Sekali sakit, lama betul ambil masa nak sembuh. Itu kalau Mommy terkena batuk atau selsema. Tensen betul. Minyak Kelapa Dara yang Mommy selalu amalkan dah lama habis. Nak beli, asyik terlupa jer. Bila dah lupa, memang cepat betul la jatuh sakit.
Kemuncak sakit 2 hari lepas, buat Mommy insaf sangat-sangat. Masa tu, Mommy fikir, kalau Mommy ni betul-betul derita sebab kanser ke, pasti lagi seksa sebab macam ni pun Mommy dah tak tahan. Allahu. Kuatkanlah pesakit Kanser di luar sana.
SAKIT TEKAK SEBAB MSG YANG OVER LIMIT!
Dari siang tu lagi, Mommy dah mula sakit tekak dan selesema secara tiba-tiba. Mommy dah yakin dah. Ini memang penangan sos takoyaki yang Mommy makan malam tu. Tekak ni memang cepat detect kalau berlebihan MSG nya. Haishhh.
Ye.. makanan luar mostly ada MSG. Mommy boleh tolerate kalau tak over. Tapi kalau sampai begini, memang Mommy surrender. Over MSG buat Mommy lemau!! Rumah Mommy memang takde MSG.. Itu yang kadang-kadang kalau jenis sup-sup ni, Mommy fobia sikit. Hmmmm..
Minum air banyak pun tak jalan kalau macam ini punya sakit.
3 JAM MACAM NAK MATI JER..
3 jam yang penuh derita. Masa tu Mommy syukur juga sebab Hannah Damia dah tidur. Ariq Emir pun tak cranky sangat. Mommy dah tak keruan. Duduk tak kena. Nafas tak puas. Sedut udara pun sakit. Nak hembus hingus pun sakit. Siap berdarah lagi. Kepala mencengkam, rasa macam nak ketuk di dinding.
Mana pergi husband? Kebetulan malam ni dia memang ada hal di luar. Mommy sebolehnya memang tak nak la kacau plan dia. Sebab Mommy pun tak suka kalau Mommy ada urusan luar, tetapi diganggu.
Mommy cari semua ubat tak jumpa. Yang jumpa cuma ubat untuk selesema. Mana pergi ponstant? Mana pergi minyak cap kapak? Mana pergi Peppermint Mommy? Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa…
Sakit kepala dah tangkap urat bahagian rahang. Bayangkan kalau semua gigi kau pun sakit. Mommy mampu pegang rahang dan tahan sekuat mungkin untuk elak lebih sakit. Tak dapat nak cerita sakit tu macam mana.
Syukur Daddy dapat rasa yang Mommy mungkin betul-betul sakit dari mesej last Mommy bagi. Kalut-kalut dia balik. Line tak ada masa dia di luar. Dia call pun masa dah otw balik. Sorry dy. But, TQ sebab balik awal.
Gigihnya Daddy cari ubat. Boleh pula jumpa semua ubat. Akhirnya Peppermint #younglivingessentialoils ini pun dah jumpa juga. Ada je tangan suka kacau barang Mommy tauuu. Haishhhh.
Drop setitik, sedut dalam-dalam. Sampai ke kepala. Baru dapat rentak bernafas, baru dapat relax kepala. Tak lama lepas tu.. muntah semuanya. Baru dapat tidur.
Nasihat Mommy.. korang kena ada juga Peppermint ni dekat rumah korang. Wajib.
Oh ya.. Mommy memang guna ni masa hiking. Baru dapat rentak bernafas tu. Kalau time semput sangat-sangat. Juga sangat sesuai untuk orang yang selalu migrain juga.
APA LAGI KELEBIHAN PEPPERMINT YOUNG LIVING ESSENTIAL OIL?
PEPPERMINT ESSENTIAL OIL By Young Living – MULTIPURPOSE EO for Me!!
Kenapa?
1. Sebagai Natural Painkiller – Kalau ada sakit-sakit otot, migrain, sapu je. Cepat je hilang.
2. Sedutan membawa Bahagia – Kalau sinus teruk, selsema, eo ini paling berjasa tau. Sedut je. Memang ok sangat lah. So yang asma, flu, selsema, batuk teruk dan bronchitis, eo ini wajib ada.
3. Penyegar segar bugar – Kadang2 mengantuk, nah.. eo ini kompem buat anda segar dan fokus. Memang menjadi!!
4. Penurun suhu demam – Kalau anak2 demam, eo ini membantu turunkan suhu demam. Dilute dengan minyak kelapa dara (VCO), then sapu je kat leher dan tapak kaki. Tak perlu ubat demam. Inshaa Allah. Cubalah.
5. Pelbagai cara guna – Boleh disedut, letak dalam diffuser di rumah dan bilik, letak dalam orb diffuser di dalam kereta atau gunakan roller untuk kegunaan segera. Senang ada eo.
6. Penyembuh sakit kepala – Ini memang cepat sangat kesannya. Sapu di leher dan kepala. Sedut pun nanti eo tu akan meresap ke bahagian yg kita sakit.
7. Kolik (colic) – Jangan tak tahu.. eo ini juga boleh digunakan untuk baby yang colic tau. Wajib dilute.
8. Masalah sunburn – Campur je dengan vco kemudian sapu di bahagian sunburn.
9. Asyik nak muntah – Inhale sahaja. Mesti perasaan nak uwek-uwek tu hilang segera.
10. Acid Reflux – Campur je 1 drop peppermint ke dalam air untuk atasi masalah heart burn dan acid reflux.
Tu antara 10 benefit yang Mommy pernah amal tau. Bau peppermint ni sangat sangat sangat best. Sebab tu Mommy sentiasa guna dan sekarang ni siap jual lagi. Boleh whatsapp Mommy terus untuk consult.
allahu, kalau teruk memnag perit..nasib ade eo tu
bagus guna essential oil..sebab banyak kelebihan bila mengunakannya