Mommy sebenarnya tak minat segala jenis filem atau drama zombie tau. Serius. Selalunya cliche sangat cerita nya. Jalan seret, slow2 pastu muka buruk. Hahaha. Yang boleh gagah layan, Zombie Kampung Pisang. Itu pun sebab tahu kelakar.. Hee.. Sehinggalah Mommy tonton dan dengan rajinnya hari tu buat review filem Train to Busan. Korang wajib baca tau entri tu..
Tergerak hati nak kenal siapa pelakon2 hebat tu. Well.. Hero tu je yang Mommy selalu tengok. Tapi, ada 3 watak lain yang Mommy nak kenal sangat iaitu Pakcik Tua jahat gila tu (power la dia berlakon kan.. semua orang meluat kat dia), Adik comel macam muka anak kezen Mommy (anak hero), then Abam chubby macho comel gagah power teruk tu. Hahaha. Siapa mereka ini? Lakonan mantap betul. Oh ya.. Yang pemain kriket tu Mommy kenal sebab pernah masuk dalam Running Man. Kalau tak salah la. Ala.. muka orang Korea ni kadang2 naik confuse. Macam lebih kurang je semua. Haha. Itu pun orang Malaysia nak tiru. Nak comel macam dorang lettew.. Hehe
PELAKON TRAIN TO BUSAN
Fund manager yang selfish! Selfish sokmo but finally insaf juga dia. Tak tahan Mommy tengok part last tu. Huwaaaa.. Mommy murung fasa 5.
Walau tak banyak sangat dialog dia, but still.. tangisan Kim Soo-Ahn berjaya buat Mommy nak meraung sekali. Mommy Murung fasa 4.
Walaupun mengandung, dan saiz perut berubah2 kadangkala (hehe..nak tergelak sat), tapi lakonan powerful ok! Untuk pengetahuan korang, wanita mengandung kalau dalam keadaan kecemasan macam mana sekalipun, dia punya kekuatan tu tak boleh nak digambarkan. Ibu kan! Memang kuat! So, tak mustahil kalau kisah benar sekalipun, wanita mengandung boleh lari macam dia dengan penuh kelajuan untuk capai tren terakhir tu.
Oh i love this guy so bad! Why? Rasa terlindung giler kalau berada di bawah kawalannya. Terus iols peluk my hubby yang tough tu. Eh. Lakonan bersahaja, badan tegap dan sangat kuat, buat semua orang kagum kat dia, tak kira lelaki atau perempuan. Betul tak? Tapi, perasaan itu tak lama. Kecewa gila bila dia dah kena gigit. Habis. Punah harapan. Mampukah mereka yang lain selamat. Mommy murung fasa 3. Abam chubby ni dah banyak filem dia berlakon rupanya. Nanti nak cari lah..
Gadis terjangkit ni sebenarnya pelakon hebat kat Korea tau korang! Lawa pulak tu. No wonder lakonan dia, sampai siap tergeliat2 leher pun nampak real. Kihkihkih..
Lost rasanya kalau berada kat tempat dia. Sanggup ke korang pukul kawan2 sendiri? Jadi hero dan abam chubby terpaksa ambil alih. Bijak Bijak. At least, dia tak berdosa. Eh. Haha
Kalau korang kat tempat dia, mesti buntu gila kan? Semua orang takmau support dia masa dekat2 akhir scene tu. Hish. Jahanam punya pakcik tua tu. Eh. Tak sampai lagi cerita pakcik tua tu. Kesian girl ni tau. Walaupun comel berskirt gitu, akhirnya jadi mangsa gak. Pakcik tua tu jugak la punya pasal! Grrrrr
Tudiaaaaaa. Pakcik tua yang berjaya buat semua orang jadi Zombie! Jahanam! Gila power kan dia? Sebab berjaya bagi 1 dunia geram kat dia. Sakit woo hati! Khianat, sikap pentingkan diri dan yang segala jahat la kat dia. Hish. Emos Mommy. Dia punya pasal la Hero & Abam chubby tu jadi Zombie juga! Grrrrrrrr. Apa pun.. mesti pakcik ni tengah gelak kan? Sebab orang geram kat dia. “Kahkah. Padan muka hangpa!”
Pelakon-pelakon lain
- Jung Suk-Yong – Jurutera Rail
- Ye Soo-Jung – In-Gil
- Park Myung-Shin – Jong-Gil
- Woo Do-Im – Min-Jin (KTX staff)
- Kim Yool-Ho – man in suit 2
- Kim Chang-Hwan – Assistant Manager Kim
- Lee Joo-Sil – Ibu Hero
- Kim Jae-Rok – Mr. Kim
- Choi Gwi-Hwa – homeless man
- Jung Young-Ki – Captain Min (voice)
- Yeon Sang-Ho – Control room (voice)
- Kim Geun-Young – Infectee
sumber Asian Wiki
Sekuel : Train to Busan 2
Dan sudah confirm akan ada Train to Busan 2. Wow. Apa agaknya yang berlaku ya? Gila tak sabar!! Ye lah.. Dah dapat agak sebab cerita hari tu macam tergantung. Dan belum sampai Busan sepenuhnya lagi kan?
Mungkinkah si ayah akan muncul kembali. Dan abam chubby macho pun? Arghhhh. Tak sabar!! Power Korea! Ini yang buat Mommy tak sabar nak jejak sana. Eh. #lol
Saya tak berapa kenal pelakon-pelakon Korea ni.. tapi cerita-cerita Korea saya layan jer..
kenal yang femes2 je. tapi kenal muka je selalunya. nama mmg tak hafal. haha
kenal muka je slalunya. nama mmg x hafal. hehe
Semua mcm pelakon baru je. Tapi kan, lakonan diorg memang mantap. Nangis part akhir. Hahaha
Sama la. Huhu. Sedih gila
best baca entry ni … ada emosi hahaha.. btw awat ss xde dlm bloglist ahaks
film yang bagus