeup tutorial tersebut. Di Facebook lebih panjang tempohnya. Di Instagram, korang pun faham kan? Kena short and sweet gitu. Dan pertama kali juga Mommy post kat IGTV tau..

Sebelum ini Mommy ada kongsi video unboxing Althea Makeup Box ini.

INSIDE ALTHEA MAKEUP BOX

Super duper excited dengan Althea Pink Box kali ini.. Dalamnya ada #AltheaMakeUp yang awesome!! Seriously awesome coz sangat banyak!!!

Tahniah juga buat Althea kerana ini telah menghasilkan Makeup Collection di bawah jenama Althea sendiri. Well done. Yeayy!!

Althea Korea berikan Mommy kejutan dengan produk-produk seperti di bawah iaitu :

1) EYE PALETTE SUNRISE & MOONRISE BCL X ALTHEA @bclsinclair

Pembayang mata pertama Althea, yang dibuat dengan kerjasama Bunga Citra Lestari, penyanyi dan pelawak Indonesia iaitu Eye Pallete Sunrise & Moonrise ini pastinya akan menyerikan wajah korang.

Dikenali oleh peminatnya sebagai BCL, dia juga ikon kecantikan dan fesyen yang memancarkan gaya, kecantikan dan kewanitaan. 

Eye Pallete ini didatangkan dalam 8 warna yang boleh dipakai siang dan malam. Satu campuran glitter, shimmers dan matte yang mudah dicampur.

Komen Mommy : Pigmented! Walaupun cuma sekali apply, dah cantik kat mata.. Suka!! Untuk warna yang mempunyai glitter pula, tidak mudah lerai atau jatuh bila diletakkan di kelopak mata.

Harga : RM140 sahaja.. Berbaloi.. Trust me!

2) WATERCOLOR CREAM TINT

Didatangkan dengan 4 kod warna yang berbeza iaitu Plum Cream, Strawberry Cream, Peach Cream dan Marron Cream, ini merupakan kali pertama Mommy memiliki Cream Tint selain lipstik dan lipmatte biasa.

Squalene dan Hyaluronic Acid merupakan 2 kandungan utama bagi Watercolor Cream Tint ini yang membantu meningkatkan kelembapan bibir dan kulit.

Cara menggunakannya pun mudah. Cuma sapukan ke bibir menggunakan applicator yang disediakan dan ratakan ke bibir. Mommy hanya calit sedikit dan ratakan menggunakan jari. Ia sesuai dengan semua jenis kulit.

Komen Mommy : Warna yang terang dan paling best ia tahan lama. Yes! I like!! Wangi. Sangat ringan di bibir. Sedap macam buah. Hahaha. Pigmented juga tauu.. Tak perlu apply banyak andai tidak suka terlalu terang.

Cuma, tidak terlalu mudah untuk dicuci. Mommy masih perlukan lip makeup remover untuk pastikan bibir Mommy betul-betul bersih. Kesan selepas seharian memakai, bibir Mommy tidak kering.

Harga : RM20 each. Auch.. Tak sangka langsung harga nih!

3) FLAWLESS CREAMY CONCEALER

Biasanya Mommy hanya gunakan concealer untuk ‘sembunyikan’ lebam di bawah mata dan untuk tujuan merapikan kening.

Namun, koleksi makeup Althea menyediakan 4 kod pilihan iaitu #01 Vanilla, #02 Ginger, #03 Honey dan #04 Mocha dan boleh digunakan untuk pelbagai fungsi lain seperti contouring dan juga highlighting. Wahhh..

Mommy tunjukkan warna sebenar untuk keempat-empat kod ini.. Korang boleh pilih mengikut kulit korang.

Mengandungi Aquaxyl untuk mengekalkan kelembapan kulit dan menghalang dehidrasi. Cara menggunakannya pun mudah.

Komen Mommy : Ia tidak terlalu pekat, tidak juga terlalu likat. Just nice dan smooth bila menggunakannya. Paling penting, tidak susah untuk blend tau.. Serius! Berjaya sembunyikan ‘lebam’ bawah mata, sembunyikan parut jerawat dan tidak ‘cakey’!

Harga : RM15 each. Murah kan??? Can conceal & correct at the same time pula tu!

4) SPOTLIGHT EYE GLITTER

Spotlight Eye Glitter merupakan item baru dalam koleksi Mommy. Ada 2 kod iaitu Gold Light dan Pink Light. Ia boleh digunakan sebagai eyeshadow dan juga sebagai eyeliner dengan kesan glitter.

Komen Mommy : Nampak glitter kat mata Mommy tu? Mommy gunakan sebagai eyeshadow di inner corner mata Mommy. Mudah apply dan blend.

Korang boleh tengok tutorial yang Mommy buat untuk cara menggunakannya. Cuma dab dab sahaja..

Harga : RM24 each. Still mampu milik berbanding harga di luar. Owh.. Jimat poket i..

5) SKIN RELIEF SPOT FILM GEL

Seperti yang korang sendiri baca.. yes.. it is Skin Relief! Sebenarnya Mommy happy bila produk ini turut ada di dalam Makeup Box ini. Jerawat sesat pasti tidak gembira! Hahaha..

Mengandungi 3 elemen utama iaitu Tea Tree Oil yang mempunyai ciri-ciri antibakteria untuk merawat tempat jerawat, Centella Asiatica Extract yang melegakan kemerahan di kulit dan Pine Leaf Extract yang kaya dengan antioksidan untuk memperbaiki dan mengurangkan kerengsaan.

Komen Mommy : Mommy masih dalam tempoh merawat 1 biji jerawat sesat sekarang menggunakan produk ini. Boleh juga digunakan sebelum mekap. Jadi, sambil cantik, sambil bertindak merawat kulit Mommy.

Harga : RM19 sahajaaaa..

SOFT PINK MAKEUP TUTORIAL

Mommy kongsikan langkah demi langkah untuk tutorial makeup ini..

Saya mulakan dengan prepping my face sebelum mekap.. Mommy gunakan Pelembap (Althea Fixer Cream) & Sunscreen (Althea Petal Velvet Sunaway) seperti biasa. Mommy skip primer in the video sebab terlupa rakam part tu. Hahaha. Kemudian Mommy kemaskan kening.

Mommy gunakan Althea Skin Relief Spot Film Gel untuk jerawat pasir (atau sesat) di kawasan tertentu di muka. Dot sikit jer..

Mommy gunakan Althea Flawless Creamy Concealer code #03 Honey yang sesuai dengan skin tone, calit di kawasan bawah mata, dagu, dahi dan sedikit di hidung kemudian dab dengan beauty blender. Mommy turut conceal kening menggunakan concealer yang sama. Kemudian, boleh apply foundation kalau nak. Blend secantiknya.

Mommy gunakan Althea Petal Velvet Powder untuk kekalkan mekap dalam tempoh selama mungkin.

Part paling best adalah menggunakan #BCLXAltheaKorea Eye Pallete Sunrise & Moonrise, collaboration antara Bunga Cinta Lestari × Althea yang super pigmented ini! Serius semua warna sangat cantik!

Mommy gunakan 2 codes Althea Spotlight Eye Glitter untuk menyerlahkan lagi kawasan mata.

Last but not least, 4 shades of Althea Watercolor Cream Tint yang serius sedap macam buah. Tak keringkan bibir langsung. Nice shades! Pilih jer mana yang nak.. Asalkan sesuai.. Boleh digunakan sebagai eyeshadow base, blusher & untuk bibir pastinya..

Available at Althea website : https://my.althea.kr

Ikuti Facebook Althea Malaysia dan Instagram AltheaKorea untuk lihat produk-produk lain juga. Tahniah sekali lagi buat Althea.


By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

17 thoughts on “SOFT PINK MAKEUP TUTORIAL WITH ALTHEA MAKEUP BOX”
  1. suka beli barang kbeauty kat sini.Harga mampu milik.Yang penting ia diterbangkan khas dari korea! Cantik pulak koleksi mekap awak.Semua kaler ada yea,memang meriah lah koleksi mekap awak she.Ermmm,glitter tu jer takde lagi dalam koleksi Ina.Nak pergi cari juga lah nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!