Thu. Feb 6th, 2025

TIPS MAKEUP CEPAT MAINTAIN CANTIK DENGAN SLAE COSMETICS

TIPS MAKEUP CEPAT MAINTAIN CANTIK DENGAN SLAE COSMETICS

SLAE COSMETICS – TIPS MAKEUP CEPAT MAINTAIN CANTIK!! | Kadang-kadang bila nak keluar tu, fikirkan kena makeup ni, memang rasa macam terbeban sekejap. Kena bersiap awal sejam biasanya untuk Mommy. Haaa.. termenunglah ahli keluarga kena tunggu Mommy bersiap.

Mommy sebolehnya nak juga calit makeup walaupun sedikit setiap kali keluar rumah. Jadi, ada ke cara nak makeup simple tetapi cepat dan maintain cantik?

Mommy dah jumpa penyelesaian. Serius mudah kerja Mommy lepas ni.

Tadaaaaaa.. SLAE COSMETICS!

SIMPLE MAKEUP TAK SAMPAI 10 MINIT!!

Mommy dah cuba rangkaian SLAE Cosmetics ini hampir seminggu, jadi apa yang Mommy boleh simpulkan, memang menjimatkan masa Mommy sangat-sangat! Masakan tidak, kalau sebelum ini hampir sejam Mommy makeup sahaja, kali ini tak sampai 10 minit.

Dah tengok tutorial makeup simple Mommy tu?

Ok Mommy share sini.

@myapilot_mya Tutorial makeup pantas dengan #slaecosmetics ♥️ Memang mudah sangat. Best tau coverage cushion foundation & powder SLAE ni. Paling suka mascara ❤️❤️ Boleh panjangkan bulu mata & mesra wudhuk 😘 #SLAECosmetics #SLAECosmetic #Unboxing #makeuptutorial ♬ original sound – YB

Senang je kan? Mommy hanya guna beberapa item sahaja, selesai!

PILIH PRODUK SESUAI DENGAN JENIS KULIT WAJAH

Nak pilih makeup bukan senang juga tau. Tak boleh main beli jer. Kena tahu produk tu sesuai untuk jenis kulit kita yang macam mana dan sejauh mana produk itu boleh menutupi masalah kulit kita. Kering, berminyak atau kombinasi, punya jerawat ke, ada dark circle ke atau tona tak sekata. Itu sangat penting ya bestie!!

Jadi, dalam banyak-banyak research Mommy, SLAE Cosmetics ini sesuai dengan semua jenis kulit dan boleh menutupi ‘flaw’ kulit Mommy. Dan satu lagi perkata penting, wajib prep muka terlebih dahulu untuk makeup yang tahan lama dan cantik.

Bare & Boujee Liquid Foundation

Macam mana nak selesaikan isu gelap bawah mata? Ya, sila guna concealer. Dalam tutorial makeup cepat di atas, sebagai langkah pertama, Mommy gunakan Bare & Boujee Liquid Foundation (Light Beige) sebagai pengganti concealer. Nak cepat kan?

TIPS MAKEUP CEPAT MAINTAIN CANTIK DENGAN SLAE COSMETICS

Nak gunakan sebagai foundation seperti biasa pun ok. Cuma code pilihan yang lebih cerah jadi pilihan Mommy untuk cover bahagian bawah mata yang lebam dan titik-titik hitam di muka (sebagai concealer).

Mudah apply dan berjaya cover bawah mata Mommy tanpa crack. Bagus. Bagus!

Rate Mommy : 5/5 bintang.

Bare & Boujee Cushion Foundation

Macam mana nak sekatakan tona kulit? Gunakan Bare & Boujee Cushion Foundation (Natural Beige) sebagai langkah kedua dalam makeup cara simple ini.

TIPS MAKEUP CEPAT MAINTAIN CANTIK DENGAN SLAE COSMETICS

Yang bestnya Cushion Foundation ini mempunyai coverage yang mantap, siap ada SPF50pa++. Serius ringan je di wajah, jadi tidak terasa seperti memakai makeup yang tebal.

Kandungannya pun bahan natural seperti daun pegaga. Memang selamat untuk kulit. Yang penting saiznya sesuai untuk dibawa ke mana-mana.

Rate Mommy : 5/5 bintang.

Bare & Boujee Compact Powder

Mommy gunakan Bare & Boujee Compact Powder (Natural Beige) sebagai makeup setting untuk efek matte. Ini sebagai langkah ketiga dan berjaga-jaga dari keadaan minyak yang tidak terkawal.

TIPS MAKEUP CEPAT MAINTAIN CANTIK DENGAN SLAE COSMETICS

Biasanya Mommy akan touch up terutamanya di bahagian T-Zone wajah yang selalu berminyak. Best juga sebab memang makeup jadi tahan lama.

Rate Mommy : 5/5 bintang.

Bare & Boujee 2 Way Cake

Bare & Boujee 2 Way Cake (Natural Beige) ini pula boleh digunakan 2 cara. Cara lembap dan kering. Memang wajah totally berubah once apply 2 Way Cake ini.

TIPS MAKEUP CEPAT MAINTAIN CANTIK DENGAN SLAE COSMETICS

Coverage yang mantap dan beri efek matte menjadikan kulit wajah jadi flawless dan cantik. Yang paling best bila bedak ini pun ada SPF30 untuk melindungi kulit dari sinaran UV. Sesuai untuk yang nak mekap lagi cepat dari memakai foundation biasa.

Rate Mommy : 5/5 bintang.

ELAK PUCAT DI WAJAH

Untuk langkah seterusnya, bagi mengelak wajah nampak pucat, blusher diperlukan dalam makeup simple ini. Memandangkan kita nak makeup yang jenis cepat dan jimat masa, Mommy gunakan Bloom This Way Powder Matte Lipstick (Sakura Blossom) sebagai pengganti blusher.

TIPS MAKEUP CEPAT MAINTAIN CANTIK DENGAN SLAE COSMETICS

Warna ni sangat cantik tau. Serius. Korang boleh tengok semula tutorial Mommy. Best kan boleh bertindak tiga dalam satu. Penyeri bibir, mata dan juga pipi.

Rate Mommy : 5/5 bintang.

JANGAN LUPA RIASAN DI MATA

Selain eyeliner dan eyeshadow, produk SLAE yang paling Mommy suka adalah maskara.

Feline Triple Threat Mascara

Maskara berfungsi untuk melebatkan dan melentikkan bulu mata, sekali gus membuatkan mata kelihatan lebih segar dan menyerlah. Ini yang best tentang Feline Triple Threat Mascara ini.

TIPS MAKEUP CEPAT MAINTAIN CANTIK DENGAN SLAE COSMETICS

Feline Triple Threat Mascara mempunyai teknologi melebatkan dan memanjangkan bulu mata, jadi tak hairanlah ia menjadi all time favourite dan hot selling.

Yang paling menarik lagi adalah maskara ini mesra wudhu dan tak comot jika terkena air. Manalah tahu tetiba menangis ke? Hehe. Dan untuk bulu mata bahagian bawah pun senang nak apply jika gunakan maskara ini.

Rate Mommy : 10/10 bintang boleh tak? Sebab suka! Setanding maskara mahal.

KEMASAN TERAKHIR DENGAN LIPSTICK SLAE COSMETICS

Dan untuk langkah terakhir bagi tips makeup cepat ini, semestinya dengan lipstick. Mommy gunakan Summerkiss Liquid Lipmatte (Tropical Pink) sebagai penyeri wajah.

TIPS MAKEUP CEPAT MAINTAIN CANTIK DENGAN SLAE COSMETICS

Cantik dan lembut warnanya. Tidak mengeringkan bibir dan yang pasti tidak melekat di mask. Bagi yang mempunyai masalah bibir kering, nasihat Mommy, rajin-rajinlah scrub juga ya. Lipmatte ini boleh cover juga bibir yang gelap.

Rate Mommy : 5/5 bintang.

PROMOSI SLAE COSMETICS

Kelebihan SLAE Cosmetics, sebuah jenama kosmetik tempatan bukan sahaja berkualiti tinggi malah harganya sangat mampu milik. Kelebihan lain adalah ianya natural, mesra wudhu, tiada paraben dan alkohol, high coverage dan tahan sepanjang hari.

Untuk maklumat lain atau pembelian, korang boleh lawati laman di bawah. Jangan lupa guna kod kupon untuk tawaran diskaun menarik.

  • [Coupon Code for 10% OFF : Shehan]
  • [First Time Purchase, will get extra 15%!]
  • [Coupon Code for 10% OFF :  SLAEShe)
  • Instagram
  • 📲 https://www.instagram.com/slae_hq/ (Boleh redeem Free Mascara, follow sekarang!)
  • Facebook
  • 📲 https://www.facebook.com/slae.hq

Berminat untuk tahu jenis code produk mana yang sesuai untuk kulit korang, boleh je whatsapp SLAE’s BEAUTY CONSULTANT : http://wasap.my/60192225712/SLAECosmetics

#SLAECosmetics #SLAECosmetic

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!