Thu. Sep 19th, 2024

DUSUN DALAM BANDAR : DUSUN TAMAN WARISAN PERTANIAN PUTRAJAYA

DUSUN DALAM BANDAR - DUSUN TAMAN WARISAN PERTANIAN PUTRAJAYA (10)

Taman Warisan Pertanian Putrajaya, dusun dalam bandar atau yang dahulunya dikenali sebagai Medan Tani, sering dikunjungi Mommy kalau nak layan Satay Kajang & makanan di sini.. Ye lah.. dalam tu kan ada gerai-gerai macam Food Court. Di sini sebenarnya memang port makan terkenal di Putrajaya. Datang lah bila-bila masa pun, mesti penuh. Mommy sendiri suka datang waktu malam.

DUSUN DALAM BANDAR - DUSUN TAMAN WARISAN PERTANIAN PUTRAJAYA (10)

Dan kadang-kadang ada juga Fiesta Buah-buahan Tempatan.

DUSUN DALAM BANDAR - DUSUN TAMAN WARISAN PERTANIAN PUTRAJAYA (10)
awal pagi pun dah ada orang yang datang. kalau tengah hari dah mula penuh. malam lagi happening!

Dan di sini, ada satu lagi tarikan yang sepatutnya dari dulu lagi Mommy explore!

DUSUN DALAM BANDAR - DUSUN TAMAN WARISAN PERTANIAN PUTRAJAYA (10)

DUSUN TAMAN WARISAN PERTANIAN PUTRAJAYA

Yup. Di Taman Warisan Pertanian Putrajaya ini ada Dusun!! Dusun dalam bandar, uols!! Mommy & team #kembaraKBBA9 berpeluang menjejakkan kaki ke sini semalam (28 Okt 2017), dalam kunjungan kami ke FAM Trip.

Mudah je nak datang sini tau. Waze aje Taman Warisan Pertanian Putrajaya, pasti sampai. Terletak di Presint 16, Dusun ini betul-betul Dusun dalam Bandar!! Oh.. ini ‘harta karun’ tak ternilai buat negara sebenarnya!

Kalau korang nak datang ke sini, inilah pintu utamanya.

TOUR DUSUN

#KBBA9 dibawa masuk ke dusun menaiki buggy. Setiap buggy memuatkan lebih kurang 10 orang (termasuk driver).

DUSUN DALAM BANDAR - DUSUN TAMAN WARISAN PERTANIAN PUTRAJAYA (10)

Memandangkan cuaca agak panas, adalah dinasihatkan untuk datang lebih awal kerana dusun ini dibuka jam 830 pagi sehingga 530 petang. Jangan lupa bawa air & pakai shades. Tapi kejap je korang akan rasa panas tu. Awal-awal je. Bila dah masuk ke area ladang getah, dah rasa sejuk semula. Bes sangat!!

DUSUN DALAM BANDAR - DUSUN TAMAN WARISAN PERTANIAN PUTRAJAYA (4)

Sepanjang perjalanan, kami dapat lihat pelbagai tanaman & pokok. Rindu pula dusun milik abah. Memandangkan dusun abah dah dijual, dapat la Mommy lepaskan rindu bila ke sini. Sesuai sangat jika datang seisi keluarga, apatah lagi kalau yang tidak pernah ke dusun seperti anak-anak bandar kan? Rombongan sekolah sangat-sangat digalakkan untuk datang ke sini.

Tempat ini juga sesuai untuk pelancong tau. Tak sangka betul, Putrajaya ada tempat unik macam ni. Kalau kita tak celik, macam mana orang luar nak tahu kan?

DUSUN DALAM BANDAR - DUSUN TAMAN WARISAN PERTANIAN PUTRAJAYA (12)

Kalau tak nak naik buggy pun ok. Tak sempat mengah pun sebab confirm asyik berhenti tengok pokok dan buah-buahan yang ada.

DUSUN DALAM BANDAR - DUSUN TAMAN WARISAN PERTANIAN PUTRAJAYA (15)
Kenal ni pokok apa?
DUSUN DALAM BANDAR - DUSUN TAMAN WARISAN PERTANIAN PUTRAJAYA (15)
Ya.. Asam Gelugor masam giler. Huhu.
DUSUN DALAM BANDAR - DUSUN TAMAN WARISAN PERTANIAN PUTRAJAYA (15)
Tahu ke buah apa ni? Macam manggis, tapi bukan.
DUSUN DALAM BANDAR - DUSUN TAMAN WARISAN PERTANIAN PUTRAJAYA (15)
Ini buah Beruas. Rare ni. Salah satu jenis buah-buahan nadir selain Asam Gelugor ye.. Rasa masam manis kelat.
DUSUN DALAM BANDAR - DUSUN TAMAN WARISAN PERTANIAN PUTRAJAYA (15)
Biji kopi asalnya manis. Dijemur dan diproses jadilah pahit.
Koko, Pepper, Rambutan.. seronok ada dusun macam ni kan?

TANGKAP IKAN KELI!! – AGRO WARISAN CHALLENGE

DUSUN DALAM BANDAR - DUSUN TAMAN WARISAN PERTANIAN PUTRAJAYA (6)

Seterusnya ke kawasan sawah padi di mana kami berpeluang untuk cuba tangkap ikan keli.

Ayue & Aznan menyahut cabaran ini. Mommy? Dah masuk dah kecik-kecik dulu. Abah kan pesawah.. so dah rasa dah terjun selut bendang tu.. #donebagialasan.

DUSUN DALAM BANDAR - DUSUN TAMAN WARISAN PERTANIAN PUTRAJAYA (13)

Tergelak-gelak tengok perangai masing-masing nak tangkap tu. Berjaya juga la tangkap 3 ekor ikan keli. Agro Warisan Challenge seperti ini boleh dimasukkan dalam pakej lawatan atas permintaan pengunjung.

TAK PERNAH TENGOK AKTIVITI MENOREH DAN MEMPROSES KEPINGAN GETAH DEPAN-DEPAN

Destinasi seterusnya ialah ke Tapak Klon Getah di mana kami ditunjukkan demonstrasi menoreh getah secara live.

DUSUN DALAM BANDAR - DUSUN TAMAN WARISAN PERTANIAN PUTRAJAYA (21)
Diberi taklimat mengenai rubber plot dan sejarah asal usul Prang Besar Estate yang kini dikenali sebagai Putrajaya. Besnya sejarah ni..

Sebenarnya nak toreh getah pun ada tekniknya. Jadi, jangan main-main ye. Silap-silap pokok getah tu mati kalau salah toreh. Hehe.

Dan untuk proses kepingan getah, campuran cuka getah, latex & air diperlukan sebelum getah tersebut dicanai, digelek menggunakan 2 jenis mesin, direndam dalam air dan seterusnya dipanaskan di dalam Smoke House.

DUSUN DALAM BANDAR - DUSUN TAMAN WARISAN PERTANIAN PUTRAJAYA (23)

DUSUN DALAM BANDAR - DUSUN TAMAN WARISAN PERTANIAN PUTRAJAYA (31)
Hasilnya seperti yang Mommy pegang. Tapi, belum boleh jadi tayar kereta tau. Banyak lagi proses katanya. Heee..

SEDAPNYA JUADAH BUAH-BUAHAN TEMPATAN

Antara tumbuhan yang ada di dalam dusun ini ialah nangka, rambutan, durian, manggis, pisang, mangga, cempedak, jambu madu, nenas, koko, mata kucing, tongkat ali, nam nam, kelapa sawit, petai dan durian. Ladang teh pun ada jugak. Wow kan?

DUSUN DALAM BANDAR - DUSUN TAMAN WARISAN PERTANIAN PUTRAJAYA (30)

Selepas kami ditunjukkan demonstrasi menoreh dan memproses kepingan getah, kami dijemput ke Replika Rumah Pekebun Kecil dan dihidangkan dengan pelbagai buah-buahan tempatan untuk dinikmati.

DUSUN DALAM BANDAR - DUSUN TAMAN WARISAN PERTANIAN PUTRAJAYA (30)

Sedapnya layan jambu batu, nenas, nangka, pisang, buah mata kucing. Fuhhhh. Nak?

TERUJA DENGAN MADU KELULUT

Dapat lihat demonstrasi menuai kelulut adalah pengalaman paling best sekali buat Mommy. Nak dekat dengan lebah? Memang giler laaa kan. Tapi jangan risau. Lebah kelulut atau dipanggil kelulut sahaja ni adalah jenis lebah yang tidak berbisa. Tapi, ia juga menghasilkan madu.

DUSUN DALAM BANDAR - DUSUN TAMAN WARISAN PERTANIAN PUTRAJAYA (25)

Kalau korang perasan, ada yang tertutup penuh. Itu memang ‘kerja’ kelulut. Dia akan slowly tutup kelongsong tu. Madu akan ditinggalkan sedikit untuk kelulut sebagai makanan mereka. Manusia pun takde la kejam sangat nak sedut sampai habis. Hehe.

Tengok jarak dekat, meremang sikit haa. Dengan bentuk-bentuk gitu. Hiyahhh. Rasa nak ketuk-ketuk hancurkan je. Hahahaha. Eh, korang boleh bernafas tak tengok tu? Hahaha.

Madu dia rare sikit rasanya. Macam masam-masam manis. Gittewww. Kalau korang beli madu kelulut, wajib simpan dalam peti sejuk untuk elak proses penapaian. Haa. Rasa dia macam tapai la sikit-sikit. Bertuah rasa bila dapat rasa madu kelulut segar dari ladang.

DUSUN DALAM BANDAR - DUSUN TAMAN WARISAN PERTANIAN PUTRAJAYA (26)
‘Rumah’ kelulut. Hebatnya kuasa Allah bila setiap kelulut ini tahu rumahnya sendiri.

Sekalipun kelulut ni dekat dengan korang, kalau dia gigit pun, gigitan tu jenis manja je. Tak segatal nyamuk yang gigit. Betul-betul manja.

DUSUN DALAM BANDAR - DUSUN TAMAN WARISAN PERTANIAN PUTRAJAYA (26)

Tapi, kalau korang gi buka ‘rumah’ yang ada ibu & anak kelulut, ibu akan over protective sikit. Tengok sahajalah bila diserang. Tapi, macam Mommy cerita la, kelulut ialah stingless honey bees. Tak perlu la risau bila digigit. Perlu garu jer. Kihkih.

VIEWING DECK & BOLING KELAPA

Last but not least, kami ke viewing deck di mana kawasan ini kita boleh lihat Putrajaya dari kawasan tinggi. Cantik.

DUSUN DALAM BANDAR - DUSUN TAMAN WARISAN PERTANIAN PUTRAJAYA (26)

Sempat juga la Mommy main boling kelapa di sini. Haha. Best kan permainan tradisional macam ni. Memang terasa duduk kampung lah. Korang pun boleh request aktiviti macam ni ye.

DUSUN DALAM BANDAR - DUSUN TAMAN WARISAN PERTANIAN PUTRAJAYA (26)

TIKET MASUK BERPATUTAN DAN AKTIVITI BOLEH CUSTOMISED..

Tiket masuk ke dusun ini murah sangat jika dibandingkan dengan kenangan yang akan kita dapat. Bayangkan.. kita boleh pusing sambil menikmati buah-buahan dalam dusun seluas 35 ekar ini.

Harga tiket masuk adalah seperti berikut :

Ye.. Harap maklum ye.. Buggy, Rubber Demo, Guided Tour berlainan caj tau. Dan lagi satu.. Jika nak makan buah-buahan tempatan, kita boleh request pihak Taman Warisan Pertanian untuk masukkan ke dalam pakej kita. Jika datang secara berkumpulan contohnya. Rugi tau kalau tak merasa. Pakej boleh customised. Don’t worry.

DUSUN DALAM BANDAR - DUSUN TAMAN WARISAN PERTANIAN PUTRAJAYA (34)

Sebelum masuk ke Dusun ni, Mommy dah get ready dengan memakai Magic Cream Cosmoderm untuk elak digigit nyamuk dan secara tak langsung sebagai pelindung UV.

JAMUAN MAKAN TENGAHARI DI LAMAN WARISAN

Dah puas melawat & beraktiviti di Dusun Taman Warisan, kami dibawa ke Laman Warisan untuk jamuan makan tengahari yang disediakan oleh Felda D’Saji. Sedap betul makanan yang disediakan tu. Serius. Mommy tambah nasi 2 kali. Hahaha. Buncit teruk lepas makan. Buruk perangai tau. Korang patut rasa teh tarik dia juga. Subhanallah sedap ya ampun. Oh red velvet dia juga. Eh dah kenapa tamak sangat ni. Patut la ramai puji makanan Felda D’Saji sedap.

DUSUN DALAM BANDAR - DUSUN TAMAN WARISAN PERTANIAN PUTRAJAYA (32)

Kalau korang nak tahu, di sini juga dijadikan tempat majlis perkahwinan tau. Putrajaya Floria Sdn Bhd dengan kerjasama Felda D’Saji ada menawarkan Pakej Perkahwinan Laman Warisan di Taman Warisan Putrajaya. Mommy akan kongsikan mengenai ini di next entri ya. Tunggu…

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut untuk tempahan tiket secara berkumpulan, atau apa sahaja info mengenai Taman Warisan Pertanian Putrajaya, boleh hubungi :

  • No Tel : +603 8893 1967 (HQ) / +603 8888 2722 (TWP)
  • Email : info@putrajayafloria.my / info@tamanwarisan.my
  • Facebook : Putrajaya Floria
  • Instagram : @putrajayafloria
  • Instagram : @tamanwarisanpertanianputrajaya

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

21 thoughts on “DUSUN DALAM BANDAR : DUSUN TAMAN WARISAN PERTANIAN PUTRAJAYA”
  1. laaa…ada ke tempat macam dusun dkat tengah2 kawasan elit macam putrajaya tu? selalu pergi taman warisan dulu sebab ada food court best2…xtau plak ada dusun. mungkin akan pergi bawak family. macam best jer!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!